Saturday, November 20, 2010

Dulu lembah NIL, sekarang lembah MAXWELL

Saya bagaikan hilang punca, saya bagaikan anak kecil yang perlu belajar menulis semula dan saya seperti sudah terkena tiupan mantera malas menjengah laman blog peribadi. Hampir 3 bulan saya sudah kembali. Seperti belut pulang ke lumpur gayanya saya.
Suatu ketika di bumi lembah NIL, paling kurang akan curi masa sehari membelek sawang maya. Walau waktu yang ada seolah cemburu kepada saya. Sekarang, di lembah MAXWELL ini masa tidakpun mencemburui saya namun 'mantera malas' agaknya sudah menyelubungi saya.
Suatu ketika di bumi lembah NIL, saya sering meminjam laptop dari 3 bersaudara untuk menulis sepatah dua ayat di sawang peribadi saya. Sekarang di lembah MAXWELL, saya sudah tidak meminjam lagi kerana telah memiliki netbook, BB & WiFi sendiri. Tapi 'mantera malas' itu seolah-olah menyekat baris-baris ayat saya.
(kredit untuk 3 bersaudara : Hazirah Ramli, Bazilah Hussin & Samirah Saeidin)
Saya sedar, sangat perlu untuk menghilangkan 'mantera malas' itu untuk cari dan pugar semula semangat saya. Laman mengasak jiwa KEBAL & KENTAL ini perlu di semarakkan semula dengan sesuatu yang boleh meningkatkan keFAHAMan saya dan semua terhadap ISLAM.
Sahabat-sahabat...doakan saya ya.