Friday, May 7, 2010

Kertas Bahasa Inggeris Perlu Diambil Semula

6 Mei 2010...Unit Pendidikan DPMI (Nur Amnani Faten Paiman) telah mendapat makluman daripada SYUUN WAFIDAT Al-Azhar cawangan Iskandariah (Ustaz Nadir) berkenaan dengan madah Bahasa Inggeris yang perlu diambil semula pada semester ini. Ia melibatkan semua tahun dan semua negara di sini. Sebarang maklumat sila rujuk jadual yang akan dikeluarkan di kuliah. Dan yang melibatkan kitab dan muqarar sila berhubung dengan doktor/doktorah masing-masing. Maklumat ini saya ambil daripada www.dpmiskandariah-pmram.blogspot.com. Sedikit terkejut dengan berita yang baru saya dengari. Namun mungkin kerana semenjak akhir-akhir ini kedapatan pelbagai isu kontroversi, saya menjadi mangli. Bermula dengan isu perpindahan ahli cawangan ke kampus utama, kemudian isu nama pelajar Qiraat yang masih belum muqayyad walaupun hari peperiksaan telah berlangsung dan hari ini di Iskandariah kertas bahasa Inggeris akan di ambil semula setelah dihentikan pengambilannya pada semester I yang lalu. Saya jadi mangli. Namun saya yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kepada seluruh warga penuntut, perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi. Berjumpalah dengan doktor/ah masing-masing secepat mungkin untuk mendapatkan kitab dan muqoror!. Jangan takut dan janganlah bersedih malahan perlu bersyukur kerana peluang untuk mendapat pangkat jayyid atau jayyid jiddan lebih besar bila kertas bahasa Inggeris ini perlu diambil semula. Selamat berimtihan!.

0 comments:

Post a Comment