Thursday, September 23, 2010

First Ladies: Rosmah `tidak sopan’ pada Permaisuri Agong

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan sidang kemuncak First Ladies pada 11 hingga 13 Oktober ini disifatkan sebagai 'tidak sopan' dan membelakangkan kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, Rosmah masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran yang diterima selepas iklan berwarna dua halaman penuh memaparkan Rosmah disiarkan di New York Times pada April lalu. Ia adalah iklan ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010. "Tindakan Rosmah ini satu tindakan yang sangat tidak bersopan. Setelah mendapat kritikan daripada banyak pihak selepas iklan itu, kita ingatkan dia belajar daripada kesilapan dan tahu meletakkan diri dia di mana," kata Athirah ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Athirah yang merupakan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat berkata, penggunaan istilah 'wanita pertama' itu juga ternyata bertentangan dengan Artikel 32, Perlembagaan Malaysia. "Dalam artikel itu jelas menyebut bahawa ketua pertama negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong jadi secara automatik, wanita pertama mestilah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong," katanya lagi. Tambahnya, penggunaan 'wanita pertama' setelah Najib memerintah negara menunjukkan ceteknya kesedaran beliau mengenai kepentingan menghormati Perlembagaan Negara. "Negara kita mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan, bukan negara republik yang mempunyai presiden. Memang tidak pernah wujud istilah wanita pertama di negara kita. "Apabila Najib dan Rosmah muncul, mereka guna istilah ini dalam negara yang berkonsepkan Raja Berpelembagaan, ini menunjukkan kesedaran mereka yang sangat cetek dari sudut sejarah dan berpelembagaan," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata, satu gerakan perlu diwujudkan bagi memberikan kesedaran kepada rakyat dan juga para pemimpin agar menghormati Perlembagaan Negara. "Saya sebagai wanita muda Malaysia sangat terpanggil untuk menggerakkan kesedaran massa untuk menolak kebiadapan dan ketidaksopanan Rosmah yang membelakangi Raja Permaisuri Agong. "Ini satu tindakan yang sangat derhaka dan rakyat mesti sedar dan menolak kepimpinan yang tidak menghormati keluhuran perlembagaan," tegasnya. Beliau turut mempersoal tindakan Rosmah yang seolah-olah cuba mencampuri peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. "Dari satu sudut dia mempergunakan Sharizat. Isteri perdana menteri telah mempergunakan Menteri Pembangunan Wanita (Keluarga dan Masyarakat) untuk mengadakan satu program besar di negara kita dan akan menggunakan segala duit daripada hasil negara dan cukai yang dibayar oleh rakyat," katanya. Rosmah seperti yang dilaporkan berkata, sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama dengan wanita-wanita pertama dunia mengenai agenda penting dalam memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan. Ianya Sidang Kemuncak ini akan diadakan selama tiga hari di Hotel Palace Of Golden Horses, di sini, dan bakal dihadiri lebih 20 Wanita Pertama dari seluruh dunia. sumber : www.muslimat.pas.org.my

Tuesday, September 21, 2010

Jom Join

1. Tidak lama lagi seluruh pemuda dan pemudi yang menjadi anggota Gerakan Islam ini berhimpun demi mencetus gelombang baru bagi Amal Tarbawi di dalam PAS disamping meneruskan kerja - kerja dakwah dan siasah . 2. Al Ijtima' At Tarbawi Pemuda - pemudi peringkat Kebangsaan akan berlangsung pada 1 hingga 3 Oktober 2010 akan datang di Perkarangan Masjid Rusila Terengganu . Alhamdulillah , program besar yang bakal menghimpunkan hampir 5000 kepimpinan pemuda PAS di semua peringkat dan seluruh pencinta - pencinta tarbiyah ini telah mendapat komitmen yang tinggi dari kedua - dua pucuk pimpinan tertinggi PAS iaitu YAB Tuan Guru Dato' Bentara Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat [ al Mursyidul Am PAS ] dan Yb Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang [Presiden PAS] 3. Sejurus selesai retreat Dewan Pemuda PAS Pusat baru - baru ini terdapat beberapa penambahan kepada tentatif atau aturcara Ijtimak Tarbawi tersebut yang perlu saya paparkan di sini . --------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------- Pertama : Penyertaan wajib dikekalkan kepada semua Exco DPPP , Exco DPP Negeri , Ajk DPP Kawasan dan ianya turut dibuka kepada mahasiswa\i dalam dan luar negara serta para pemudi [ akhawat ] dengan terlebih dahulu mendaftarkan diri ke pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri atau direct kepada Sekteriat Dewan Pemuda PAS Pusat di pejabatnya . Insyaallah mekanisme pendaftaran secara online sedang disiapkan . [ Jika lambat , akhawat disarankan daftar segera ke pejabat DPP Negeri atau Pusat ] --------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------- Kedua : [ Tentatif ] 01 Oktober 2010 [ Jumaat ] ~ kandungan ~ 04.00 pm - 06.30 pm : Pendaftaran Masuk 06.30 pm - 07.30 pm : Taklimat , al Ma'thuuraat & solat maghrib berjamaah 08.00 pm - Taujihat Tarbawi oleh : Al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ~ Solat Isyak dan Makan malam ~ 10.15 pm : Majlis Perasmian oleh : YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat [Al Mursyidul Am PAS] . --------------------------------------------------------------------------- 02 Oktober 2010 [ Sabtu ] ~ kandungan ~ Qiamulail dan Bicara Subuh Tafsir Al Hujurat 1 [6.15 am] dan Tafsir Al Hujurat 2 [8.00 pm] oleh : Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [Presiden PAS] Kertas 1 : PAS & Tarbiyah Islamiyyah oleh : Al Fadhil Tuan Guru Dato' Yahya Othman Ulasan 1 : Pengukuhan PAS melalui Tarbiyah oleh : Al Fadhil Yb. Ust Nasharudin Mat Isa [ Timbalan Presiden PAS ] Pidato Tarbawi 1 : Tarbiyah Jihadiyah dan Pilihanraya oleh : Al Fadhil Ustaz Dato' Abu Bakar Chik Forum Tarbawi 1 : Memupuk Budaya Tarbiyah dalam PAS oleh : Yb. Hj Salahudin Ayub [ Naib Presiden PAS ] Ustaz nasrudin bin Hj Hassan At Tantawi [ Ketua DPP Pusat ] Ustazah Hajjah Nuridah binti Mohd Salleh [ Ketua DMP Pusat ] Pidato Tarbawi 2 : Tarbiyah Jihadiyah dan Palestine oleh : Wakil Gerakan Islam Luar Negara Al Fadhil Tuan Guru Dato' Hj Harun Din [ Timbalan Mursyidul Am PAS ] Yb. Dato Hj Mahfuz Omar . [ Naib Presiden PAS ] ------------------------------------------------------------------------------ 03 Oktober 2010 [ Ahad ] ~ kandungan ~ Qiamulail dan solat fardhu berjamaah Tafsir Al Hujurat 3 ~ khatam ~ [ 6.15 am ] oleh : Yb Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS ] Kertas 2 : Tarbiyyah Al Harakiyyah oleh : Al Fadhil Yb. Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib [ Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat ] Ulasan 2 : Mengukuh Amal Jamaei oleh : Al Fadhil Ustaz Idris Hj Ahmad Forum Tarbawi 2 : Tarbiyyah dan Dewan Pemuda PAS oleh : Al Fadhil Ustaz Hj Zulkifli Ismail [ DUP ] Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abd Rani [ DPP Pusat ] Al Fadhil Ustaz Hj Ahmad Yahya [ DPP Kedah ] Ikrar Ijtima' : Pengarah Ijtima' Penutup [ 12.30 pm ] oleh : Yb Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS --------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------- 4. Saya berharap , masa yang begitu pantas berlalu tidak melekakan para pemuda untuk membuat persiapan awal dari segi material , fizikal dan mental agar Ijtima' Tarbawi ini benar - benar dapat meletuskan satu ledakan besar dalam PAS untuk kembali mengaktifkan organ - organ tarbiyahnya. Semoga Allah memberi kekuatan dan petunjuk kepada kita semua untuk menjayakan program besar ini . Diedit dari (http://episodeperjuangan.blogspot.com/)