Tuesday, October 19, 2010

Jom Jadi Ahli

Syarat-syarat Adapun syarat untuk menjadi seorang ahli PAS itu ialah: Warganegara Malaysia Beragama Islam ‘Aqil baligh menurut Hukum Syara’ Mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan Parti dari masa ke semasa Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh menjadi ahli tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Censolar university berkenaan. Permohonan Seseorang yang hendak menjadi ahli PAS mestilah menghantar permohonan kepada Setiausaha Cawangan di mana is berkehendak masuk menjadi ahli, kecuali jika ada sesuatu sebab yang munasabah maka bolehlah dilakukan seperti berikut: Di mana-mana tempat yang tidak ada cawangan hendaklah dihantar terus kepada Setiausaha Kawasan ataupun; Di mana-mana tempat yang tidak ada Cawangan dan/atau Kawasan hendaklah ia menghantar terus permohonan kepada Setiausaha Agung PAS bagi menjadi ahli PAS yang berdaftar terus. Dengan tidak mengindakan apapun yang terkandung dalam butiran-butiran di atas dalam Fasal ini, maka Setiausaha Agung dalam keadaan dan sebab-sebab yang tertentu bolehlah menerima sebarang permohonan menjadi ahli yang berdaftar terus ke Pejabat Agung. Sebarang permohonan menjadi ahli PAS hendaklah menggunakan borang yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Harian PAS Pusat. Tiap-tiap sekeping borang itu hendaklah ditandatangani atau dengan apa-apa keterangan oleh pemohon itu, dan juga oleh seorang ahli yang menjadi pencadang dan seorang ahli yang menjadi penyokongnya. Kedua-dua orang yang menjadi pencadang dan penyokong itu hendaklah tahu benar-benar akan orang yang memohon itu. Hak dan Kewajipan Ahli Hak-hak ahli ialah : Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti. Setiap ahli PAS berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS serta Aturan dan Peraturannya. Setiap ahli PAS berhak menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan rapat-rapat parti. Setiap ahli PAS berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti. Setiap ahli PAS berhak mendapat apa-apa gelaran yang ditetapkan oleh parti mengikut yang diputuskan oleh Muktamar Tahunan parti apabila dan pada bila-bila masa ada usul yang demikian. Kewajipan-kewajipan ahli : Menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa ke semasa. Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus. Menghadiri mana-mana kursus-kursus, tamrin-tamrin atau perhimpunan-perhimpunan parti sebagaimana yang ditetapkan dan diarahkan. Memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam. Memperkuatkan kedudukan dan menjaga kehormatan parti samada di dalam atau di luar negeri. Pada ‘amnya melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti. Setiap ahli PAS berhak memohon berpindah Kawasan PAS dan berkewajipan untuk mengemukakan satu permohonan bertulis untuk berpindah Kawasan dengan keterangan-keterangan yang perlu kepada Setiausaha Agung yang hendaklah mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat dengan seberapa segera yang boleh bagi menimbangkan permohonan yang berkenaan itu. Setiap ahli PAS yang berdaftar terus ke Pejabat Agung juga berhak memohon menjadi ahli sesebuah kawasan PAS dengan memohon mengikut kaedah yang sama yang disebutkan dalam ceraian (3)(a) Fasal ini. Setiap ahli PAS yang berpindah Kawasan itu tidak berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam Kawasan barunya melainkan setelah mendapat akuan kelulusan berpindah Kawasan dari Setiausaha Agung.

0 comments:

Post a Comment