Saturday, November 20, 2010

Dulu lembah NIL, sekarang lembah MAXWELL

Saya bagaikan hilang punca, saya bagaikan anak kecil yang perlu belajar menulis semula dan saya seperti sudah terkena tiupan mantera malas menjengah laman blog peribadi. Hampir 3 bulan saya sudah kembali. Seperti belut pulang ke lumpur gayanya saya.
Suatu ketika di bumi lembah NIL, paling kurang akan curi masa sehari membelek sawang maya. Walau waktu yang ada seolah cemburu kepada saya. Sekarang, di lembah MAXWELL ini masa tidakpun mencemburui saya namun 'mantera malas' agaknya sudah menyelubungi saya.
Suatu ketika di bumi lembah NIL, saya sering meminjam laptop dari 3 bersaudara untuk menulis sepatah dua ayat di sawang peribadi saya. Sekarang di lembah MAXWELL, saya sudah tidak meminjam lagi kerana telah memiliki netbook, BB & WiFi sendiri. Tapi 'mantera malas' itu seolah-olah menyekat baris-baris ayat saya.
(kredit untuk 3 bersaudara : Hazirah Ramli, Bazilah Hussin & Samirah Saeidin)
Saya sedar, sangat perlu untuk menghilangkan 'mantera malas' itu untuk cari dan pugar semula semangat saya. Laman mengasak jiwa KEBAL & KENTAL ini perlu di semarakkan semula dengan sesuatu yang boleh meningkatkan keFAHAMan saya dan semua terhadap ISLAM.
Sahabat-sahabat...doakan saya ya.

Tuesday, October 19, 2010

Jom Jadi Ahli

Syarat-syarat Adapun syarat untuk menjadi seorang ahli PAS itu ialah: Warganegara Malaysia Beragama Islam ‘Aqil baligh menurut Hukum Syara’ Mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan Parti dari masa ke semasa Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh menjadi ahli tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Censolar university berkenaan. Permohonan Seseorang yang hendak menjadi ahli PAS mestilah menghantar permohonan kepada Setiausaha Cawangan di mana is berkehendak masuk menjadi ahli, kecuali jika ada sesuatu sebab yang munasabah maka bolehlah dilakukan seperti berikut: Di mana-mana tempat yang tidak ada cawangan hendaklah dihantar terus kepada Setiausaha Kawasan ataupun; Di mana-mana tempat yang tidak ada Cawangan dan/atau Kawasan hendaklah ia menghantar terus permohonan kepada Setiausaha Agung PAS bagi menjadi ahli PAS yang berdaftar terus. Dengan tidak mengindakan apapun yang terkandung dalam butiran-butiran di atas dalam Fasal ini, maka Setiausaha Agung dalam keadaan dan sebab-sebab yang tertentu bolehlah menerima sebarang permohonan menjadi ahli yang berdaftar terus ke Pejabat Agung. Sebarang permohonan menjadi ahli PAS hendaklah menggunakan borang yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Harian PAS Pusat. Tiap-tiap sekeping borang itu hendaklah ditandatangani atau dengan apa-apa keterangan oleh pemohon itu, dan juga oleh seorang ahli yang menjadi pencadang dan seorang ahli yang menjadi penyokongnya. Kedua-dua orang yang menjadi pencadang dan penyokong itu hendaklah tahu benar-benar akan orang yang memohon itu. Hak dan Kewajipan Ahli Hak-hak ahli ialah : Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti. Setiap ahli PAS berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS serta Aturan dan Peraturannya. Setiap ahli PAS berhak menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan rapat-rapat parti. Setiap ahli PAS berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti. Setiap ahli PAS berhak mendapat apa-apa gelaran yang ditetapkan oleh parti mengikut yang diputuskan oleh Muktamar Tahunan parti apabila dan pada bila-bila masa ada usul yang demikian. Kewajipan-kewajipan ahli : Menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa ke semasa. Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus. Menghadiri mana-mana kursus-kursus, tamrin-tamrin atau perhimpunan-perhimpunan parti sebagaimana yang ditetapkan dan diarahkan. Memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam. Memperkuatkan kedudukan dan menjaga kehormatan parti samada di dalam atau di luar negeri. Pada ‘amnya melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti. Setiap ahli PAS berhak memohon berpindah Kawasan PAS dan berkewajipan untuk mengemukakan satu permohonan bertulis untuk berpindah Kawasan dengan keterangan-keterangan yang perlu kepada Setiausaha Agung yang hendaklah mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat dengan seberapa segera yang boleh bagi menimbangkan permohonan yang berkenaan itu. Setiap ahli PAS yang berdaftar terus ke Pejabat Agung juga berhak memohon menjadi ahli sesebuah kawasan PAS dengan memohon mengikut kaedah yang sama yang disebutkan dalam ceraian (3)(a) Fasal ini. Setiap ahli PAS yang berpindah Kawasan itu tidak berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam Kawasan barunya melainkan setelah mendapat akuan kelulusan berpindah Kawasan dari Setiausaha Agung.

Muslimat PAS sedia gempur Galas

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) akan memastikan seluruh jenteranya di semua peringkat terlibat dalam gerak kerja pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh berkata, DMPP sudah bersiap sedia memberikan bantuan kepada Kelantan bagi memenangkan calon PAS yang akan ditentutan kepimpinan parti. "Muslimat sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas dan akan mengarahkan seluruh jentera turun dan mengembeling tenaga semaksima mungkin di seluruh peringkat untuk membantu jentera pilihan raya PAS Kelantan bagi memastikan kerusi DUN Galas dapat dipertahankan," kata Nuridah kepada Harakahdaily hari ini. Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan optimis PAS dapat mempertahankan kerusi DUN Galas dengan majoriti yang lebih besar jika semua isu melibatkan salah laku Umno/BN disebarkan kepada rakyat Kelantan sepanjang tempoh kempen. "Dewan Muslimat yakin calon PAS akan memperoleh kemenangan dengan majoriti yang lebih besar memandangkan pelbagai isu salah laku Umno/BN terhadap rakyat Kelantan mutakhir ini terutama berkait dengan isu royalti petroleum," katanya. Ujarnya juga, rakyat Kelantan sudah matang untuk memilih calon yang tepat apatah lagi dengan khidmat cemerlang yang diberikan ADUN sebelum ini, Che Hasim Sulaima. "Dewan Muslimat yakin pengundi DUN Galas bijak memilih dan lebih yakin kepada PAS lebih-lebh lagi khidmat yang cemerlang yang telah dicurahkan oleh bekas ADUN Galas Allahyarham Che Hashim sehingga menaikkan imej PAS di mata rakyat khususnya di DUN Galas," katanya lagi. Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh muslimat agar membuat persiapan seawal mungkin untuk turun ke Galas. Mesyuarat jentera pilihan raya muslimat (HalWa) akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi menyusun gerak kerja pilihan raya. Hari membuang undi ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 4 November manakala penamaan calon pada 26 Oktober. sumber : www.muslimat.pas.org.my

Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Pusat sempena Pelancaran Briged Muslimat

Dewan Muslimat PAS Pusat mengambil langkah proaktif dalam menyediakan satu platform atau saluran kepada wanita muda yang berminat untuk bergiat aktif dalam segala gerakerja dan aktivitinya. Ini sekaligus membuktikan bahawa muslimat memberikan ruang yang sangat luas kepada golongan ini untuk memberikan sumbangan. Selama ini, Muslimat PAS seringkali diajukan dengan soalan klise, “di manakah golongan wanita muda dalam PAS” walhal mereka sudah begitu lama melibatkan diri masing-masing dalam meneruskan agenda perjuangan parti. Oleh kerana mereka tidak dijenamakan dengan gelaran tertentu, maka masyarakat secara umumnya menganggap bahawa PAS terutamanya muslimat tidak memberikan ruang dan peluang kepada golongan wanita muda ini. Selain daripada itu, di dalam Muktamar Tahunan Muslimat dua tahun kebelakangan ini, timbul usul daripada muslimat berkenaan pentingnya mewujudkan satu dewan khusus untuk golongan wanita muda. Namun, setelah dibahaskan dengan cermat, muktamar menolaknya dengan alas an bahawa Dewan Muslimat telah lama memberikan laluan dan peluang kepada wanita muda untuk aktif dalam Dewan Muslimat di semua peringkat dalam semua bidang dan aktiviti. Oleh itu, dengan tertubuhnya “Briged Muslimat”, maka Muslimat PAS membuktikan bahawa sejak dari dulu hingga kini, kami sangat menghargai bahkan mengalu-alukan peranan yang telah dan bakal dimainkan oleh golongan wanita muda di dalam PAS. Penglibatan dalam "Briged Muslimat" ini melangkaui bangsa dan kaum asalkan mereka berminat untuk bersama-sama membantu PAS dalam sebarang gerakerja yang akan menarik golongan wanita muda untuk menyokong atau terus menjadi ahli PAS. Pasukan ini akan bergerak secara aktif ke seluruh Negara untuk meningkatkan kefahaman politik golongan wanita muda seterusnya menerangkan kepada mereka pentingnya menyokong PAS dan seterusnya Pakatan Rakyat. NURIDAH MOHD SALLEH Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Shah Alam, Selangor 1 Zulkaedah 1431H bersamaan 9 Oktober 2010 sumber: www.muslimat.pas.org.my

Mohon Bantuan Mencari Remaja Hilang

DI MANA NORHAFIZAH BINTI MOHD LATAFI ??? Tarikh Hilang : 28 September 2010 Tempat Hilang : Hadapan Sek. Men Sri Ampang, Rapat Setia, Ipoh. Berumur : 17 Tahun INFO : Membawa beg sandang berwarna merah,bertudung putih, berbaju t shirt putih,berseluar slack/track berwarna hitam. JIKA ANDA ADA SEBARANG MAKLUMAT, SILA HUBUNGI BAPA : MOHD LATAFI YEOP -0125834275 UNIT AMAL PERAK : TUAN ARIF SHA'ARANI- 0124275867 TUAN ZAKRIL EMRI MD GHAZALI - 0194275867 DEWAN PEMUDA PAS PERAK : SAFARIZAL SALLEH - 0133266194 sumber : nisaperak.blogspot.com

Monday, October 18, 2010

Andai Ku Tahu

Lagu yang menaikkan semangat MUSLIMAT KAWASAN BUKIT GANTANG setelah 'dibasuh' sungguh-sungguh oleh penceramah.

Thursday, September 23, 2010

First Ladies: Rosmah `tidak sopan’ pada Permaisuri Agong

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan sidang kemuncak First Ladies pada 11 hingga 13 Oktober ini disifatkan sebagai 'tidak sopan' dan membelakangkan kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, Rosmah masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran yang diterima selepas iklan berwarna dua halaman penuh memaparkan Rosmah disiarkan di New York Times pada April lalu. Ia adalah iklan ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010. "Tindakan Rosmah ini satu tindakan yang sangat tidak bersopan. Setelah mendapat kritikan daripada banyak pihak selepas iklan itu, kita ingatkan dia belajar daripada kesilapan dan tahu meletakkan diri dia di mana," kata Athirah ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Athirah yang merupakan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat berkata, penggunaan istilah 'wanita pertama' itu juga ternyata bertentangan dengan Artikel 32, Perlembagaan Malaysia. "Dalam artikel itu jelas menyebut bahawa ketua pertama negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong jadi secara automatik, wanita pertama mestilah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong," katanya lagi. Tambahnya, penggunaan 'wanita pertama' setelah Najib memerintah negara menunjukkan ceteknya kesedaran beliau mengenai kepentingan menghormati Perlembagaan Negara. "Negara kita mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan, bukan negara republik yang mempunyai presiden. Memang tidak pernah wujud istilah wanita pertama di negara kita. "Apabila Najib dan Rosmah muncul, mereka guna istilah ini dalam negara yang berkonsepkan Raja Berpelembagaan, ini menunjukkan kesedaran mereka yang sangat cetek dari sudut sejarah dan berpelembagaan," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata, satu gerakan perlu diwujudkan bagi memberikan kesedaran kepada rakyat dan juga para pemimpin agar menghormati Perlembagaan Negara. "Saya sebagai wanita muda Malaysia sangat terpanggil untuk menggerakkan kesedaran massa untuk menolak kebiadapan dan ketidaksopanan Rosmah yang membelakangi Raja Permaisuri Agong. "Ini satu tindakan yang sangat derhaka dan rakyat mesti sedar dan menolak kepimpinan yang tidak menghormati keluhuran perlembagaan," tegasnya. Beliau turut mempersoal tindakan Rosmah yang seolah-olah cuba mencampuri peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. "Dari satu sudut dia mempergunakan Sharizat. Isteri perdana menteri telah mempergunakan Menteri Pembangunan Wanita (Keluarga dan Masyarakat) untuk mengadakan satu program besar di negara kita dan akan menggunakan segala duit daripada hasil negara dan cukai yang dibayar oleh rakyat," katanya. Rosmah seperti yang dilaporkan berkata, sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama dengan wanita-wanita pertama dunia mengenai agenda penting dalam memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan. Ianya Sidang Kemuncak ini akan diadakan selama tiga hari di Hotel Palace Of Golden Horses, di sini, dan bakal dihadiri lebih 20 Wanita Pertama dari seluruh dunia. sumber : www.muslimat.pas.org.my

Tuesday, September 21, 2010

Jom Join

1. Tidak lama lagi seluruh pemuda dan pemudi yang menjadi anggota Gerakan Islam ini berhimpun demi mencetus gelombang baru bagi Amal Tarbawi di dalam PAS disamping meneruskan kerja - kerja dakwah dan siasah . 2. Al Ijtima' At Tarbawi Pemuda - pemudi peringkat Kebangsaan akan berlangsung pada 1 hingga 3 Oktober 2010 akan datang di Perkarangan Masjid Rusila Terengganu . Alhamdulillah , program besar yang bakal menghimpunkan hampir 5000 kepimpinan pemuda PAS di semua peringkat dan seluruh pencinta - pencinta tarbiyah ini telah mendapat komitmen yang tinggi dari kedua - dua pucuk pimpinan tertinggi PAS iaitu YAB Tuan Guru Dato' Bentara Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat [ al Mursyidul Am PAS ] dan Yb Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang [Presiden PAS] 3. Sejurus selesai retreat Dewan Pemuda PAS Pusat baru - baru ini terdapat beberapa penambahan kepada tentatif atau aturcara Ijtimak Tarbawi tersebut yang perlu saya paparkan di sini . --------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------- Pertama : Penyertaan wajib dikekalkan kepada semua Exco DPPP , Exco DPP Negeri , Ajk DPP Kawasan dan ianya turut dibuka kepada mahasiswa\i dalam dan luar negara serta para pemudi [ akhawat ] dengan terlebih dahulu mendaftarkan diri ke pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri atau direct kepada Sekteriat Dewan Pemuda PAS Pusat di pejabatnya . Insyaallah mekanisme pendaftaran secara online sedang disiapkan . [ Jika lambat , akhawat disarankan daftar segera ke pejabat DPP Negeri atau Pusat ] --------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------- Kedua : [ Tentatif ] 01 Oktober 2010 [ Jumaat ] ~ kandungan ~ 04.00 pm - 06.30 pm : Pendaftaran Masuk 06.30 pm - 07.30 pm : Taklimat , al Ma'thuuraat & solat maghrib berjamaah 08.00 pm - Taujihat Tarbawi oleh : Al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ~ Solat Isyak dan Makan malam ~ 10.15 pm : Majlis Perasmian oleh : YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat [Al Mursyidul Am PAS] . --------------------------------------------------------------------------- 02 Oktober 2010 [ Sabtu ] ~ kandungan ~ Qiamulail dan Bicara Subuh Tafsir Al Hujurat 1 [6.15 am] dan Tafsir Al Hujurat 2 [8.00 pm] oleh : Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [Presiden PAS] Kertas 1 : PAS & Tarbiyah Islamiyyah oleh : Al Fadhil Tuan Guru Dato' Yahya Othman Ulasan 1 : Pengukuhan PAS melalui Tarbiyah oleh : Al Fadhil Yb. Ust Nasharudin Mat Isa [ Timbalan Presiden PAS ] Pidato Tarbawi 1 : Tarbiyah Jihadiyah dan Pilihanraya oleh : Al Fadhil Ustaz Dato' Abu Bakar Chik Forum Tarbawi 1 : Memupuk Budaya Tarbiyah dalam PAS oleh : Yb. Hj Salahudin Ayub [ Naib Presiden PAS ] Ustaz nasrudin bin Hj Hassan At Tantawi [ Ketua DPP Pusat ] Ustazah Hajjah Nuridah binti Mohd Salleh [ Ketua DMP Pusat ] Pidato Tarbawi 2 : Tarbiyah Jihadiyah dan Palestine oleh : Wakil Gerakan Islam Luar Negara Al Fadhil Tuan Guru Dato' Hj Harun Din [ Timbalan Mursyidul Am PAS ] Yb. Dato Hj Mahfuz Omar . [ Naib Presiden PAS ] ------------------------------------------------------------------------------ 03 Oktober 2010 [ Ahad ] ~ kandungan ~ Qiamulail dan solat fardhu berjamaah Tafsir Al Hujurat 3 ~ khatam ~ [ 6.15 am ] oleh : Yb Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS ] Kertas 2 : Tarbiyyah Al Harakiyyah oleh : Al Fadhil Yb. Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib [ Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat ] Ulasan 2 : Mengukuh Amal Jamaei oleh : Al Fadhil Ustaz Idris Hj Ahmad Forum Tarbawi 2 : Tarbiyyah dan Dewan Pemuda PAS oleh : Al Fadhil Ustaz Hj Zulkifli Ismail [ DUP ] Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abd Rani [ DPP Pusat ] Al Fadhil Ustaz Hj Ahmad Yahya [ DPP Kedah ] Ikrar Ijtima' : Pengarah Ijtima' Penutup [ 12.30 pm ] oleh : Yb Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS --------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------- 4. Saya berharap , masa yang begitu pantas berlalu tidak melekakan para pemuda untuk membuat persiapan awal dari segi material , fizikal dan mental agar Ijtima' Tarbawi ini benar - benar dapat meletuskan satu ledakan besar dalam PAS untuk kembali mengaktifkan organ - organ tarbiyahnya. Semoga Allah memberi kekuatan dan petunjuk kepada kita semua untuk menjayakan program besar ini . Diedit dari (http://episodeperjuangan.blogspot.com/)

Monday, August 30, 2010

Gelombang Keadilan

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh." (At Taubah: 111). "Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki." (Ali Imran: 169). "Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah." (Al Baqarah: 207).

Saturday, August 21, 2010

JEMPUTAN WALIMAH

Jangan terkejut ya...empunya kad ini bukanlah saya, tetapi adinda bongsu. Bagi yang mengenali dinda bongsu saya, NURUL HUDA BINTI HJ NAYAN jemputlah ke teratak buruk kami pada tanggal 2 Syawal 1431 di alamat C-56 Perumahan Awam, Batu 2 1/2 Jalan Simpang, 34000 Taiping Perak. Semoga dengan kehadiran sahabat handai semua akan memeriahkan lagi majlis ini. Mohon doa dari semua agar segalanya berjalan lancar.

Friday, August 20, 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PMRAM CAWANGAN ISKANDARIAH

Jabatan Setiausaha Agung PMRAM cawangan Iskandariah akan menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 18. Dijemput kepada semua ahli DPMI untuk menghadiri program tahunan ini untuk sama-sama kita melontar idea dan memberi muhasabah sebaiknya untuk kepimpinan PMRAM cawangan Iskandariah sesi 09/10. Maklumat Mesyuarat Agung adalah seperti berikut: TARIKH:11 Ramadhan 1431H Bersamaan 21 ogos 2010M HARI:Sabtu TEMPAT:Dewan Zajlatul Abidah MASA:7.30 a.m YURAN:LE 3 ANJURAN:Jabatan Setiausaha Agung DPMI Segala kerjasama anda amatlah kami hargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih. Marilah datang beramai-ramai,tunaikan kewajipan.

Sunday, August 15, 2010

Tahniah Dan Takziah Kepada Kepimpinan Yang Baru

Bismillah Walhamdulillah... Mesyuarat Agung Tahunan PMRAM cawangan PERAK telah berlangsung pada 8 dan 9 Ogos yang lalu. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah dan takziah kepada kepimpinan AJKT dan AJK HEWI Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2010/2011. Mudah-mudahan barisan kepimpinan yang baru, dapat memikul amanah yang telah ALLAH pundakkan ini sebaik mungkin. Sudah pastilah di hadapan kalian nanti hanya dugaan dan cabaran yang setia menanti. Sesungguhnya jalan dakwah itu tidak dibentangkan dengan permaidani merah dan ditaburi dengan bunga-bunga nan mewangi. Teringat saya pada kitab karangan Mustafa Mahsyur yang bertajuk 'Jalan Dakwah'. Bagaimana pengarang menyenaraikan antara sifat-sifat jalan dakwah yang boleh dikategorikan kepada 3 bahagian. Pertama - Sifatnya yang susah dan memerlukan masa yang panjang. Cuba kita soroti kisah nabi Nuh a.s yang berdakwah kepada kaumnya selama 900 tahun untuk mentauhidkan ALLAH SWT. 900 tahun itu bukanlah masa yang singkat dan sedia kita maklumi bahawa hanya segelintir sahaja yang beriman kepada ALLAH SWT. Ambillah contoh ini sebagai suri tauladan kepada kita semua kerana sesungguhnya sifat jalan dakwah itu antaranya adalah susah dan panjang masanya. Kedua - Pengikutnya kena tekun dan sabar untuk pikul bebanan, dan saya kira sifat ini lebih menjurus kepada pengikut yang menjadi ahli. Cuba kita renungi kisah 3 orang sahabat nabi yang telah diiqab kerana tidak menyertai peperangan Tabuk yang ketika itu melawan bala tentera dari Rom. Bagaimana sabar dan tekunnya Kaab Bin Malik, Mararah Bin Ar-Rabie dan Hilal bin Umaiyah ketika dipulaukan oleh sahabat handai dan kaum kerabat mereka yang telah berlangsung selama 50 hari. Ketiga - Penyiksaan dari golongan thagut dan musuh-musuh ALLAH yang mahu menghapuskan mereka. Sesungguhnya penyiksaan ini adalah perkara biasa yang telah berulangkali berlaku dari zaman silam hingga ke hari ini. Boleh kita lihat contoh bagaimana kebalnya iman Bilal Bin Rabah yang disiksa di tengah-tengah padang pasir yang sangat terik waktu itu hanya kerana telah mentauhidkan ALLAH SWT. Justeru, marilah kita bersama menghulurkan bantuan kepada pimpinan selagi mana mereka mengajak kita ke arah pentauhidan kepada ALLAH SWT. Kepada seluruh pemimpin kami, bawalah kami semua ke jalan yang mendapat redha ALLAH SWT dan rasulNya.

SPR Cawangan Iskandariah

Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM Cawangan Iskandariah telah membuka pencalonan AJKT PMRAM cawangan Iskandariah untuk sesi 2010/2011 SPR telah menetapkan tarikh Penamaan calon pada 12 ogos hingga 16 ogos 2010. Terdapat 2 kategori 1.Pencalonan Pengerusi Borang A:LE 5.00 2.Pencalonan bagi Ahlijawatankuasa Tadbir(AJKT) Borang B:LE 3.00 Sebarang kelewatan penyerahan borang atau kesilapan semasa mengisi borang akan menyebabkan pencalonan dengan sendirinya tertolak. www.dpmiskandariah-pmram.blogspot.com

Mahasiswa Mendepani Cabaran Ummah

Dewasa ini kita melihat pelbagai permasalahan dan kepincangan berlaku sehingga mencalarkan imej negara. Antaranya gejala sosial yang semakin membarah, masalah kebejatan akhlak, kes zina dan pembuangan bayi yang rata-ratanya dilakukan oleh golongan muda-mudi Islam dan pelbagai masalah lain yang membuktikan rosaknya mentaliti golongan yang bakal memimpin negara. Mahasiswa merupakan aset negara yang tidak ternilai. Terpundak dibahu mahasiswa satu tugasan penting yang bakal mencorakkan masa depan negara iaitu tugasan sebagai agen perubah (agent of change). Sejarah Islam mencatatkan pelbagai contoh dan kisah yang boleh kita kiaskan kepada dunia mahasiswa dan dunia pemuda. Kisah Nabi Ibrahim, Umar al-Khattab, Zaid bin Harithah, Abu Ubaidah al-Jarrah, Ashabul Kahfi dan ramai lagi yang boleh dijadikan iktibar. Allah telah berfirman : نحن نقص عليك نبأهم بالحق إنهم فتية آمنوا بربهم وزدناهم هدى (13) Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. (Al-Kahfi: 13) Namun, perkara sebaliknya berlaku kepada warga mahasiswa Islam amnya dan mahasiswa Timur Tengah khususnya. Mereka semakin hilang fokus dan tersasar dari tujuan sebenar yang telah ditaklifkan kepada manusia iaitu sebagai pentadbir bumi dan penyebar risalah seterusnya bertugas bagi mendaulatkan Islam. Maka selayaknya sebagai golongan yang sering digambarkan sebagai terpelajar, intelektual, berwawasan dan sebagainya perlulah mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan demi memenuhi panggilan Islam. Beberapa perkara perlu dititik beratkan oleh golongan ini untuk merealisasikan harapan dancita-cita Islam antaranya : 1. Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dalam setiap aspek kehidupan 2. Memantapkan aqidah, akhlak dan jiwa yang semakin taat kepada perintah Allah 3. Menjadikan diri sebagai ikon yang wajar dicontohi 4. Melakukan pengislahan atau pembaikan diri dan sikap 5. Memanfaatkan setiap saat dan berdisiplin dalam menjaga waktu 6. Menjuarai pelbagai isu dan menjawab segala kekeliruan yang berlaku Setiap mahasiswa perlu memainkan peranan masing-masing sebaiknya tanpa mengabaikan sudut lain yang dirasakan tidak penting. Mahasiswa perlu bersikap lebih berani dan terkehadapan. Golongan ini tidak selayaknya mencipta pelbagai alasan, mempunyai sikap berkecuali serta merasakan tidak mempunyai kepentingan dalam melaksanakan amanah ini. Fungsi sebagai mahasiswa perlu dimainkan sebaiknya. Mafhum dari sabda Rasulullah S.A.W :“Mereka yang bijak adalah mereka yang mendekatkan diri mereka dengan amalan untuk kehidupan selepas mati, manakala mereka yang bodoh itu adalah mereka yang bercita-cita terhadap Allah (Syurga dan nikmatnya) dalam keadaan mereka mengikuti hawa nafsu mereka (yang bertentangan dengan syari‘at)” Justeru itu, marilah sama-sama kita menjadikan kehidupan universiti ini sebagai satu medan praktikal sebelum terjun ke dunia realiti dan menjadikan kehidupan dunia ini sebagai ladang yang akan dipetik hasilnya di akhirat kelak. Kita tidak akan dipersoalkan tentang bilangan kejayaan yang diperolehi tetapi apakah usaha yang dilakukan bagi menjalankan misi dakwah dimuka bumi ini. Usaha ini perlu dilakukan bermula hari ini. Moga usaha ini akan dapat mendaulatkan Islam suatu hari nanti. Siiru’ala barakatillah ‘Izzati Farhana binti Mahadzir Penasihat HEWI Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010

ISKANDARIAH DINOBATKAN SEBAGAI KONTINJEN TERBAIK

4 OGOS 2010-Majlis Perasmian Penutup akhawat telah diadakan di dewan rumah Pahang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM pusat Ustazah Norhafiza Abd Wahab. Pada sebelah paginya diadakan pertandingan nasyid akhawat yang melibatkan semua kontinjen PMRAM setiap cawangan. Kontinjen Iskandariah juga tidak melepaskan peluang menghantar 15 orang kontinjen untuk acara nasyid. Sambutan yang amat mengalakkan daripada kontinjen setiap cawangan memperlihatkan kesatuan di antara ahli PMRAM yang begitu utuh. Majlis perasmian penutup diserikan dengan penyampaian hadiah bagi setiap pemenang. Berikut adalah keputusan pertandingan acara debat juara BKAN Selangor, acara pantun juara BKAN Perak, pertandingan nasyid tempat ketiga BKAN Johor, kedua Iskandariah, juara Mansurah, acara sukaneka tempat ketiga BKAN Terangganu, tempat kedua BKAN Kedah, juara Iskandariah. Acara dewan tempat ketiga BKAN Selangor, tempat kedua Iskandariah, juara Mansurah. Kontinjen kedua terbaik KEKAL 10' disandang oleh Kontinjen Mansurah dan keseluruhan terbaik KEKAL 10' disandang oleh Kontinjen Iskandariah. Tahniah diucapkan kepada semua kontinjen Iskandariah yang berkorban tenaga, masa dan kewangan untuk menyertai KEKAL 10'. Moga usaha murni ini mendapat ganjaran di sisi Allah dan moga Allah memelihara kesatuan ini. PMRAM milik kita semua.

Wednesday, July 14, 2010

Antara Yang Dijual Di SATU 10

Sunday, July 11, 2010

PMRAM Bantu Selesaikan Kes Pergaduhan

HAIYU ASYIR, 10 Julai - Satu kes pergaduhan yang melibatkan warga tempatan telah berlaku di kawasan Dataran Haiyu Asyir. Kejadian tersebut tercetus ekoran seorang pekerja kontraktor Manyalawi cuba meleraikan konflik antara seorang mahasiswa Malaysia dengan seorang warga Mesir. Kesannya, sekumpulan warga tempatan yang tidak dikenali datang untuk menyerang pekerja kontaktor tersebut. Mereka yang bersenjatakan parang dan besi panjang secara tiba-tiba memukul dan memecahkan pintu gerbang Rumah Kedah. Kejadian tersebut disaksikan oleh kebanyakan mahasiswa Malaysia yang sedang bermain bola di kawasan dataran menyebabkan mereka tergamam seketika. Beberapa orang Badan Pengurus PMRAM di ketuai oleh Presiden Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime datang ke tempat kejadian untuk melihat keadaan yang berlaku. Turut hadir sama Pegawai Kebajikan Anak Kedah Timur Tengah Sheikh Yusof bin Ahmad. Kata salah seorang saksi yang tidak mahu dikenali, "Dah banyak kali pergaduhan antara warga tempatan berlaku di dataran ni. Kelmarin ada juga pergaduhan yang berlaku antara orang arab di sini. Pelajar Malaysia di Haiyu Asyir ni pun dah makin takut dengan keadaan suasana sekarang ni". Kes pergaduhan ini telah dilaporkan kepada Pihak Keselamatan Mesir di Qisim Syurthoh Madinah Nasr.Turut bersama Pegawai Kedah membuat laporan polis ialah Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan PMRAM Saudara Mohd Solehuddin bin Mohd Safien. Beliau yang juga merupakan saksi kejadian menyifatkan bahawa pergaduhan ini akibat rasa dendam dan tidak puas hati sesama warga tempatan. Semua mahasiswa Malaysia disarankan agar lebih berhati-hati dalam sebarang tindakan yang melibatkan warga Mesir. sumber : www.hewipmram55.blogspot.com

Sunday, July 4, 2010

SATU '10

Bazar tahunan Iskandariah kembali menemui anda semua. Kami barisan AJKT dan Penasihat PMRAM Cawangan Iskandariah sesi 2009/2010 serta ad-hoc dan ajk mengalukan kedatangan seluruh ahli PMRAM cawangan Iskandariah, pasangan mutazawwijin, ahli PERUBATAN Iskandariah dan taakhi. Program yang berlangsung selama 3 hari ini akan bermula pada : TARIKH : 1, 2 & 3 SYA'BAN 1431 bersamaan 13, 14 & 15 JULAI 2010. TEMPAT : DEWAN ZAJLATUL ABIDAH. HARI : SELASA, RABU & KHAMIS. WAKTU BERMULA BAZAR : 9 PAGI - 6 PETANG. Hadirlah beramai-ramai. Kami menanti kedatangan anda. Terima kasih. sumber : www.dpmiskandariah-pmram.blogspot.com

Saturday, July 3, 2010

KOLOKIUM ILMUAN semi final

Berita terkini dan sensasi untuk semua mahasiswi baru di Iskandariah. Kolokium Ilmuan semi final akan diadakan pada : TARIKH : 23 & 24 REJAB 1431 bersamaan 5 &6 JULAI 2010. TEMPAT : DEWAN ZAJLATUL ABIDAH JAM : 7 pagi Kehadiran anda sangat dialu-alukan. sumber : www.dpmiskandariah-pmram.blogspot.com

Thursday, July 1, 2010

Selamat Hari Lahir Abah...

1 Julai 1943 - 1 Julai 2010
Catatan ikhlas untuk abahanda yang kami cintai...Tuan Haji Nayan Bin Kamarudin...
Selamat hari lahir abah. Moga Allah panjangkan umur abah, murahkan rezeki abah, berikan kesihatan tubuh badan kepada abah untuk menjalani ibadah seharian, berjaya dengan bisnes abah serta bertambah sihat dan ceria disamping emakanda tercinta.
Terima kasih kerana telah mendidik dan membesarkan kami anak-anak abah yang bertujuh ini. Kami memang banyak ragam kan?. Tapi ragam kami anak-anak abah telah lama berlalu. Ragam cucu-cucu abah pulak yang menanti.
Abah...untuk hari lahir abah tahun ini, tiada apa yang dapat kami anak-anak abah berikan. Hanya iringan doa dan munajat kepada Allah semoga abahanda kesayangan kami ini diberi keberkahan hidup di dunia dan akhirat tempat yang kekal abadi. Ameen... Kami sayang abah dan mak...
Ikhlas dari kami anak-anak abah dan mak :
Harlina Nayan, Harliza Nayan, Aswardy Nayan, Firdauz Nayan, Hafizah Nayan, Suriaty Nayan dan Nurul Huda Nayan.
Menantu-menantu abah dan mak :
Mohammad Fadzli Ismail, Mohd Khairi Awang Bahari dan Che' Su Saad.
Serta cucu-cucu Wan dan Pah :
Fatin Amyra, Annur Farhana, Annis Farahaein, Afnan Alymeen, Aizad Aqasyah, Aisyah Mardhiyyah, Muhammad Umar Adnin dan Rabi'atul Adawiyah.

Wednesday, June 23, 2010

Panggilan Jihad Oleh Buya HAMKA

Pernah di tanya pada suatu ketika, apa cita- kamu?. Lalu, jawapan yang diberikan adalah mujahidah solehah... Seorang mujahidah solehah adalah seorang mujahid cinta pada masa yang sama. Secara umumnya, mujahidah cinta memiliki beberapa akhlak terpuji yang dianugerahkan oleh Sang Pencipta Cinta... Pertama, Qanaah dan Redha Kedua, mencintai sesama Muslim Ketiga, selalu menjaga silaturrahim Keempat, takut pada Allah dan tidak takut terhadap celaan manusia Kelima, berani berkata benar walaupun pahit Keenam, selalu berzikir kepada Allah S.W.T. Di sini ingin dikongsikan senandung 'Panggilan Jihad' karya dari Prof. Hamka : Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Kalam suci menentukan ku berjuang Maju serentak membela kebenaran Demi agama, bangsa dan keadilan Panggilan jihad kobarkan, Panggilan jihad kobarkan Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Putra-putri Islam harapan agama, majulah serentak Gemakan persatuan kalam Tuhan Mari kita memuji, mari kta memuja Peganglah persatuan kalam Tuhan Kalam suci menentukan aku berjuang Maju serentak membela kebenaran Untuk agama, bangsa dan keadilan Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Pemuda-pemudi bangunlah, Panggilan jihad rampungkan, Wasiat Muhammad peganglah, Harta dan jiwa serahkan Binalah persatuan, ciptakan perdamaian. Menuju persatuan kalam Tuhan Kalam Ilahi menuntut persatuan Perpecahan meruntuhkan kekuatan Pertikaian meguntungkan musuh Tuhan Hanya iman tauhid menyatukan Tuntutan agama menjadi tujuan Hukum Allah tegakkan, Hukum Allah tegakkan. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Ulama pemimpin Islam dengarlah, demi agama sedarlah Hentikan pertikaian , ciptakan perdamaian, 2x Menuju persatuan kalam Tuhan. Teks syair : Prof. Hamka (10 Februari 1999 / 28 Syawal 1419)

Friday, June 18, 2010

Untuk Saya Dan Semua : Peliharalah Tiang Agamamu

Sudah pasti lebih bagus jika begini :

Gerakan Mahasiswa: Berani Atas Dasar Kefahaman

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan bagi sekalian makhluk. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul. Keberanian merupakan akhlak yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai salah satu sifat orang mukmin. Berani yang dimaksudkan oleh Islam ialah berani menyatakan kebenaran serta berani untuk mencegah kebatilan. Tetapi malangnya, sesetengah mahasiswa Islam tidak memahami konsep sebenar keberanian yang diajar oleh Islam. Mereka berani menyatakan kebenaran, tetapi tidak berani mencegah kebatilan yang berlaku di sekeliling. Kemudian mendabik dada bahawa mereka adalah golongan tarbiyah. Mereka berani serta lantang untuk berhujah dan berdebat, tetapi tidak berani untuk melakukan dengan perbuatan. Kemudian mendabik dada bahawa mereka adalah golongan ilmuan. Inilah antara penyakit yang menimpa kelompok yang mengaku bahawa mereka adalah aktivis Islam. Melihat kepada realiti syakhsiah mahasiswa Islam yang berlaku, PMRAM berusaha untuk mengembalikan identiti akhlak islamiyah yang diajar oleh Rasulullah SAW. Berdasarkan Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2010, sifat berani yang ada pada mahasiswa Islam bukanlah berani yang kosong tetapi BERANI ATAS DASAR KEFAHAMAN. Sebagai mahasiswa Islam, kita sepatutnya berani menyatakan kebenaran pada perkara yang hak serta berani mencegah kebatilan pada perkara yang salah. Allah SWT sengaja menjadikan sejarah terdahulu sebagai kamus panduan untuk membentuk corak kehidupan di masa hadapan. ZAMAN RASULULLAH SAW Jika kita mengimbau kembali sejarah di zaman penurunan wahyu, Nabi Muhammad SAW mengumpul kekuatan para sahabat seramai 313 orang untuk menuju ke Medan Badar demi untuk mengambil kembali harta umat Islam yang dirampas oleh kaum musyrikin Mekah ketika berlakunya penghijrahan. Keberanian yang ditunjukkan oleh Baginda SAW serta para sahabat demi semata-mata menjaga hak umat Islam yang dirampas. Walaupun kekuatan tentera musyrikin seramai 1000 orang, namun perkara tersebut sedikit pun tidak melunturkan keberanian mereka untuk mendapatkan kembali hak umat Islam kerana mereka adalah golongan yang FAHAM. PEMERINTAHAN KHULAFA' YANG PERTAMA Dengan sifat berani dan tegas yang ada pada Saidiana Abu Bakar As-Siddiq RA, beliau memerangi golongan yang enggan membayar zakat dengan melaksanakan hukuman bunuh. Walaupun hukuman tersebut ditegur oleh Saidina Umar Al-Khattab RA, tetapi Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA tetap bertegas kerana beliau FAHAM tentang kehendak dan maksud sabda nabi SAW "Aku disuruh untuk memerangi manusia sehinggalah mereka menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat. Apabila mereka melaksanakan semua itu, maka terselamatlah darah dan harta mereka daripada aku melainkan dengan hak Islam dan hisab mereka terserah kepada Allah SWT." (Al-Bukhari dan Muslim) Beliau melontarkan satu persoalan kepada Saidina Umar Al-Khattab RA sebagai jawapan bagi soalan yang ditanya. "Adakah kamu membezakan antara golongan yang murtad dengan mereka yang menafikan hukum pembayaran zakat?." SELEPAS KEJATUHAN KHILAFAH ISLAMIYAH Keberanian dan kesungguhan yang ditonjolkan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna menyebabkan kefahaman masyarakat tentang gerakan Islam semakin subur. Walaupun diuji dan ditimpa dengan pelbagai mehnah dan rintangan, tetapi beliau tetap istiqamah dalam meneruskan risalah Rasulullah SAW kerana FAHAM yang ada dalam diri beliau. Kalaulah bukan dengan kefahaman yang jelas, keberanian yang membara di peringkat awal akan terpadam sedikit demi sedikit. Dan saya yakin, kefahaman yang tidak diterapkan dalam keberanian akan membuahkan hasil natijah yang tidak sempurna. PENGALAMAN DIRI Sehingga kini banyak kisah dan pengalaman yang saya lalui mengajar untuk sentiasa berwaspada dalam melakukan sebarang tindakan. Berapa ramai di kalangan rakan-rakan seperjuangan yang bersemangat dan berani suatu ketika dahulu, kini menyendiri tidak mahu terlibat dengan gerakan Islam atau gerakan mahasiswa. Berapa ramai di kalangan abang-abang yang memberi tarbiyah kepada adik-adik, kini bersalahan dengan apa yang mereka ucapkan suatu ketika dahulu. Sifat berani seperti inilah yang PMRAM istilahkan sebagai 'berani kosong'. Selaku mahasiswa Islam, sifat berani yang kita tonjolkan adalah berdasarkan kefahaman. Bukanlah hanya semangat semata-mata. Semangat kerja yang membara tanpa kefahaman akan tidak akan membuahkan istiqamah dalam tindakan. Akhirnya berputus asa dengan sifat berani yang ditunjukkan. Kefahaman yang mendalam tanpa semangat bekerja tidak akan merubah keadaan mahasiswa sekitarnya. Bahkan golongan inilah yang seringkali mempertikai gerak kerja yang dilakukan oleh aktivis Islam. Sifat seperti ini akan menyebabkan timbulnya penyakit dalam gerakan mahasiswa. Justeru sifat berani yang seringkali PMRAM laungkan adalah BERANI ATAS DASAR KEFAHAMAN kerana inilah sebenarnya identiti akhlak islamiyah yang diajar oleh Rasululllah SAW kepada umatnya. Inilah unsur yang akan melahirkan sifat istiqamah dalam jiwa aktivis Islam. KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH Shahrizan bin Mohd Hazime Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010. *sumber : www.pmram.org

Produk Makanan Dari Anjing & Keldai Memasuki Pasaran Mesir

Amat menjijikkan apabila daging anjing dan keldai dijadikan santapan harian. Ini berikutan harga daging yang kian meningkat di Mesir. Produk sampingan itu telah menjadi menu gantian kepada daging lembu. Daging-daging anjing dan keldai tersebut tidak dijual dalam bentuk asli, melainkan setelah diproses menjadi daging hancur (ada beberapa jenis daging untuk dijadikan makanan di Mesir). Daging tersebut telah tersebar luas di restoren dan hotel sekitar Iskandariah. Berikut petikan dari Laman web EraMuslim Beriringan dengan melonjaknya harga daging yang tembus hingga angka 50 persen di Mesir, beberapa produk olahan daging anjing dan keledai (semisal sosis, soguk, hawawshi, daging giling, dan lain-lain) beredar di pasaran kota-kota negara itu. Surat kabar independen Mesir Al-Mashri Al-Yaum (27/4) menguak kasus beredarnya produk olahan daging tersebut di kota Alexandria. Beberapa puluh potongan kepala anjing dan keledai ditemukan di tempat jagal di bilangan Amiriya, Alexandria. Salah seorang penduduk bilangan tersebut, Mahmoud Ali, mengaku jika beredarnya beberapa produk olahan daging anjing dan keledai di bilangannya sudah terjadi cukup lama. Kebanyakan produk tersebut dikemas dalam bentuk daging giling atau hawawshi. "Produsen daging olahan itu kemudian menjual dan mendistribusikannya ke toko-toko dan warung-warung kebab," kata Ali. Seorang penduduk yang lain, Salim Ahmad, mengatakan jika peredaran produk olahan daging tersebut tidak hanya terbatas di pasar-pasar kawasan kumuh (slum/ashwa'iyyah), tetapi juga di restoran-restoran dan hotel di Alexandria. Namun, peredaran produk olahan daging anjing dan keledai itu lebih banyak terkonsentrasi dan sudah berlangsung sangat lama di kawasan penduduk menengah ke bawah dan kumuh (ahya ahu'biyyah wa ashwa'iyyah). "Para penduduk di kawasan menengah ke bawah dan kawasan kumuh adalah konsumen produk tersebut. Mereka sebenarnya tahu itu produk daging anjing dan keledai, tetapi tetap saja mengkonsumsinya karena harganya yang terjangkau oleh uang mereka," jelas Gamal Abdul Lathif, seorang penduduk lainnya. Pasca terungkapnya kasus ini secara publik, pihak pemerintahan daerah Alexandria kini segera melakukan penyelidikan serius. Sementara itu, harian berbahasa Arab lainnya, Al-Quds (27/4), melansir, jika kasus beredarnya produk daging olahan anjing dan keledai ini juga terjadi di beberapa kawasan kumuh ibu kota Kairo dan provinsi Giza, semisal Kadrasah, Bulaq Daqrur, Warraq, dan lain-lain. Di kawasan-kawasan tersebut, bukan hanya daging anjing dan keledai saja yang beredar, tetapi juga produk olahan daging kucing dan daging ternak tiren (mati kemaren). Sekitar seminggu yang lalu, pihak keamanan Kairo berhasil meringkus petugas di salah satu rumah jagal di kota tersebut yang kedapatan tengah mengolah 'bangkai' daging kerbau. Petugas jagal itu mengaku jika dirinya mengumpulkan hewan-hewan ternak yang sudah mati dari para petani, untuk kemudian ia sembelih dan kuliti, dan dijadikan produk daging olahan. (my/qs) SUMBER: http://www.eramuslim.com/berita/dunia/edan-produk-olahan-daging-anjing-keledai-dan-kucing-beredar-di-mesir.htm

Saturday, June 12, 2010

Layan Novel

Saya bukan pembaca tegar novel. Kalau novel di tangan, saya hanya akan membaca sinopsis di belakang kulit buku, biodata penulis, halaman awal kurang lebih 10 mukasurat, halaman tengah kurang lebih 10 mukasurat dan halaman akhir juga kurang lebih 10 mukasurat. InsyaAllah konklusi novel tersebut sudah boleh saya bayangkan walaupun tidaklah tepat 100%. Berbeza halnya jika saya membaca novel hasil tangan saudara Ramlee Awang Murshid. Jika formula seperti di atas saya rumuskan, sudah barang pasti konklusinya adalah sangat tidak tepat. Membaca novel-novel R.A.M sangat memerlukan ketajaman mental bagi saya. Masih saya ingat kali pertama membaca Satu Janji 5 @ 6 tahun yang lalu, hampir sahaja saya menamatkan pembacaan. Mujurlah warna kulit buku itu adalah warna kesayangan saya. Lantas pembacaan diteruskan sehingga selesai. Sungguh saya mendapat kepuasan dan semenjak itu saya jatuh suka dengan karya-karya beliau. Tombiruo, Tombiruo Terakhir, Semangat Hutan, Ungu Karmila, Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencipta dan yang terbaru Cinta Sufi, telahpun saya tamatkan pembacaannya. Kredit kepada sahabat saya Norhayati Abu Sopian kerana novel 4 serangkai (Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencipta dan Cinta Sufi) yang saya baca ini, merupakan koleksi peribadi beliau. Terima kasih daun keladi, lepas ini bagilah pinjam lagi ya... Sekali sekala cuba untuk rehatkan minda, apa salahnya kan?. Ketika membaca segala hasil tangan R.A.M, saya rasakan seolah-olah setiap gerak-geri Saifuddin, Ratna, Haryani atau Catalina contohnya bergentayangan di sekeliling saya. Sungguh saya merasakan mereka hidup. Walaupun terkadang ada juga perencah mitos namun masih boleh diterima akal bagi saya. Apa yang penting adalah, novel 4 serangkai ini (Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencipta dan Cinta Sufi) mampu sedikit-sebanyak mendidik jiwa saya. Masih adakah lagi makhluk sehebat Saifuddin di atas muka bumi Allah ini? Saifuddin itu...malaikatkah dia?. Diam-diam saya memasang azam untuk jadi sehebat SUNAN!.

Wednesday, June 9, 2010

Hanya Menunggu Syafawi...

Tarikh keramat saya untuk tahun akhir dan semester akhir ini telah pun berlalu. Tanggal 25 dan 30 Mei 2010. 2 kertas di ambil untuk 2 tarikh ini. Madah Adab & Balaghah pada 25 Mei dan madah Al-Quran pada tanggal 30 Mei. Dan sekarang saya hanya menunggu untuk menduduki imtihan syafawi a.k.a lisan a.k.a oral. Jadual syafawi di Al-Azhar cawangan Iskandariah sehingga hari ini masih belum dikeluarkan. Mengikut culaan tahun-tahun sebelum ini, kebiasaannya jadual ini hanya akan ditampal pada pertengahan imtihan tahriri a.k.a bertulis. Sempat juga saya melirik jadual imtihan tahriri yang ditampal di markaz PMRAM cawangan Iskandariah sebentar tadi, madah terakhir yang akan diambil oleh siswi di sini pada tarikh 24 Jun 2010. Mengikut congakan saya, imtihan syafawi hanya akan bermula 2 minggu dari tarikh akhir imtihan tahriri. Atau yang lebih tepat sekira-kira maksudnya tarikh itu akan bermula pada 7 Julai 2010!. Ya Allah, sungguh penantian itu suatu ujian. Untuk menunggu tarikh 7 Julai itu, saya mempunyai masa kurang lebih sebulan untuk berhadapan dengan imtihan yang seterusnya. Apa yang akan saya isi dengan nikmat masa yang telah Allah kurniakan ini sahabat-sahabat?. Di kala ahli bait a.k.a housemate yang lain sedang berjuang dengan pen dan kertas, saya di mana?. Di saat mereka sedang mengekang mata untuk menahan kantuk, saya bagaimana? Astaghfirullahal azim...inilah sifat manusia. Tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Kata sahabat saya, setiap musibah jangan jadikan ianya masalah tapi cuba jadikan ianya sebagai peluang. Peluang untuk perhebatkan hafalan, peluang untuk pereratkan ukhuwwah, peluang untuk mencipta ruang dan segala macam peluang yang kadang-kadang tidak terjangkau dek akal untuk kita fikirkan. Sungguh segala nikmat yang Allah berikan ini adalah peluang buat saya dan semua. Mudah-mudahan kejayaan itu milik kita semua. Ameen ya rabb...

Barakallahu Lakum...

Bermula awal Jun sekolah-sekolah di Malaysia bercuti selama 2 minggu. Saya menerima beberapa kad jemputan maya daripada sahabat handai untuk bersama memeriahkan majlis raja dan ratu sehari mereka. Namun apakan daya, saya tidak mampu untuk memenuhi impian kalian semua kerana tugas saya di sini masih belum selesai. Hanya iringan doa saya sahaja yang turut mengiringi kalian. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur supaya dapat kita berjumpa suatu masa nanti. Ameen... Kad maya yang pertama saya terima dari Ukhti Nur Syafinnas Zahari. Masih teringat perkenalan kali pertama hampir 10 tahun yang lalu. Pertama kali bersua muka di Tanjung Rambutan, Sekolah Agama tempat Syafinnas mengajar 7 atau 8 tahun yang lalu. Sungguh cepat masa berlalu dan hari ini Syafinnas telah pun selamat menjadi suri kepada Ustaz Mohd Khairi. Barakallahu lakuma... Kemudian saya menerima jemputan daripada Ukhti Ansoriah Abu Bakar. Ukhti An merupakan junior saya di Maahad sebelum ini dan beliaulah orang pertama yang menyapa saya setibanya saya di Rumah Perak Kaherah. Sungguh kecil rasanya dunia waktu itu kerana ukhuwwah di bumi Maahad bersama kami tatang ke bumi Kinanah pula. Ukhti Ansoriah telah selamat menjadi suri di hati ustaz Fariq Damanhuri. Barakallahu lakuma... Jemputan maya yang ketiga telah ditag kepada saya oleh Ukhti Zirwatul Haryati Hassan. Disusuli pula ke teratak, khas buat bonda dan ayahanda saya tercinta. Banyak kenangan manis saya bersama ukhti yang seorang ini. Masakan tidak, di Kolej sebelum ini kami ibarat kembar sementelah pula hanya kami berdua yang berasal dari utara tanah air. Susah senang kami kongsi bersama. Ukhti Atul banyak mengajar saya tentang erti sabar dalam permusafiran berjuang menuntut ilmu. Sungguh, hanya saya dan dia sahaja yang mengerti. Kata-katanya banyak menyemarakkan semangat saya. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budimu yang tidak terhingga itu ukhti. Mudah-mudahan ukhti lah salah seorang zaujah solehah yang didamba oleh setiap zauj yang soleh. Barakallahu lakuma...

Saturday, May 15, 2010

Wadah Perjuanganku

Monday, May 10, 2010

Tentang ARMA : Fakta Yang Tidak Mungkin Berubah

Perintis permulaan perjuangan mendapatkan sebuah penempatan anak Melayu bukanlah satu usaha yang baru malahan usahanya menjangkau puluhan tahun melepasi beberapa dasawarsa kewujudan PMRAM di bumi Anbiya’ ini.Langkahan pertama diatur pada tahun 1932 ,pelbagai usaha telah diperhebatkan samada dari segi pengumpulan dana, pancarian lokasi dan penubuhan sebuah jawatankuasa yang dikenali dengan “ Panitia Rumah Melayu ”.Kewujudan jawatankuasa ini secara langsung bertindak dalam segala pengurusan yang berkaitan dengan ARMA. Pengumpulan dana merangkumi dari pelbagai pihak termasuk jemaah-jemaah haji yang datang ke tanah suci Mekah.Di antara yang terlibat secara langsung untuk mendapatkan ARMA adalah Almarhum Dato’ Haji Abdul Jalil Hasan yang merupakan Pemangku Mufti Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1960. Beliau juga terlibat dengan penubuhan PPS ( Persekutuan Putera-putera Semenanjung ) pada tahun 1930 telah menyatakan bahawa jumlah dana Rumah Melayu yang terkumpul pada Bendahari PPS adalah sebanyak RM 1544.50.
Dengan usaha gigih generasi ketika itu ,beberapa sumbangan derma telah diperolehi di antaranya kunjungan Tuan Haji Hussien bin Haji Ya’qub (seornag peniaga Melayu terkenal di Kelantan), begitu juga yang berlaku pada 1952, Persidangan Raja-raja Melayu telah memutuskan supaya setiap Majlis Agama Negeri dan Pejabat Agama di setiap negeri melancarkan sumbangan dengan menetapkan jumlah yang tidak kurang daripada RM 6500.00. Pada tahun 1954, Badan Pengurus telah mengambil inisiatif untuk terus berjumpa dengan Almarhum Presiden Mesir ,Jamal Abdul Nasir bagi memohon sebidang tanah yang bertujuan untuk pembinaan. Hubungan yang baik terjalin di antara PPS dan Kerajaan Mesir dibuktikan lagi dengan perjanjian Jamal Abdul Nasir yang akan memberikan sebidang tanah kepada PPS. Setahun kemudian pada 1955,beliau telah memperuntukkan sebidang tanah dengan keluasan 600 meter persegi di dalam kawasan Bandar Kaherah [ Tahrir ] yang diberikan secara percuma yang pada ketika itu telah ditukar nama kepada PMM pada tahun 1952. Akhirnya pada tahun pada tahun 1959 sebidang tanah yang berkeluasan 2,212 meter persegi telah sah menjadi milik PMM melalui sebuah majlis penyerahan geran tanah yang telah dihadiri oleh YDP PMM ketika itu Ustaz Wan Mokhtar Ahmad. Maka dengan itu telah termaktubnya pemilikan tanah tersebut yang diakui oleh Kerajaan Republik Arab Mesir malahan juga diperakui oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Maka peraturan - peraturan Asrama Rumah Melayu Abbasiah diwujudkan dengan disahkan oleh ketiga-tiga pihak iaitu Duta Besar Kaherah,Pengarah Jabatan Penuntut dan YDP PMRAM.Di antaranya peraturan-peraturan yang telah termaktub pada 1981 adalah seperti berikut : - Pada ceraiaan 1.2 [ Pendahuluan ] – Asrama ini dibina oleh Kerajaan Malaysia dan diletakkan dibawah naungan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. - Pada ceraiaan 1.3 [ Pendahuluan ] – Tapak bangunan ini diperolehi dari hadiah pihak berkuasa Kerajaan Mesir atas daya usaha dan jasa ahli-ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). - Pada ceraiaan 1.6 [ Pendahuluan ] – Anjung tingkat bawah Asrama ini adalah dikhaskan sebagai Pejabat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). - Pada ceraiaan 2.3 [ Pentadbiran dan Pengurusan ] – Dasar pentadbiran ARMA ini dapat diputuskan oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada : • Pengarah JPM ( Pengerusi) • Penyelia Asrama ( Setiausaha ) • Pegawai Kebajikan 1 ( AJK ) • Pegawai Kebajikan 2 ( AJK ) • Juruwati Asrama ( AJK ) • 3 Wakil PMRAM ( AJK ) ** Jawatakuasa in bertindak dalam sebarang bentuk perubahan dasar dan membuat keputusan serta menjadi penasihat dan mempertimbangkan segala rayuan yang berkaitan dengan Asrama Rumah Melayu Abbasiah. Namun begitu ,pada tahun 1992 KBMK telah memutuskan hubungan dengan PMRAM sekaligus menyatakan peraturan ARMA yang telah dipersetujui dahulu secara langsung dimansuhkan.Jika diteliti tiada satu ceraian dalam peraturan tersebut menyatakan apabila tiada kerjasama antara KBMK dan PMRAM maka secara langsung peraturan ARMA dimansuhkan. Usaha PMRAM tidak pernah pudar dek zaman yang terus laju melangkah ke hadapan oleh kerana yang sedemikian pada 13 November 2000, satu mesyuarat telah diadakan di antara Badan Pengurus PMRAM dan Duta Besar Malaysia Kaherah .Dalam perjumpaan tersebut ,beliau sendiri telah mengakui bahawa peraturan ARMA yang baru pada 1999 tidak sah kerana dibuat tanpa persetujuan dan pengetahuan pihak PMRAM.Wakil Penasihat dan Badan Pengurus PMRAM yang hadir bersama ketika itu, Presiden PMRAM Ustaz Mohd Nizam Mohd Noh, Ketua Penasihat Ustaz Anhar Opir, AJK Penasihat Ustaz Azhar Yahya, Badan Pengurus ,Ustaz Ahmad Arif bin Mohd Arshad, Ustaz Hasri Hassan dan Ustaz Muhidir Tamjis. Seterusnya pada ketika itu juga Peraturan ARMA 1971 dan 1986 masih diterima pakai ataupun dengan erti kata lain diiktiraf . Burhubung hak pemilikan tanah, PMRAM mengiktiraf bahawa nama pemilik yang tercatat pada geran tanah itu pada masa kini ialah Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia), akan tetapi PMRAM tetap memiliki keistimewaan sebagai tuan tanah yang asal kerana usaha-usaha memperolehi tanah itu keseluruhannya adalah hasil perjuangan PMRAM dengan sokongan pelbagai pihak tanpa melibatkan kerajaan Malaysia. Pindaan nama itu dibuat oleh PMRAM hanya semata-mata bertujuan mematuhi protokol bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengeluarkan bantuan kewangan sebanyak 250,000.00 Ringgit Malaya yang telah dijanjikan. Perkara ini berlaku pada tahun 1959 apabila Tan Sri Khir Johari yang datang ke Mesir sebagai Menteri Pelajaran telah menyatakan bahawa wang peruntukan tersebut tidak dapat dikeluarkan melainkan setelah nama tanah itu ditukar kepada nama Persekutuan Tanak Melayu. Bagi menunaikan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, Panitia Rumah Melayu telah berusaha pula untuk menukarkan nama yang tercatat pada geran tersebut sebagaimana yang ditetapkan. Akhirnya pada bulan Jun 1960, sempurnalah proses penukaran tersebut dan wang bantuan yang dijanjikan dapat disalurkan.
Perihal ini telah menjadi bukti bahawa,PMRAM masih lagi mempunyai hak ke atas ARMA sehingga kini. Cuma apa yang berlaku hari ini adalah beberapa peraturan ARMA telah diubah tanpa sebarang makluman dan persetujuan daripada pihak PMRAM seperti yang telah termaktub di dalam peraturan ARMA. www.pmram.org

Pendaftaran PMRAM No. 803, Tahun 1964 Dengan Kementerian Mesir

Kesal dengan tuduhan Khairi terhadap PMRAM secara terang dan jelas. Begitu mudah dia menuduh PMRAM tiada sebarang hubungan dengan Amin Daulah. Baru sahaja bertugas 4 bulan, sudah pandai tunjuk jaguh. Antara kenyataan beliau :
Secara rasminya PMRAM tidak ada hubungan dengan Amin Daulah, itu adalah propaganda mereka untuk menakut-nakutkan pelajar-pelajar.
Kenapa begitu mudah beliau membuat spekulasi seperti ini? Inilah Khairi, jenis si putar belit, kuat berjanji manis, sibuk berpolitik, dan banyak tugasan yang tertangguh. Hakikatnya perkara ini sudah tidak perlu dijelaskan lagi, kerana ia sudah begitu jelas.
Contohnya, hari sudah siang, dan si buta sahaja yang tidak boleh mempercayai hari itu siang. Ataupun, si gila yang nampak hari sudah siang, tetapi tetap menafikannya. Lalu dia pun berkata "sebenarnya, hari tak siang pun, ini hanyalah propoganda semata-mata", walhal semua orang mengakui hari sudah siang. Pelik, pelik.
Untuk memberitahu kepada orang seperti ini, yang menafikan hubungan rasmi PMRAM dan Amin Daulah, cukup sekadar saya menayangkan cop PMRAM yang sudah sekian lama kita melihatnya.
Ia tertulis dalam Bahasa Arab yang bermaksud
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
Jajahan Ikatan Kemasyarakatan Kaherah
Bernombor 803, tahun 1964
Atau dengan kata lain, PMRAM berdaftar sebagai NGO yang berpusat di Kaherah, semenjak 1964 lagi, dengan nombor pendaftaran 803. Ya, ketika itu JPMK masih belum wujud, kerana JPMK wujud pada 1980 lagi. Semoga Khairi sedar..
Untuk makluman, sekiranya cop ini diciplak, atau ditiruankan, boleh menjadi satu kesalahan undang-undang Mesir. Oleh itu, cop yang asli ini hanya terdapat di Pejabat PMRAM yang terletak di Kaherah.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar www.ibnuirfadzil.blogspot.com

PMRAM Berdaftar Dengan Kementerian Mesir

sumber : typeace (link) PMRAM berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir secara rasminya. Saya adalah di antara kepimpinan yang pernah menghadap pihak Kementerian Kemasyarakatan Mesir dan membentangkan segala program PMRAM di hadapan mereka. Gambar di atas adalah sewaktu KARNIVAL KERJAYA anjuran kerajaan Malaysia yang diadakan pada tahun 2007. Majlis dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Oleh sebab PMRAM berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir dan kita mempunyai hubungan rapat, PMRAM telah menghubungi pihak keselamatan memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia akan mengadakan program di dewan Cairo International Convention Centre (CICC). Oleh yang demikian, polis (seperti dalam gambar) akan menghadiri bersama-sama PMRAM dalam apa juga program yang PMRAM anjurkan dan sertai bersama. Banyak lagi program PMRAM yang akan dihadiri oleh polis termasuk di Hayyu Asyir atau dimana-mana sahaja. PMRAM akan menghubungi polis setiap kali membuat program. Polis mengarahkan kepada PMRAM, "sekiranya berlaku perhimpunan di dalam keadaan ramai, maka hendaklah dimaklumkan kepada polis." Kenyataan Khairi Jalaluddin yang merupakan 'bayi baru Mesir' wajar dipertikaikan. Beliau telah mempersendakan Presiden PMRAM dengan mengatakan Presiden PMRAM tidak mampu memberikan bukti untuk pegawai meminta izin PMRAM ke Muhafazah (daerah). Persoalannya, bila PMRAM mengeluarkan qarar (undang-undang) supaya pegawai minta izin kepada PMRAM? Saya pernah membawa isu fitnah yang setiap tahun berlaku ini kepada pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK). Pihak KBMK sudah menerima jawapan daripada saya pada waktu itu dan mengatakan, "Oh, kenyataan yang saya dengar sebelum ini salah lah ya..." Moral : Wahai KJ yang dikesiankan, mohon taubat daripada terus menjadi pembersih kediaman KELAB UMNO MESIR....

Ya Allah Peliharalah PMRAM

Sumber : Web PMRAM (link)
KAHERAH, 6 Mei – Bacaan Yassin hari ini berkumandang di Pejabat PMRAM, bacaan yang dipimpin sendiri oleh Naib Presiden I, Saudara Adlan Mokhtarddin dan dilantunkan doa oleh Saudara Khairul Anwar Ismail selaku Penasihat PMRAM. Sebelum majlis bacaan Yassin berlangsung, majlis dimulakan dengan solat sunat hajat. Majlis itu berlangsung sekitar jam 10 malam dan dihadiri oleh semua Badan Pengurus dan Penasihat PMRAM.
Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan dua orang Penasihat PMRAM iaitu Saudara Khairul Anwar Ismail dan Saudara Abdul Mu’izz Muhammad. Suasana ketika itu kelihatan sayu dan hiba apabila kedua-dua orang Penasihat PMRAM ini memberikan kata-kata peransang dan semangat. Mereka mengharapkan kepimpinan PMRAM pada tahun ini mampu dan berjaya menggalas amanah ini dengan sebaik-baiknya.
“Peliharalah hubungan kalian dengan Allah, yakin dan percayalah Allah pasti menjaga persatuan ini jika kalian sentiasa menjaga hak-hakNya” tegas Mantan Presiden PMRAM 2008, Saudara Khairul Anwar Ismail.
“Jika hari ini Allah masih lagi memelihara Ka’bah, sama-samalah kita mendoakan agar Allah menjaga PMRAM sepertimana Allah memelihara Ka’bah” ujar Mantan Presiden PMRAM 2009, Saudara Abdul Mu’izz Muhammad.
Sebelum penutupan majlis, Presiden PMRAM mengharapkan kepimpinan PMRAM agar dapat mengimbangi tuntutan sebagai pimpinan mahasiswa dan tuntutan pembelajaran.
“Jangan jadikan isu yang melanda ketika ini, sebagai penghalang untuk meneruskan gerak kerja Islam dan kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi” nasihat Saudara Shahrizan Mohd Hazime.
Beliau berkata demikian ketika memberikan amanat di akhir majlis solat hajat dan bacaan yassin di Pejabat PMRAM malam ini.

Friday, May 7, 2010

Semarak Kembali

Alhamdulillah, tanggal 4 Mei 2010 yang lalu Allah telah menemukan semula saya bersama sahabat-sahabat seperjuangan yang kembali meneruskan perjuangan di bumi barakah ini. Setelah hampir setengah tahun tidak bersama. Semangat saya kembali bersemarak dengan hadirnya mereka berdua. Khodijah Desa dan Hamisah Hamzah. Selamat meneruskan perjuangan menuntut ilmu ini. Masih saya ingat sewaktu hari pertama perkenalan kami. Sungguh syahdu. Kami bertiga berukhuwwah di bawah bumbung DPMI. Segala keperitan dan kejerihan di dalam bahtera organisasi DPMI kami lalui bersama. Susah, senang, pahit dan manis bersatu. Indah sungguh ukhuwwah ketika itu. Hari ini, Allah masih panjangkan lagi umur kita untuk semarakkan ukhuwwah ini. Mudah-mudahan bertemu dan berpisah kita hanya kerana ALLAH SWT. Amenn...

Barakallah...

Selamat pengantin baru diucapkan kepada sahabat saya Al-Ustazah Fatimah Azzaharah Binti Haris yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Al-Fadhil Mohd Sofiuddin Bin Haji Daim. Mudah-mudahan kalian berdua bahagia hingga ke syurga dan dikurniakan dengan zuriat yang soleh dan soleheh. Ameen... Doakan sahabat-sahabatmu di sini yang akan berperang dengan pen dan kertas penghujung bulan ni ya...Doakan kami semua najah dunia dan akhirat...

Sejarah D.P.M.I

DPMI satu akronim nama yang terjalin indah menepati makna Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah. Disahkan penubuhannya pada tahun 1992 untuk memberi kebajikan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah. Bernaung di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) iaitu satu-satunya persatuan induk pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Seramai 18 orang mahasiswi telah dihantar ke universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah pada 16 Februari 1992. Disinilah bermulanya pelbagai keperitan hidup yang telah ditanggung oleh mereka yang bergelar kaum Hawa kerana semua urusan pengkuliahan dan kehidupan seharian terpaksa diuruskan secara berdikari tanpa golongan kaum Adam. Hal ini menyebabkan terdapat beberapa golongan yang berangggapan bahawa Iskandariah satu-satunya tempat melatih kaum Hawa berdikari. Pada tahun berikutnya, satu cabaran yang besar tepaksa mereka hadapi kerana terpaksa menerima kehadiran pelajar-pelajar baru seramai 80 orang. Walaubagaimanapun, PMRAM yang merupakan badan induk pelajar telah memberi bantuan dan kerjasama yang padu kepada mereka dalam setiap keperluan dan urusan. Hasil jerih payah perintis inilah yang menjadi pemangkin keteguhan DPMI hingga kini. Semangat pengorbanan dan kesabaran yang menyala di hati mereka menjadi tauladan kepada mahasiswi Iskandariah untuk mempertahankan keutuhan PMRAM dan DPMI. Berbekalkan semangat berdikari, hingga kini DPMI terus megah mengukir nama hingga dapat membuktikan bahawa golongan mahasisiwi Azhariah juga mampu menerajui kepimpinan. Sehingga kini sudah tercatat 19 orang pimpinan tertinggi selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah, iaitu : 1992 : Shamsuriyah Binti Mohamad 1992/1993 : Enezah Binti Jamali 1993/1994 : Siti Mariam 1994/1995 : Natrah Binti Ghulam Ahmad 1995/1996 : Rokiah Binti Jaafar (Perak) 1996/1997 : Riza Yusnita Binti Mohd Rasyid 1997/1998 : Nor Qasidah Binti Nordin (Negeri Sembilan) 1998/1999 : Nor Hayati Binti Khamis 1999/2000 : Norliza Binti Hassan (Selangor) 2000/2001 : Rohaiza Binti Zakaria (Pulau Pinang) 2001/2002 : Maheran Binti Basri (Perak) 2002/2003 : Norlah Binti Azizun (Kedah) 2003/2004 : Wan Nadiah Binti Wan Mohd Ali (Terengganu) 2004/2005 : Jamilah Binti Dzulkafly (Pahang) 2005/2006 : Rashidah Binti Jamalludin (Negeri Sembilan) 2006/2007 : Wan Nor Azizun Binti Wan Aziz (Kelantan) 2007/2008 : Norhayati Binti Abu Sopian (Kedah) 2008/2009 : Suriaty Binti Nayan (Perak) 2009/2010 : Rabi'atul Hazirah Binti Ramli (Kedah) Mahasiswi Iskandariah terdiri daripada pelbagai negeri. Mereka disatukan dibawah satu wadah. Kesatuan yang ada sekarang sebagai lambang kekentalan semangat Azhariah memikul amanah Allah di bumi ini. Semenjak penubuhannya DPMI telah beberapa kali mengalami perpindahan markaz bermula dari imarah Ibrahim Rehal, imarah Safa wa Marwa, Rumah Putih dan imarah Noorul Hudaa yang mana terletaknya Dewan Zajlatul Abidah sekarang ini. Penempatan ahli DPMI berpusat di Assofirah dan Mandarah dimana ianya terbahagi kepada 4 mantiqah iaitu mantiqah Ummu Dzar, Nusaibah, Atiqah dan Zinnirah. Ahli DPMI tinggal di 84 buah rumah yang disewa oleh pihak Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah dengan arab tempatan. Bilangan rumah ahli yang berkahwin pula adalah sebanyak 40 buah rumah yang mana penempatannya sekitar penempatan akhawat Iskandariah. Menyelami kesukaran generasi awal merentas kehidupan mengundang hikmah, siapalah kita tanpa DPMI dan di manakah kita tanpa PMRAM. Oleh itu, kesatuan fikrah dan kesatuan amal perlu dipertahankan untuk mendaulatkan ketulenan Islam. www.dpmiskandariah-pmram.blogspot.com