Sunday, August 15, 2010

ISKANDARIAH DINOBATKAN SEBAGAI KONTINJEN TERBAIK

4 OGOS 2010-Majlis Perasmian Penutup akhawat telah diadakan di dewan rumah Pahang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM pusat Ustazah Norhafiza Abd Wahab. Pada sebelah paginya diadakan pertandingan nasyid akhawat yang melibatkan semua kontinjen PMRAM setiap cawangan. Kontinjen Iskandariah juga tidak melepaskan peluang menghantar 15 orang kontinjen untuk acara nasyid. Sambutan yang amat mengalakkan daripada kontinjen setiap cawangan memperlihatkan kesatuan di antara ahli PMRAM yang begitu utuh. Majlis perasmian penutup diserikan dengan penyampaian hadiah bagi setiap pemenang. Berikut adalah keputusan pertandingan acara debat juara BKAN Selangor, acara pantun juara BKAN Perak, pertandingan nasyid tempat ketiga BKAN Johor, kedua Iskandariah, juara Mansurah, acara sukaneka tempat ketiga BKAN Terangganu, tempat kedua BKAN Kedah, juara Iskandariah. Acara dewan tempat ketiga BKAN Selangor, tempat kedua Iskandariah, juara Mansurah. Kontinjen kedua terbaik KEKAL 10' disandang oleh Kontinjen Mansurah dan keseluruhan terbaik KEKAL 10' disandang oleh Kontinjen Iskandariah. Tahniah diucapkan kepada semua kontinjen Iskandariah yang berkorban tenaga, masa dan kewangan untuk menyertai KEKAL 10'. Moga usaha murni ini mendapat ganjaran di sisi Allah dan moga Allah memelihara kesatuan ini. PMRAM milik kita semua.

Wednesday, July 14, 2010

Antara Yang Dijual Di SATU 10

Sunday, July 11, 2010

PMRAM Bantu Selesaikan Kes Pergaduhan

HAIYU ASYIR, 10 Julai - Satu kes pergaduhan yang melibatkan warga tempatan telah berlaku di kawasan Dataran Haiyu Asyir. Kejadian tersebut tercetus ekoran seorang pekerja kontraktor Manyalawi cuba meleraikan konflik antara seorang mahasiswa Malaysia dengan seorang warga Mesir. Kesannya, sekumpulan warga tempatan yang tidak dikenali datang untuk menyerang pekerja kontaktor tersebut. Mereka yang bersenjatakan parang dan besi panjang secara tiba-tiba memukul dan memecahkan pintu gerbang Rumah Kedah. Kejadian tersebut disaksikan oleh kebanyakan mahasiswa Malaysia yang sedang bermain bola di kawasan dataran menyebabkan mereka tergamam seketika. Beberapa orang Badan Pengurus PMRAM di ketuai oleh Presiden Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime datang ke tempat kejadian untuk melihat keadaan yang berlaku. Turut hadir sama Pegawai Kebajikan Anak Kedah Timur Tengah Sheikh Yusof bin Ahmad. Kata salah seorang saksi yang tidak mahu dikenali, "Dah banyak kali pergaduhan antara warga tempatan berlaku di dataran ni. Kelmarin ada juga pergaduhan yang berlaku antara orang arab di sini. Pelajar Malaysia di Haiyu Asyir ni pun dah makin takut dengan keadaan suasana sekarang ni". Kes pergaduhan ini telah dilaporkan kepada Pihak Keselamatan Mesir di Qisim Syurthoh Madinah Nasr.Turut bersama Pegawai Kedah membuat laporan polis ialah Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan PMRAM Saudara Mohd Solehuddin bin Mohd Safien. Beliau yang juga merupakan saksi kejadian menyifatkan bahawa pergaduhan ini akibat rasa dendam dan tidak puas hati sesama warga tempatan. Semua mahasiswa Malaysia disarankan agar lebih berhati-hati dalam sebarang tindakan yang melibatkan warga Mesir. sumber : www.hewipmram55.blogspot.com

Sunday, July 4, 2010

SATU '10

Bazar tahunan Iskandariah kembali menemui anda semua. Kami barisan AJKT dan Penasihat PMRAM Cawangan Iskandariah sesi 2009/2010 serta ad-hoc dan ajk mengalukan kedatangan seluruh ahli PMRAM cawangan Iskandariah, pasangan mutazawwijin, ahli PERUBATAN Iskandariah dan taakhi. Program yang berlangsung selama 3 hari ini akan bermula pada : TARIKH : 1, 2 & 3 SYA'BAN 1431 bersamaan 13, 14 & 15 JULAI 2010. TEMPAT : DEWAN ZAJLATUL ABIDAH. HARI : SELASA, RABU & KHAMIS. WAKTU BERMULA BAZAR : 9 PAGI - 6 PETANG. Hadirlah beramai-ramai. Kami menanti kedatangan anda. Terima kasih. sumber : www.dpmiskandariah-pmram.blogspot.com

Saturday, July 3, 2010

KOLOKIUM ILMUAN semi final

Berita terkini dan sensasi untuk semua mahasiswi baru di Iskandariah. Kolokium Ilmuan semi final akan diadakan pada : TARIKH : 23 & 24 REJAB 1431 bersamaan 5 &6 JULAI 2010. TEMPAT : DEWAN ZAJLATUL ABIDAH JAM : 7 pagi Kehadiran anda sangat dialu-alukan. sumber : www.dpmiskandariah-pmram.blogspot.com

Thursday, July 1, 2010

Selamat Hari Lahir Abah...

1 Julai 1943 - 1 Julai 2010
Catatan ikhlas untuk abahanda yang kami cintai...Tuan Haji Nayan Bin Kamarudin...
Selamat hari lahir abah. Moga Allah panjangkan umur abah, murahkan rezeki abah, berikan kesihatan tubuh badan kepada abah untuk menjalani ibadah seharian, berjaya dengan bisnes abah serta bertambah sihat dan ceria disamping emakanda tercinta.
Terima kasih kerana telah mendidik dan membesarkan kami anak-anak abah yang bertujuh ini. Kami memang banyak ragam kan?. Tapi ragam kami anak-anak abah telah lama berlalu. Ragam cucu-cucu abah pulak yang menanti.
Abah...untuk hari lahir abah tahun ini, tiada apa yang dapat kami anak-anak abah berikan. Hanya iringan doa dan munajat kepada Allah semoga abahanda kesayangan kami ini diberi keberkahan hidup di dunia dan akhirat tempat yang kekal abadi. Ameen... Kami sayang abah dan mak...
Ikhlas dari kami anak-anak abah dan mak :
Harlina Nayan, Harliza Nayan, Aswardy Nayan, Firdauz Nayan, Hafizah Nayan, Suriaty Nayan dan Nurul Huda Nayan.
Menantu-menantu abah dan mak :
Mohammad Fadzli Ismail, Mohd Khairi Awang Bahari dan Che' Su Saad.
Serta cucu-cucu Wan dan Pah :
Fatin Amyra, Annur Farhana, Annis Farahaein, Afnan Alymeen, Aizad Aqasyah, Aisyah Mardhiyyah, Muhammad Umar Adnin dan Rabi'atul Adawiyah.