Jejak Fakir Di Petra Jaya
8 years ago
http://www.telaniputri.blogspot.com
HAIYU ASYIR, 10 Julai - Satu kes pergaduhan yang melibatkan warga tempatan telah berlaku di kawasan Dataran Haiyu Asyir. Kejadian tersebut tercetus ekoran seorang pekerja kontraktor Manyalawi cuba meleraikan konflik antara seorang mahasiswa Malaysia dengan seorang warga Mesir.
Kesannya, sekumpulan warga tempatan yang tidak dikenali datang untuk menyerang pekerja kontaktor tersebut. Mereka yang bersenjatakan parang dan besi panjang secara tiba-tiba memukul dan memecahkan pintu gerbang Rumah Kedah.
Kejadian tersebut disaksikan oleh kebanyakan mahasiswa Malaysia yang sedang bermain bola di kawasan dataran menyebabkan mereka tergamam seketika. Beberapa orang Badan Pengurus PMRAM di ketuai oleh Presiden Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime datang ke tempat kejadian untuk melihat keadaan yang berlaku. Turut hadir sama Pegawai Kebajikan Anak Kedah Timur Tengah Sheikh Yusof bin Ahmad.
Kata salah seorang saksi yang tidak mahu dikenali, "Dah banyak kali pergaduhan antara warga tempatan berlaku di dataran ni. Kelmarin ada juga pergaduhan yang berlaku antara orang arab di sini. Pelajar Malaysia di Haiyu Asyir ni pun dah makin takut dengan keadaan suasana sekarang ni".
Kes pergaduhan ini telah dilaporkan kepada Pihak Keselamatan Mesir di Qisim Syurthoh Madinah Nasr.Turut bersama Pegawai Kedah membuat laporan polis ialah Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan PMRAM Saudara Mohd Solehuddin bin Mohd Safien.
Beliau yang juga merupakan saksi kejadian menyifatkan bahawa pergaduhan ini akibat rasa dendam dan tidak puas hati sesama warga tempatan. Semua mahasiswa Malaysia disarankan agar lebih berhati-hati dalam sebarang tindakan yang melibatkan warga Mesir.
sumber : www.hewipmram55.blogspot.com
Bazar tahunan Iskandariah kembali menemui anda semua. Kami barisan AJKT dan Penasihat PMRAM Cawangan Iskandariah sesi 2009/2010 serta ad-hoc dan ajk mengalukan kedatangan seluruh ahli PMRAM cawangan Iskandariah, pasangan mutazawwijin, ahli PERUBATAN Iskandariah dan taakhi.
Program yang berlangsung selama 3 hari ini akan bermula pada :
TARIKH : 1, 2 & 3 SYA'BAN 1431 bersamaan 13, 14 & 15 JULAI 2010.
TEMPAT : DEWAN ZAJLATUL ABIDAH.
HARI : SELASA, RABU & KHAMIS.
WAKTU BERMULA BAZAR : 9 PAGI - 6 PETANG.
Hadirlah beramai-ramai. Kami menanti kedatangan anda. Terima kasih.
sumber : www.dpmiskandariah-pmram.blogspot.com
