Alhamdulillah, tanggal 4 Mei 2010 yang lalu Allah telah menemukan semula saya bersama sahabat-sahabat seperjuangan yang kembali meneruskan perjuangan di bumi barakah ini. Setelah hampir setengah tahun tidak bersama. Semangat saya kembali bersemarak dengan hadirnya mereka berdua. Khodijah Desa dan Hamisah Hamzah. Selamat meneruskan perjuangan menuntut ilmu ini.Masih saya ingat sewaktu hari pertama perkenalan kami. Sungguh syahdu. Kami bertiga berukhuwwah di bawah bumbung DPMI. Segala keperitan dan kejerihan di dalam bahtera organisasi DPMI kami lalui bersama. Susah, senang, pahit dan manis bersatu. Indah sungguh ukhuwwah ketika itu.Hari ini, Allah masih panjangkan lagi umur kita untuk semarakkan ukhuwwah ini. Mudah-mudahan bertemu dan berpisah kita hanya kerana ALLAH SWT. Amenn...
Memulakan pengajian seawal darjah 1-6 di Sek.Keb.Simpang. Kemudian ke Maahad At-Tarbiah Al-Islamiah Taiping, dari tingkatan 1-6. Seterusnya berhijrah ke Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah Terengganu, dari tahun 1-3. Dan sekarang berada di tahun akhir Universiti al-Azhar cawangan Iskandariah.
0 comments:
Post a Comment