Tuesday, October 19, 2010

Jom Jadi Ahli

Syarat-syarat Adapun syarat untuk menjadi seorang ahli PAS itu ialah: Warganegara Malaysia Beragama Islam ‘Aqil baligh menurut Hukum Syara’ Mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan Parti dari masa ke semasa Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh menjadi ahli tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Censolar university berkenaan. Permohonan Seseorang yang hendak menjadi ahli PAS mestilah menghantar permohonan kepada Setiausaha Cawangan di mana is berkehendak masuk menjadi ahli, kecuali jika ada sesuatu sebab yang munasabah maka bolehlah dilakukan seperti berikut: Di mana-mana tempat yang tidak ada cawangan hendaklah dihantar terus kepada Setiausaha Kawasan ataupun; Di mana-mana tempat yang tidak ada Cawangan dan/atau Kawasan hendaklah ia menghantar terus permohonan kepada Setiausaha Agung PAS bagi menjadi ahli PAS yang berdaftar terus. Dengan tidak mengindakan apapun yang terkandung dalam butiran-butiran di atas dalam Fasal ini, maka Setiausaha Agung dalam keadaan dan sebab-sebab yang tertentu bolehlah menerima sebarang permohonan menjadi ahli yang berdaftar terus ke Pejabat Agung. Sebarang permohonan menjadi ahli PAS hendaklah menggunakan borang yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Harian PAS Pusat. Tiap-tiap sekeping borang itu hendaklah ditandatangani atau dengan apa-apa keterangan oleh pemohon itu, dan juga oleh seorang ahli yang menjadi pencadang dan seorang ahli yang menjadi penyokongnya. Kedua-dua orang yang menjadi pencadang dan penyokong itu hendaklah tahu benar-benar akan orang yang memohon itu. Hak dan Kewajipan Ahli Hak-hak ahli ialah : Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti. Setiap ahli PAS berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS serta Aturan dan Peraturannya. Setiap ahli PAS berhak menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan rapat-rapat parti. Setiap ahli PAS berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti. Setiap ahli PAS berhak mendapat apa-apa gelaran yang ditetapkan oleh parti mengikut yang diputuskan oleh Muktamar Tahunan parti apabila dan pada bila-bila masa ada usul yang demikian. Kewajipan-kewajipan ahli : Menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa ke semasa. Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus. Menghadiri mana-mana kursus-kursus, tamrin-tamrin atau perhimpunan-perhimpunan parti sebagaimana yang ditetapkan dan diarahkan. Memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam. Memperkuatkan kedudukan dan menjaga kehormatan parti samada di dalam atau di luar negeri. Pada ‘amnya melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti. Setiap ahli PAS berhak memohon berpindah Kawasan PAS dan berkewajipan untuk mengemukakan satu permohonan bertulis untuk berpindah Kawasan dengan keterangan-keterangan yang perlu kepada Setiausaha Agung yang hendaklah mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat dengan seberapa segera yang boleh bagi menimbangkan permohonan yang berkenaan itu. Setiap ahli PAS yang berdaftar terus ke Pejabat Agung juga berhak memohon menjadi ahli sesebuah kawasan PAS dengan memohon mengikut kaedah yang sama yang disebutkan dalam ceraian (3)(a) Fasal ini. Setiap ahli PAS yang berpindah Kawasan itu tidak berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam Kawasan barunya melainkan setelah mendapat akuan kelulusan berpindah Kawasan dari Setiausaha Agung.

Muslimat PAS sedia gempur Galas

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) akan memastikan seluruh jenteranya di semua peringkat terlibat dalam gerak kerja pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh berkata, DMPP sudah bersiap sedia memberikan bantuan kepada Kelantan bagi memenangkan calon PAS yang akan ditentutan kepimpinan parti. "Muslimat sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas dan akan mengarahkan seluruh jentera turun dan mengembeling tenaga semaksima mungkin di seluruh peringkat untuk membantu jentera pilihan raya PAS Kelantan bagi memastikan kerusi DUN Galas dapat dipertahankan," kata Nuridah kepada Harakahdaily hari ini. Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan optimis PAS dapat mempertahankan kerusi DUN Galas dengan majoriti yang lebih besar jika semua isu melibatkan salah laku Umno/BN disebarkan kepada rakyat Kelantan sepanjang tempoh kempen. "Dewan Muslimat yakin calon PAS akan memperoleh kemenangan dengan majoriti yang lebih besar memandangkan pelbagai isu salah laku Umno/BN terhadap rakyat Kelantan mutakhir ini terutama berkait dengan isu royalti petroleum," katanya. Ujarnya juga, rakyat Kelantan sudah matang untuk memilih calon yang tepat apatah lagi dengan khidmat cemerlang yang diberikan ADUN sebelum ini, Che Hasim Sulaima. "Dewan Muslimat yakin pengundi DUN Galas bijak memilih dan lebih yakin kepada PAS lebih-lebh lagi khidmat yang cemerlang yang telah dicurahkan oleh bekas ADUN Galas Allahyarham Che Hashim sehingga menaikkan imej PAS di mata rakyat khususnya di DUN Galas," katanya lagi. Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh muslimat agar membuat persiapan seawal mungkin untuk turun ke Galas. Mesyuarat jentera pilihan raya muslimat (HalWa) akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi menyusun gerak kerja pilihan raya. Hari membuang undi ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 4 November manakala penamaan calon pada 26 Oktober. sumber : www.muslimat.pas.org.my

Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Pusat sempena Pelancaran Briged Muslimat

Dewan Muslimat PAS Pusat mengambil langkah proaktif dalam menyediakan satu platform atau saluran kepada wanita muda yang berminat untuk bergiat aktif dalam segala gerakerja dan aktivitinya. Ini sekaligus membuktikan bahawa muslimat memberikan ruang yang sangat luas kepada golongan ini untuk memberikan sumbangan. Selama ini, Muslimat PAS seringkali diajukan dengan soalan klise, “di manakah golongan wanita muda dalam PAS” walhal mereka sudah begitu lama melibatkan diri masing-masing dalam meneruskan agenda perjuangan parti. Oleh kerana mereka tidak dijenamakan dengan gelaran tertentu, maka masyarakat secara umumnya menganggap bahawa PAS terutamanya muslimat tidak memberikan ruang dan peluang kepada golongan wanita muda ini. Selain daripada itu, di dalam Muktamar Tahunan Muslimat dua tahun kebelakangan ini, timbul usul daripada muslimat berkenaan pentingnya mewujudkan satu dewan khusus untuk golongan wanita muda. Namun, setelah dibahaskan dengan cermat, muktamar menolaknya dengan alas an bahawa Dewan Muslimat telah lama memberikan laluan dan peluang kepada wanita muda untuk aktif dalam Dewan Muslimat di semua peringkat dalam semua bidang dan aktiviti. Oleh itu, dengan tertubuhnya “Briged Muslimat”, maka Muslimat PAS membuktikan bahawa sejak dari dulu hingga kini, kami sangat menghargai bahkan mengalu-alukan peranan yang telah dan bakal dimainkan oleh golongan wanita muda di dalam PAS. Penglibatan dalam "Briged Muslimat" ini melangkaui bangsa dan kaum asalkan mereka berminat untuk bersama-sama membantu PAS dalam sebarang gerakerja yang akan menarik golongan wanita muda untuk menyokong atau terus menjadi ahli PAS. Pasukan ini akan bergerak secara aktif ke seluruh Negara untuk meningkatkan kefahaman politik golongan wanita muda seterusnya menerangkan kepada mereka pentingnya menyokong PAS dan seterusnya Pakatan Rakyat. NURIDAH MOHD SALLEH Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Shah Alam, Selangor 1 Zulkaedah 1431H bersamaan 9 Oktober 2010 sumber: www.muslimat.pas.org.my

Mohon Bantuan Mencari Remaja Hilang

DI MANA NORHAFIZAH BINTI MOHD LATAFI ??? Tarikh Hilang : 28 September 2010 Tempat Hilang : Hadapan Sek. Men Sri Ampang, Rapat Setia, Ipoh. Berumur : 17 Tahun INFO : Membawa beg sandang berwarna merah,bertudung putih, berbaju t shirt putih,berseluar slack/track berwarna hitam. JIKA ANDA ADA SEBARANG MAKLUMAT, SILA HUBUNGI BAPA : MOHD LATAFI YEOP -0125834275 UNIT AMAL PERAK : TUAN ARIF SHA'ARANI- 0124275867 TUAN ZAKRIL EMRI MD GHAZALI - 0194275867 DEWAN PEMUDA PAS PERAK : SAFARIZAL SALLEH - 0133266194 sumber : nisaperak.blogspot.com

Monday, October 18, 2010

Andai Ku Tahu

Lagu yang menaikkan semangat MUSLIMAT KAWASAN BUKIT GANTANG setelah 'dibasuh' sungguh-sungguh oleh penceramah.