Jejak Fakir Di Petra Jaya
8 years ago
http://www.telaniputri.blogspot.com
Dengan usaha gigih generasi ketika itu ,beberapa sumbangan derma telah diperolehi di antaranya kunjungan Tuan Haji Hussien bin Haji Ya’qub (seornag peniaga Melayu terkenal di Kelantan), begitu juga yang berlaku pada 1952, Persidangan Raja-raja Melayu telah memutuskan supaya setiap Majlis Agama Negeri dan Pejabat Agama di setiap negeri melancarkan sumbangan dengan menetapkan jumlah yang tidak kurang daripada RM 6500.00.
Pada tahun 1954, Badan Pengurus telah mengambil inisiatif untuk terus berjumpa dengan Almarhum Presiden Mesir ,Jamal Abdul Nasir bagi memohon sebidang tanah yang bertujuan untuk pembinaan. Hubungan yang baik terjalin di antara PPS dan Kerajaan Mesir dibuktikan lagi dengan perjanjian Jamal Abdul Nasir yang akan memberikan sebidang tanah kepada PPS.
Setahun kemudian pada 1955,beliau telah memperuntukkan sebidang tanah dengan keluasan 600 meter persegi di dalam kawasan Bandar Kaherah [ Tahrir ] yang diberikan secara percuma yang pada ketika itu telah ditukar nama kepada PMM pada tahun 1952. Akhirnya pada tahun pada tahun 1959 sebidang tanah yang berkeluasan 2,212 meter persegi telah sah menjadi milik PMM melalui sebuah majlis penyerahan geran tanah yang telah dihadiri oleh YDP PMM ketika itu Ustaz Wan Mokhtar Ahmad. Maka dengan itu telah termaktubnya pemilikan tanah tersebut yang diakui oleh Kerajaan Republik Arab Mesir malahan juga diperakui oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.
Maka peraturan - peraturan Asrama Rumah Melayu Abbasiah diwujudkan dengan disahkan oleh ketiga-tiga pihak iaitu Duta Besar Kaherah,Pengarah Jabatan Penuntut dan YDP PMRAM.Di antaranya peraturan-peraturan yang telah termaktub pada 1981 adalah seperti berikut :
- Pada ceraiaan 1.2 [ Pendahuluan ] – Asrama ini dibina oleh Kerajaan Malaysia dan diletakkan dibawah naungan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.
- Pada ceraiaan 1.3 [ Pendahuluan ] – Tapak bangunan ini diperolehi dari hadiah pihak berkuasa Kerajaan Mesir atas daya usaha dan jasa ahli-ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
- Pada ceraiaan 1.6 [ Pendahuluan ] – Anjung tingkat bawah Asrama ini adalah dikhaskan sebagai Pejabat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
- Pada ceraiaan 2.3 [ Pentadbiran dan Pengurusan ] – Dasar pentadbiran ARMA ini dapat diputuskan oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada :
• Pengarah JPM ( Pengerusi)
• Penyelia Asrama ( Setiausaha )
• Pegawai Kebajikan 1 ( AJK )
• Pegawai Kebajikan 2 ( AJK )
• Juruwati Asrama ( AJK )
• 3 Wakil PMRAM ( AJK )
** Jawatakuasa in bertindak dalam sebarang bentuk perubahan dasar dan membuat keputusan serta menjadi penasihat dan mempertimbangkan segala rayuan yang berkaitan dengan Asrama Rumah Melayu Abbasiah.
Namun begitu ,pada tahun 1992 KBMK telah memutuskan hubungan dengan PMRAM sekaligus menyatakan peraturan ARMA yang telah dipersetujui dahulu secara langsung dimansuhkan.Jika diteliti tiada satu ceraian dalam peraturan tersebut menyatakan apabila tiada kerjasama antara KBMK dan PMRAM maka secara langsung peraturan ARMA dimansuhkan. Usaha PMRAM tidak pernah pudar dek zaman yang terus laju melangkah ke hadapan oleh kerana yang sedemikian pada 13 November 2000, satu mesyuarat telah diadakan di antara Badan Pengurus PMRAM dan Duta Besar Malaysia Kaherah .Dalam perjumpaan tersebut ,beliau sendiri telah mengakui bahawa peraturan ARMA yang baru pada 1999 tidak sah kerana dibuat tanpa persetujuan dan pengetahuan pihak PMRAM.Wakil Penasihat dan Badan Pengurus PMRAM yang hadir bersama ketika itu, Presiden PMRAM Ustaz Mohd Nizam Mohd Noh, Ketua Penasihat Ustaz Anhar Opir, AJK Penasihat Ustaz Azhar Yahya, Badan Pengurus ,Ustaz Ahmad Arif bin Mohd Arshad, Ustaz Hasri Hassan dan Ustaz Muhidir Tamjis. Seterusnya pada ketika itu juga Peraturan ARMA 1971 dan 1986 masih diterima pakai ataupun dengan erti kata lain diiktiraf .
Burhubung hak pemilikan tanah, PMRAM mengiktiraf bahawa nama pemilik yang tercatat pada geran tanah itu pada masa kini ialah Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia), akan tetapi PMRAM tetap memiliki keistimewaan sebagai tuan tanah yang asal kerana usaha-usaha memperolehi tanah itu keseluruhannya adalah hasil perjuangan PMRAM dengan sokongan pelbagai pihak tanpa melibatkan kerajaan Malaysia. Pindaan nama itu dibuat oleh PMRAM hanya semata-mata bertujuan mematuhi protokol bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengeluarkan bantuan kewangan sebanyak 250,000.00 Ringgit Malaya yang telah dijanjikan. Perkara ini berlaku pada tahun 1959 apabila Tan Sri Khir Johari yang datang ke Mesir sebagai Menteri Pelajaran telah menyatakan bahawa wang peruntukan tersebut tidak dapat dikeluarkan melainkan setelah nama tanah itu ditukar kepada nama Persekutuan Tanak Melayu. Bagi menunaikan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, Panitia Rumah Melayu telah berusaha pula untuk menukarkan nama yang tercatat pada geran tersebut sebagaimana yang ditetapkan. Akhirnya pada bulan Jun 1960, sempurnalah proses penukaran tersebut dan wang bantuan yang dijanjikan dapat disalurkan.
Perihal ini telah menjadi bukti bahawa,PMRAM masih lagi mempunyai hak ke atas ARMA sehingga kini. Cuma apa yang berlaku hari ini adalah beberapa peraturan ARMA telah diubah tanpa sebarang makluman dan persetujuan daripada pihak PMRAM seperti yang telah termaktub di dalam peraturan ARMA.
www.pmram.org
Secara rasminya PMRAM tidak ada hubungan dengan Amin Daulah, itu adalah propaganda mereka untuk menakut-nakutkan pelajar-pelajar.
Alhamdulillah, tanggal 4 Mei 2010 yang lalu Allah telah menemukan semula saya bersama sahabat-sahabat seperjuangan yang kembali meneruskan perjuangan di bumi barakah ini. Setelah hampir setengah tahun tidak bersama. Semangat saya kembali bersemarak dengan hadirnya mereka berdua. Khodijah Desa dan Hamisah Hamzah. Selamat meneruskan perjuangan menuntut ilmu ini.
Masih saya ingat sewaktu hari pertama perkenalan kami. Sungguh syahdu. Kami bertiga berukhuwwah di bawah bumbung DPMI. Segala keperitan dan kejerihan di dalam bahtera organisasi DPMI kami lalui bersama. Susah, senang, pahit dan manis bersatu. Indah sungguh ukhuwwah ketika itu.
Hari ini, Allah masih panjangkan lagi umur kita untuk semarakkan ukhuwwah ini. Mudah-mudahan bertemu dan berpisah kita hanya kerana ALLAH SWT. Amenn...
Selamat pengantin baru diucapkan kepada sahabat saya Al-Ustazah Fatimah Azzaharah Binti Haris yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Al-Fadhil Mohd Sofiuddin Bin Haji Daim. Mudah-mudahan kalian berdua bahagia hingga ke syurga dan dikurniakan dengan zuriat yang soleh dan soleheh. Ameen...
Doakan sahabat-sahabatmu di sini yang akan berperang dengan pen dan kertas penghujung bulan ni ya...Doakan kami semua najah dunia dan akhirat...
6 Mei 2010...Unit Pendidikan DPMI (Nur Amnani Faten Paiman) telah mendapat makluman daripada SYUUN WAFIDAT Al-Azhar cawangan Iskandariah (Ustaz Nadir) berkenaan dengan madah Bahasa Inggeris yang perlu diambil semula pada semester ini. Ia melibatkan semua tahun dan semua negara di sini. Sebarang maklumat sila rujuk jadual yang akan dikeluarkan di kuliah. Dan yang melibatkan kitab dan muqarar sila berhubung dengan doktor/doktorah masing-masing.
Maklumat ini saya ambil daripada www.dpmiskandariah-pmram.blogspot.com. Sedikit terkejut dengan berita yang baru saya dengari. Namun mungkin kerana semenjak akhir-akhir ini kedapatan pelbagai isu kontroversi, saya menjadi mangli. Bermula dengan isu perpindahan ahli cawangan ke kampus utama, kemudian isu nama pelajar Qiraat yang masih belum muqayyad walaupun hari peperiksaan telah berlangsung dan hari ini di Iskandariah kertas bahasa Inggeris akan di ambil semula setelah dihentikan pengambilannya pada semester I yang lalu.
Saya jadi mangli. Namun saya yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kepada seluruh warga penuntut, perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi. Berjumpalah dengan doktor/ah masing-masing secepat mungkin untuk mendapatkan kitab dan muqoror!.
Jangan takut dan janganlah bersedih malahan perlu bersyukur kerana peluang untuk mendapat pangkat jayyid atau jayyid jiddan lebih besar bila kertas bahasa Inggeris ini perlu diambil semula. Selamat berimtihan!.