Saturday, May 15, 2010

Wadah Perjuanganku

Monday, May 10, 2010

Tentang ARMA : Fakta Yang Tidak Mungkin Berubah

Perintis permulaan perjuangan mendapatkan sebuah penempatan anak Melayu bukanlah satu usaha yang baru malahan usahanya menjangkau puluhan tahun melepasi beberapa dasawarsa kewujudan PMRAM di bumi Anbiya’ ini.Langkahan pertama diatur pada tahun 1932 ,pelbagai usaha telah diperhebatkan samada dari segi pengumpulan dana, pancarian lokasi dan penubuhan sebuah jawatankuasa yang dikenali dengan “ Panitia Rumah Melayu ”.Kewujudan jawatankuasa ini secara langsung bertindak dalam segala pengurusan yang berkaitan dengan ARMA. Pengumpulan dana merangkumi dari pelbagai pihak termasuk jemaah-jemaah haji yang datang ke tanah suci Mekah.Di antara yang terlibat secara langsung untuk mendapatkan ARMA adalah Almarhum Dato’ Haji Abdul Jalil Hasan yang merupakan Pemangku Mufti Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1960. Beliau juga terlibat dengan penubuhan PPS ( Persekutuan Putera-putera Semenanjung ) pada tahun 1930 telah menyatakan bahawa jumlah dana Rumah Melayu yang terkumpul pada Bendahari PPS adalah sebanyak RM 1544.50.
Dengan usaha gigih generasi ketika itu ,beberapa sumbangan derma telah diperolehi di antaranya kunjungan Tuan Haji Hussien bin Haji Ya’qub (seornag peniaga Melayu terkenal di Kelantan), begitu juga yang berlaku pada 1952, Persidangan Raja-raja Melayu telah memutuskan supaya setiap Majlis Agama Negeri dan Pejabat Agama di setiap negeri melancarkan sumbangan dengan menetapkan jumlah yang tidak kurang daripada RM 6500.00. Pada tahun 1954, Badan Pengurus telah mengambil inisiatif untuk terus berjumpa dengan Almarhum Presiden Mesir ,Jamal Abdul Nasir bagi memohon sebidang tanah yang bertujuan untuk pembinaan. Hubungan yang baik terjalin di antara PPS dan Kerajaan Mesir dibuktikan lagi dengan perjanjian Jamal Abdul Nasir yang akan memberikan sebidang tanah kepada PPS. Setahun kemudian pada 1955,beliau telah memperuntukkan sebidang tanah dengan keluasan 600 meter persegi di dalam kawasan Bandar Kaherah [ Tahrir ] yang diberikan secara percuma yang pada ketika itu telah ditukar nama kepada PMM pada tahun 1952. Akhirnya pada tahun pada tahun 1959 sebidang tanah yang berkeluasan 2,212 meter persegi telah sah menjadi milik PMM melalui sebuah majlis penyerahan geran tanah yang telah dihadiri oleh YDP PMM ketika itu Ustaz Wan Mokhtar Ahmad. Maka dengan itu telah termaktubnya pemilikan tanah tersebut yang diakui oleh Kerajaan Republik Arab Mesir malahan juga diperakui oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Maka peraturan - peraturan Asrama Rumah Melayu Abbasiah diwujudkan dengan disahkan oleh ketiga-tiga pihak iaitu Duta Besar Kaherah,Pengarah Jabatan Penuntut dan YDP PMRAM.Di antaranya peraturan-peraturan yang telah termaktub pada 1981 adalah seperti berikut : - Pada ceraiaan 1.2 [ Pendahuluan ] – Asrama ini dibina oleh Kerajaan Malaysia dan diletakkan dibawah naungan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. - Pada ceraiaan 1.3 [ Pendahuluan ] – Tapak bangunan ini diperolehi dari hadiah pihak berkuasa Kerajaan Mesir atas daya usaha dan jasa ahli-ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). - Pada ceraiaan 1.6 [ Pendahuluan ] – Anjung tingkat bawah Asrama ini adalah dikhaskan sebagai Pejabat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). - Pada ceraiaan 2.3 [ Pentadbiran dan Pengurusan ] – Dasar pentadbiran ARMA ini dapat diputuskan oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada : • Pengarah JPM ( Pengerusi) • Penyelia Asrama ( Setiausaha ) • Pegawai Kebajikan 1 ( AJK ) • Pegawai Kebajikan 2 ( AJK ) • Juruwati Asrama ( AJK ) • 3 Wakil PMRAM ( AJK ) ** Jawatakuasa in bertindak dalam sebarang bentuk perubahan dasar dan membuat keputusan serta menjadi penasihat dan mempertimbangkan segala rayuan yang berkaitan dengan Asrama Rumah Melayu Abbasiah. Namun begitu ,pada tahun 1992 KBMK telah memutuskan hubungan dengan PMRAM sekaligus menyatakan peraturan ARMA yang telah dipersetujui dahulu secara langsung dimansuhkan.Jika diteliti tiada satu ceraian dalam peraturan tersebut menyatakan apabila tiada kerjasama antara KBMK dan PMRAM maka secara langsung peraturan ARMA dimansuhkan. Usaha PMRAM tidak pernah pudar dek zaman yang terus laju melangkah ke hadapan oleh kerana yang sedemikian pada 13 November 2000, satu mesyuarat telah diadakan di antara Badan Pengurus PMRAM dan Duta Besar Malaysia Kaherah .Dalam perjumpaan tersebut ,beliau sendiri telah mengakui bahawa peraturan ARMA yang baru pada 1999 tidak sah kerana dibuat tanpa persetujuan dan pengetahuan pihak PMRAM.Wakil Penasihat dan Badan Pengurus PMRAM yang hadir bersama ketika itu, Presiden PMRAM Ustaz Mohd Nizam Mohd Noh, Ketua Penasihat Ustaz Anhar Opir, AJK Penasihat Ustaz Azhar Yahya, Badan Pengurus ,Ustaz Ahmad Arif bin Mohd Arshad, Ustaz Hasri Hassan dan Ustaz Muhidir Tamjis. Seterusnya pada ketika itu juga Peraturan ARMA 1971 dan 1986 masih diterima pakai ataupun dengan erti kata lain diiktiraf . Burhubung hak pemilikan tanah, PMRAM mengiktiraf bahawa nama pemilik yang tercatat pada geran tanah itu pada masa kini ialah Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia), akan tetapi PMRAM tetap memiliki keistimewaan sebagai tuan tanah yang asal kerana usaha-usaha memperolehi tanah itu keseluruhannya adalah hasil perjuangan PMRAM dengan sokongan pelbagai pihak tanpa melibatkan kerajaan Malaysia. Pindaan nama itu dibuat oleh PMRAM hanya semata-mata bertujuan mematuhi protokol bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengeluarkan bantuan kewangan sebanyak 250,000.00 Ringgit Malaya yang telah dijanjikan. Perkara ini berlaku pada tahun 1959 apabila Tan Sri Khir Johari yang datang ke Mesir sebagai Menteri Pelajaran telah menyatakan bahawa wang peruntukan tersebut tidak dapat dikeluarkan melainkan setelah nama tanah itu ditukar kepada nama Persekutuan Tanak Melayu. Bagi menunaikan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, Panitia Rumah Melayu telah berusaha pula untuk menukarkan nama yang tercatat pada geran tersebut sebagaimana yang ditetapkan. Akhirnya pada bulan Jun 1960, sempurnalah proses penukaran tersebut dan wang bantuan yang dijanjikan dapat disalurkan.
Perihal ini telah menjadi bukti bahawa,PMRAM masih lagi mempunyai hak ke atas ARMA sehingga kini. Cuma apa yang berlaku hari ini adalah beberapa peraturan ARMA telah diubah tanpa sebarang makluman dan persetujuan daripada pihak PMRAM seperti yang telah termaktub di dalam peraturan ARMA. www.pmram.org

Pendaftaran PMRAM No. 803, Tahun 1964 Dengan Kementerian Mesir

Kesal dengan tuduhan Khairi terhadap PMRAM secara terang dan jelas. Begitu mudah dia menuduh PMRAM tiada sebarang hubungan dengan Amin Daulah. Baru sahaja bertugas 4 bulan, sudah pandai tunjuk jaguh. Antara kenyataan beliau :
Secara rasminya PMRAM tidak ada hubungan dengan Amin Daulah, itu adalah propaganda mereka untuk menakut-nakutkan pelajar-pelajar.
Kenapa begitu mudah beliau membuat spekulasi seperti ini? Inilah Khairi, jenis si putar belit, kuat berjanji manis, sibuk berpolitik, dan banyak tugasan yang tertangguh. Hakikatnya perkara ini sudah tidak perlu dijelaskan lagi, kerana ia sudah begitu jelas.
Contohnya, hari sudah siang, dan si buta sahaja yang tidak boleh mempercayai hari itu siang. Ataupun, si gila yang nampak hari sudah siang, tetapi tetap menafikannya. Lalu dia pun berkata "sebenarnya, hari tak siang pun, ini hanyalah propoganda semata-mata", walhal semua orang mengakui hari sudah siang. Pelik, pelik.
Untuk memberitahu kepada orang seperti ini, yang menafikan hubungan rasmi PMRAM dan Amin Daulah, cukup sekadar saya menayangkan cop PMRAM yang sudah sekian lama kita melihatnya.
Ia tertulis dalam Bahasa Arab yang bermaksud
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
Jajahan Ikatan Kemasyarakatan Kaherah
Bernombor 803, tahun 1964
Atau dengan kata lain, PMRAM berdaftar sebagai NGO yang berpusat di Kaherah, semenjak 1964 lagi, dengan nombor pendaftaran 803. Ya, ketika itu JPMK masih belum wujud, kerana JPMK wujud pada 1980 lagi. Semoga Khairi sedar..
Untuk makluman, sekiranya cop ini diciplak, atau ditiruankan, boleh menjadi satu kesalahan undang-undang Mesir. Oleh itu, cop yang asli ini hanya terdapat di Pejabat PMRAM yang terletak di Kaherah.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar www.ibnuirfadzil.blogspot.com

PMRAM Berdaftar Dengan Kementerian Mesir

sumber : typeace (link) PMRAM berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir secara rasminya. Saya adalah di antara kepimpinan yang pernah menghadap pihak Kementerian Kemasyarakatan Mesir dan membentangkan segala program PMRAM di hadapan mereka. Gambar di atas adalah sewaktu KARNIVAL KERJAYA anjuran kerajaan Malaysia yang diadakan pada tahun 2007. Majlis dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Oleh sebab PMRAM berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir dan kita mempunyai hubungan rapat, PMRAM telah menghubungi pihak keselamatan memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia akan mengadakan program di dewan Cairo International Convention Centre (CICC). Oleh yang demikian, polis (seperti dalam gambar) akan menghadiri bersama-sama PMRAM dalam apa juga program yang PMRAM anjurkan dan sertai bersama. Banyak lagi program PMRAM yang akan dihadiri oleh polis termasuk di Hayyu Asyir atau dimana-mana sahaja. PMRAM akan menghubungi polis setiap kali membuat program. Polis mengarahkan kepada PMRAM, "sekiranya berlaku perhimpunan di dalam keadaan ramai, maka hendaklah dimaklumkan kepada polis." Kenyataan Khairi Jalaluddin yang merupakan 'bayi baru Mesir' wajar dipertikaikan. Beliau telah mempersendakan Presiden PMRAM dengan mengatakan Presiden PMRAM tidak mampu memberikan bukti untuk pegawai meminta izin PMRAM ke Muhafazah (daerah). Persoalannya, bila PMRAM mengeluarkan qarar (undang-undang) supaya pegawai minta izin kepada PMRAM? Saya pernah membawa isu fitnah yang setiap tahun berlaku ini kepada pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK). Pihak KBMK sudah menerima jawapan daripada saya pada waktu itu dan mengatakan, "Oh, kenyataan yang saya dengar sebelum ini salah lah ya..." Moral : Wahai KJ yang dikesiankan, mohon taubat daripada terus menjadi pembersih kediaman KELAB UMNO MESIR....

Ya Allah Peliharalah PMRAM

Sumber : Web PMRAM (link)
KAHERAH, 6 Mei – Bacaan Yassin hari ini berkumandang di Pejabat PMRAM, bacaan yang dipimpin sendiri oleh Naib Presiden I, Saudara Adlan Mokhtarddin dan dilantunkan doa oleh Saudara Khairul Anwar Ismail selaku Penasihat PMRAM. Sebelum majlis bacaan Yassin berlangsung, majlis dimulakan dengan solat sunat hajat. Majlis itu berlangsung sekitar jam 10 malam dan dihadiri oleh semua Badan Pengurus dan Penasihat PMRAM.
Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan dua orang Penasihat PMRAM iaitu Saudara Khairul Anwar Ismail dan Saudara Abdul Mu’izz Muhammad. Suasana ketika itu kelihatan sayu dan hiba apabila kedua-dua orang Penasihat PMRAM ini memberikan kata-kata peransang dan semangat. Mereka mengharapkan kepimpinan PMRAM pada tahun ini mampu dan berjaya menggalas amanah ini dengan sebaik-baiknya.
“Peliharalah hubungan kalian dengan Allah, yakin dan percayalah Allah pasti menjaga persatuan ini jika kalian sentiasa menjaga hak-hakNya” tegas Mantan Presiden PMRAM 2008, Saudara Khairul Anwar Ismail.
“Jika hari ini Allah masih lagi memelihara Ka’bah, sama-samalah kita mendoakan agar Allah menjaga PMRAM sepertimana Allah memelihara Ka’bah” ujar Mantan Presiden PMRAM 2009, Saudara Abdul Mu’izz Muhammad.
Sebelum penutupan majlis, Presiden PMRAM mengharapkan kepimpinan PMRAM agar dapat mengimbangi tuntutan sebagai pimpinan mahasiswa dan tuntutan pembelajaran.
“Jangan jadikan isu yang melanda ketika ini, sebagai penghalang untuk meneruskan gerak kerja Islam dan kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi” nasihat Saudara Shahrizan Mohd Hazime.
Beliau berkata demikian ketika memberikan amanat di akhir majlis solat hajat dan bacaan yassin di Pejabat PMRAM malam ini.

Friday, May 7, 2010

Semarak Kembali

Alhamdulillah, tanggal 4 Mei 2010 yang lalu Allah telah menemukan semula saya bersama sahabat-sahabat seperjuangan yang kembali meneruskan perjuangan di bumi barakah ini. Setelah hampir setengah tahun tidak bersama. Semangat saya kembali bersemarak dengan hadirnya mereka berdua. Khodijah Desa dan Hamisah Hamzah. Selamat meneruskan perjuangan menuntut ilmu ini. Masih saya ingat sewaktu hari pertama perkenalan kami. Sungguh syahdu. Kami bertiga berukhuwwah di bawah bumbung DPMI. Segala keperitan dan kejerihan di dalam bahtera organisasi DPMI kami lalui bersama. Susah, senang, pahit dan manis bersatu. Indah sungguh ukhuwwah ketika itu. Hari ini, Allah masih panjangkan lagi umur kita untuk semarakkan ukhuwwah ini. Mudah-mudahan bertemu dan berpisah kita hanya kerana ALLAH SWT. Amenn...

Barakallah...

Selamat pengantin baru diucapkan kepada sahabat saya Al-Ustazah Fatimah Azzaharah Binti Haris yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Al-Fadhil Mohd Sofiuddin Bin Haji Daim. Mudah-mudahan kalian berdua bahagia hingga ke syurga dan dikurniakan dengan zuriat yang soleh dan soleheh. Ameen... Doakan sahabat-sahabatmu di sini yang akan berperang dengan pen dan kertas penghujung bulan ni ya...Doakan kami semua najah dunia dan akhirat...

Sejarah D.P.M.I

DPMI satu akronim nama yang terjalin indah menepati makna Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah. Disahkan penubuhannya pada tahun 1992 untuk memberi kebajikan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah. Bernaung di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) iaitu satu-satunya persatuan induk pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Seramai 18 orang mahasiswi telah dihantar ke universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah pada 16 Februari 1992. Disinilah bermulanya pelbagai keperitan hidup yang telah ditanggung oleh mereka yang bergelar kaum Hawa kerana semua urusan pengkuliahan dan kehidupan seharian terpaksa diuruskan secara berdikari tanpa golongan kaum Adam. Hal ini menyebabkan terdapat beberapa golongan yang berangggapan bahawa Iskandariah satu-satunya tempat melatih kaum Hawa berdikari. Pada tahun berikutnya, satu cabaran yang besar tepaksa mereka hadapi kerana terpaksa menerima kehadiran pelajar-pelajar baru seramai 80 orang. Walaubagaimanapun, PMRAM yang merupakan badan induk pelajar telah memberi bantuan dan kerjasama yang padu kepada mereka dalam setiap keperluan dan urusan. Hasil jerih payah perintis inilah yang menjadi pemangkin keteguhan DPMI hingga kini. Semangat pengorbanan dan kesabaran yang menyala di hati mereka menjadi tauladan kepada mahasiswi Iskandariah untuk mempertahankan keutuhan PMRAM dan DPMI. Berbekalkan semangat berdikari, hingga kini DPMI terus megah mengukir nama hingga dapat membuktikan bahawa golongan mahasisiwi Azhariah juga mampu menerajui kepimpinan. Sehingga kini sudah tercatat 19 orang pimpinan tertinggi selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah, iaitu : 1992 : Shamsuriyah Binti Mohamad 1992/1993 : Enezah Binti Jamali 1993/1994 : Siti Mariam 1994/1995 : Natrah Binti Ghulam Ahmad 1995/1996 : Rokiah Binti Jaafar (Perak) 1996/1997 : Riza Yusnita Binti Mohd Rasyid 1997/1998 : Nor Qasidah Binti Nordin (Negeri Sembilan) 1998/1999 : Nor Hayati Binti Khamis 1999/2000 : Norliza Binti Hassan (Selangor) 2000/2001 : Rohaiza Binti Zakaria (Pulau Pinang) 2001/2002 : Maheran Binti Basri (Perak) 2002/2003 : Norlah Binti Azizun (Kedah) 2003/2004 : Wan Nadiah Binti Wan Mohd Ali (Terengganu) 2004/2005 : Jamilah Binti Dzulkafly (Pahang) 2005/2006 : Rashidah Binti Jamalludin (Negeri Sembilan) 2006/2007 : Wan Nor Azizun Binti Wan Aziz (Kelantan) 2007/2008 : Norhayati Binti Abu Sopian (Kedah) 2008/2009 : Suriaty Binti Nayan (Perak) 2009/2010 : Rabi'atul Hazirah Binti Ramli (Kedah) Mahasiswi Iskandariah terdiri daripada pelbagai negeri. Mereka disatukan dibawah satu wadah. Kesatuan yang ada sekarang sebagai lambang kekentalan semangat Azhariah memikul amanah Allah di bumi ini. Semenjak penubuhannya DPMI telah beberapa kali mengalami perpindahan markaz bermula dari imarah Ibrahim Rehal, imarah Safa wa Marwa, Rumah Putih dan imarah Noorul Hudaa yang mana terletaknya Dewan Zajlatul Abidah sekarang ini. Penempatan ahli DPMI berpusat di Assofirah dan Mandarah dimana ianya terbahagi kepada 4 mantiqah iaitu mantiqah Ummu Dzar, Nusaibah, Atiqah dan Zinnirah. Ahli DPMI tinggal di 84 buah rumah yang disewa oleh pihak Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah dengan arab tempatan. Bilangan rumah ahli yang berkahwin pula adalah sebanyak 40 buah rumah yang mana penempatannya sekitar penempatan akhawat Iskandariah. Menyelami kesukaran generasi awal merentas kehidupan mengundang hikmah, siapalah kita tanpa DPMI dan di manakah kita tanpa PMRAM. Oleh itu, kesatuan fikrah dan kesatuan amal perlu dipertahankan untuk mendaulatkan ketulenan Islam. www.dpmiskandariah-pmram.blogspot.com

Kertas Bahasa Inggeris Perlu Diambil Semula

6 Mei 2010...Unit Pendidikan DPMI (Nur Amnani Faten Paiman) telah mendapat makluman daripada SYUUN WAFIDAT Al-Azhar cawangan Iskandariah (Ustaz Nadir) berkenaan dengan madah Bahasa Inggeris yang perlu diambil semula pada semester ini. Ia melibatkan semua tahun dan semua negara di sini. Sebarang maklumat sila rujuk jadual yang akan dikeluarkan di kuliah. Dan yang melibatkan kitab dan muqarar sila berhubung dengan doktor/doktorah masing-masing. Maklumat ini saya ambil daripada www.dpmiskandariah-pmram.blogspot.com. Sedikit terkejut dengan berita yang baru saya dengari. Namun mungkin kerana semenjak akhir-akhir ini kedapatan pelbagai isu kontroversi, saya menjadi mangli. Bermula dengan isu perpindahan ahli cawangan ke kampus utama, kemudian isu nama pelajar Qiraat yang masih belum muqayyad walaupun hari peperiksaan telah berlangsung dan hari ini di Iskandariah kertas bahasa Inggeris akan di ambil semula setelah dihentikan pengambilannya pada semester I yang lalu. Saya jadi mangli. Namun saya yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kepada seluruh warga penuntut, perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi. Berjumpalah dengan doktor/ah masing-masing secepat mungkin untuk mendapatkan kitab dan muqoror!. Jangan takut dan janganlah bersedih malahan perlu bersyukur kerana peluang untuk mendapat pangkat jayyid atau jayyid jiddan lebih besar bila kertas bahasa Inggeris ini perlu diambil semula. Selamat berimtihan!.

Jadual Takhalluf Semester II Al-Azhar Cawangan Iskandariah

sumber : www.dpmiskandariah-pmram.blogspot.com

DIREKTORI BADAN PENGURUS DAN HEWI PMRAM 2010

Presiden (Pengerusi HEWI, Ketua Lajnah Perhubungan Antarabangsa) Shahrizan bin Mohd Hazime Alor Star, Kedah Darul Aman Tahun 1, Kuliah Master (Fiqh Am) Universiti Al-Azhar BP Angkat : Iskandariah Timbalan Presiden (Ketua Lajnah Perancang Dan Panitia) Muhammad Zuhaili bin Saiman Seri Serdang, Selangor Darul Ehsan Tahun 4, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah BP Angkat : Kedah & Tanta Naib Presiden 1 (Ketua Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan) Mohd Adlan bin Mokhtaruddin Sungai Buloh, Selangor Tahun 3, Kuliah Usuluddin (Hadis), Kaherah BP Angkat : Johor & Mansurah Naib Presiden 2 (Ketua Lajnah Muhafazah) Mohammad Azlan bin Hj Alias Mata Ayer, Perlis Indera Kayangan Tahun 3, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah BP Angkat : Pahang & Semua DPM Naib Presiden 3 (Ketua Lajnah Kebajikan & Kemanusiaan) Mohd Farkhan bin Md Zain Jinjang, Kuala Lumpur Tahun 4, Kuliah Usuluddin (Hadis), Kaherah BP Angkat : Kelantan & Shoubra Setiausaha Agung Ahmad Taufiq bin Mohd Dahlan Kuang, Selangor Darul Ehsan Tahun 4, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah BP Angkat : Perak & Zagazig Timbalan Setiausaha Agung Mohd Zahid bin Abu Bakar Perak Darul Ridzuan Tahun 4, Kuliah Usuluddin (Tafsir), Kaherah BP Angkat : Selangor & Tanta Naib Setiausaha Agung (Ketua Lajnah Pendaftaran) Syeikh Mohd Mujahid bin Sikh Nawawi Pahang Darul Makmur Tahun 2, Takhasus Qiraat, Shoubra BP Angkat : Melaka & Mansurah Bendahari Kehormat Firdaus bin Noh Johor Darul Ta’zim Tahun 3, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah BP Angkat : Wilayah & Damanhur Badan Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa Abdul Aziz bin Ali Kelantan Darul Naim Tahun 3, Kuliah Bahasa Arab, Kaherah BP Angkat : Terengganu & Shibin El-Kom Badan Pengetahuan Dan Penyelidikan Muhammad Yusuf bin Abd Kadir Selangor Darul Ehsan Tahun 4, Kuliah Usuluddin (Hadis), Kaherah BP Angkat : Terengganu & Dumyat Badan Penerangan Dan Penerbitan Mohd Faizzudin Ghazali Kuantan, Pahang Darul Makmur Tahun 2, Kuliah Usuluddin, Zagazig BP Angkat : Kedah & Damanhur Badan Ekonomi Muhammad AlHidayat bin Khalid Muar, Johor Darul Takzim Tahun 3, Kuliah Syariah Islamiah, Tafahna Asyraf BP Angkat : Pulau Pinang & Shoubra Badan Sambutan Dan Rehlah Ahmad Huzaifah bin Fauzi Kelantan Darul Naim Tahun 2, Takhasus Qiraat, Shoubra BP Angkat : Wilayah & Zagazig Badan Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan Mohd Solehuddin bin Mohd Safien Terengganu darul Iman Tahun 2, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah BP Angkat : Perlis & Dumyat
Timbalan Pengerusi HEWI
Norhafiza binti Abdul Wahab Pulau Pinang, Pulau Mutiara Tahun 4, Kuliah Syariah islamiah, Iskandariah
Naib Pengerusi HEWI 1 (Ketua Unit Perancang Dan Panitia) Ibtisam binti Muhammad Kedah Darul Aman Tahun 3, Kuliah Usuluddin (Hadis), Kaherah HEWI Angkat : Pahang & Melaka
Naib Pengerus HEWI 2 (Ketua Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan) Hurriyah binti Abdul Mokti Perak Darul Ridzuan Tahun 3, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah HEWI Angkat : Kelantan
Naib Pengerusi HEWI 3 (Ketua Unit Muhafazah) Samihah binti Abdullah Terengganu Darul Iman Tahun 3, Kuliah Syariah Islamiah Kaherah
HEWI Angkat : Pulau Pinang Setiausaha HEWI Siti Fathiyah binti Mohd Razi Selangor Darul Ehsan Tahun 3, Kuliah Usuluddin (Tafsir), Kaherah HEWI Angkat : Kedah
Timbalan Setiausaha HEWI Siti Maisarah binti Yusof Johor Darul Takzim Tahun 3, Kuliah Usuluddin (Hadis), Kaherah HEWI Angkat : Terengganu Naib Setiausaha HEWI (Ketua Unit Pendaftaran) Atiyqh binti Yusoff Kelantan Darul Naim Tahun 2, Kuliah Usuluddin, Mansurah
Bendahari HEWI Nurain binti Yaacob Perak darul Ridzuan Tahun 3, Kuliah Bahasa Arab, Mansurah HEWI Angkat : Zagazig
Ketua Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan Nor Hasyimah binti Hassan Selangor Darul Ehsan Tahun 4, Kuliah Bahasa Arab, Iskandariah HEWI Angkat : Perak & Tanta
Ketua Unit Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa Nurul Hasanah binti Yahuza Terengganu Darul Iman Tahun 2 Usuluddin, Kaherah HEWI Angkat : Johor
Ketua Unit Pengetahuan Dan Penyelidikan Huzaifa binti Hassan Perak Darul Ridzuan Tahun 3, Syariah Islamiyyah, Kaherah HEWI Angkat : Wilayah
Ketua Unit Penerangan Dan Penerbitan Nor Akmaizan binti Yusof Kelantan darul Naim Tahun 4, Syariah Islamiyyah, Mansurah HEWI Angkat : Selangor Ketua Unit Ekonomi Nik Norazma binti Nik Abdullah Kelantan Darul Naim Tahun 4, Syariah Islamiyyah, Mansurah
HEWI Angkat : Iskandariah
Ketua Unit Sambutan Dan Rehlah Nadianabila binti Zainuddin Pahang Darul Makmur Tahun 4, Syariah Islamiyyah, Iskandariah HEWI Angkat : Mansurah
Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian Dan Kemasyarakatan Nurul Izzah binti Abdullah Perak Darul Ridzuan Tahun 3, Usuluddin (Hadis), Iskandariah HEWI Angkat : Perlis