Jejak Fakir Di Petra Jaya
8 years ago
http://www.telaniputri.blogspot.com
1. Tidak lama lagi seluruh pemuda dan pemudi yang menjadi anggota Gerakan Islam ini berhimpun demi mencetus gelombang baru bagi Amal Tarbawi di dalam PAS disamping meneruskan kerja - kerja dakwah dan siasah .
2. Al Ijtima' At Tarbawi Pemuda - pemudi peringkat Kebangsaan akan berlangsung pada 1 hingga 3 Oktober 2010 akan datang di Perkarangan Masjid Rusila Terengganu . Alhamdulillah , program besar yang bakal menghimpunkan hampir 5000 kepimpinan pemuda PAS di semua peringkat dan seluruh pencinta - pencinta tarbiyah ini telah mendapat komitmen yang tinggi dari kedua - dua pucuk pimpinan tertinggi PAS iaitu YAB Tuan Guru Dato' Bentara Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat [ al Mursyidul Am PAS ] dan Yb Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang [Presiden PAS]
3. Sejurus selesai retreat Dewan Pemuda PAS Pusat baru - baru ini terdapat beberapa penambahan kepada tentatif atau aturcara Ijtimak Tarbawi tersebut yang perlu saya paparkan di sini .
---------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------
Pertama : Penyertaan wajib dikekalkan kepada semua Exco DPPP , Exco DPP Negeri , Ajk DPP Kawasan dan ianya turut dibuka kepada mahasiswa\i dalam dan luar negara serta para pemudi [ akhawat ] dengan terlebih dahulu mendaftarkan diri ke pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri atau direct kepada Sekteriat Dewan Pemuda PAS Pusat di pejabatnya . Insyaallah mekanisme pendaftaran secara online sedang disiapkan . [ Jika lambat , akhawat disarankan daftar segera ke pejabat DPP Negeri atau Pusat ]
---------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------
Kedua : [ Tentatif ]
01 Oktober 2010 [ Jumaat ] ~ kandungan ~
04.00 pm - 06.30 pm : Pendaftaran Masuk
06.30 pm - 07.30 pm : Taklimat , al Ma'thuuraat & solat maghrib berjamaah
08.00 pm - Taujihat Tarbawi oleh :
Al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
~ Solat Isyak dan Makan malam ~
10.15 pm : Majlis Perasmian oleh :
YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat [Al Mursyidul Am PAS] .
---------------------------------------------------------------------------
02 Oktober 2010 [ Sabtu ] ~ kandungan ~
Qiamulail dan Bicara Subuh
Tafsir Al Hujurat 1 [6.15 am] dan Tafsir Al Hujurat 2 [8.00 pm] oleh :
Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [Presiden PAS]
Kertas 1 : PAS & Tarbiyah Islamiyyah oleh :
Al Fadhil Tuan Guru Dato' Yahya Othman
Ulasan 1 : Pengukuhan PAS melalui Tarbiyah oleh :
Al Fadhil Yb. Ust Nasharudin Mat Isa [ Timbalan Presiden PAS ]
Pidato Tarbawi 1 : Tarbiyah Jihadiyah dan Pilihanraya oleh :
Al Fadhil Ustaz Dato' Abu Bakar Chik
Forum Tarbawi 1 : Memupuk Budaya Tarbiyah dalam PAS oleh :
Yb. Hj Salahudin Ayub [ Naib Presiden PAS ]
Ustaz nasrudin bin Hj Hassan At Tantawi [ Ketua DPP Pusat ]
Ustazah Hajjah Nuridah binti Mohd Salleh [ Ketua DMP Pusat ]
Pidato Tarbawi 2 : Tarbiyah Jihadiyah dan Palestine oleh :
Wakil Gerakan Islam Luar Negara
Al Fadhil Tuan Guru Dato' Hj Harun Din [ Timbalan Mursyidul Am PAS ]
Yb. Dato Hj Mahfuz Omar . [ Naib Presiden PAS ]
------------------------------------------------------------------------------
03 Oktober 2010 [ Ahad ] ~ kandungan ~
Qiamulail dan solat fardhu berjamaah
Tafsir Al Hujurat 3 ~ khatam ~ [ 6.15 am ] oleh :
Yb Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS ]
Kertas 2 : Tarbiyyah Al Harakiyyah oleh :
Al Fadhil Yb. Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib [ Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat ]
Ulasan 2 : Mengukuh Amal Jamaei oleh :
Al Fadhil Ustaz Idris Hj Ahmad
Forum Tarbawi 2 : Tarbiyyah dan Dewan Pemuda PAS oleh :
Al Fadhil Ustaz Hj Zulkifli Ismail [ DUP ]
Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abd Rani [ DPP Pusat ]
Al Fadhil Ustaz Hj Ahmad Yahya [ DPP Kedah ]
Ikrar Ijtima' : Pengarah Ijtima'
Penutup [ 12.30 pm ] oleh : Yb Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS
---------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------
4. Saya berharap , masa yang begitu pantas berlalu tidak melekakan para pemuda untuk membuat persiapan awal dari segi material , fizikal dan mental agar Ijtima' Tarbawi ini benar - benar dapat meletuskan satu ledakan besar dalam PAS untuk kembali mengaktifkan organ - organ tarbiyahnya.
Semoga Allah memberi kekuatan dan petunjuk kepada kita semua untuk menjayakan program besar ini .
Diedit dari (http://episodeperjuangan.blogspot.com/)
Jangan terkejut ya...empunya kad ini bukanlah saya, tetapi adinda bongsu. Bagi yang mengenali dinda bongsu saya, NURUL HUDA BINTI HJ NAYAN jemputlah ke teratak buruk kami pada tanggal 2 Syawal 1431 di alamat C-56 Perumahan Awam, Batu 2 1/2 Jalan Simpang, 34000 Taiping Perak. Semoga dengan kehadiran sahabat handai semua akan memeriahkan lagi majlis ini. Mohon doa dari semua agar segalanya berjalan lancar.
Jabatan Setiausaha Agung PMRAM cawangan Iskandariah akan menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 18. Dijemput kepada semua ahli DPMI untuk menghadiri program tahunan ini untuk sama-sama kita melontar idea dan memberi muhasabah sebaiknya untuk kepimpinan PMRAM cawangan Iskandariah sesi 09/10.
Maklumat Mesyuarat Agung adalah seperti berikut:
TARIKH:11 Ramadhan 1431H Bersamaan 21 ogos 2010M
HARI:Sabtu
TEMPAT:Dewan Zajlatul Abidah
MASA:7.30 a.m
YURAN:LE 3
ANJURAN:Jabatan Setiausaha Agung DPMI
Segala kerjasama anda amatlah kami hargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih. Marilah datang beramai-ramai,tunaikan kewajipan.
Bismillah Walhamdulillah...
Mesyuarat Agung Tahunan PMRAM cawangan PERAK telah berlangsung pada 8 dan 9 Ogos yang lalu. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah dan takziah kepada kepimpinan AJKT dan AJK HEWI Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2010/2011. Mudah-mudahan barisan kepimpinan yang baru, dapat memikul amanah yang telah ALLAH pundakkan ini sebaik mungkin.
Sudah pastilah di hadapan kalian nanti hanya dugaan dan cabaran yang setia menanti. Sesungguhnya jalan dakwah itu tidak dibentangkan dengan permaidani merah dan ditaburi dengan bunga-bunga nan mewangi.
Teringat saya pada kitab karangan Mustafa Mahsyur yang bertajuk 'Jalan Dakwah'. Bagaimana pengarang menyenaraikan antara sifat-sifat jalan dakwah yang boleh dikategorikan kepada 3 bahagian.
Pertama - Sifatnya yang susah dan memerlukan masa yang panjang. Cuba kita soroti kisah nabi Nuh a.s yang berdakwah kepada kaumnya selama 900 tahun untuk mentauhidkan ALLAH SWT. 900 tahun itu bukanlah masa yang singkat dan sedia kita maklumi bahawa hanya segelintir sahaja yang beriman kepada ALLAH SWT. Ambillah contoh ini sebagai suri tauladan kepada kita semua kerana sesungguhnya sifat jalan dakwah itu antaranya adalah susah dan panjang masanya.
Kedua - Pengikutnya kena tekun dan sabar untuk pikul bebanan, dan saya kira sifat ini lebih menjurus kepada pengikut yang menjadi ahli. Cuba kita renungi kisah 3 orang sahabat nabi yang telah diiqab kerana tidak menyertai peperangan Tabuk yang ketika itu melawan bala tentera dari Rom. Bagaimana sabar dan tekunnya Kaab Bin Malik, Mararah Bin Ar-Rabie dan Hilal bin Umaiyah ketika dipulaukan oleh sahabat handai dan kaum kerabat mereka yang telah berlangsung selama 50 hari.
Ketiga - Penyiksaan dari golongan thagut dan musuh-musuh ALLAH yang mahu menghapuskan mereka. Sesungguhnya penyiksaan ini adalah perkara biasa yang telah berulangkali berlaku dari zaman silam hingga ke hari ini. Boleh kita lihat contoh bagaimana kebalnya iman Bilal Bin Rabah yang disiksa di tengah-tengah padang pasir yang sangat terik waktu itu hanya kerana telah mentauhidkan ALLAH SWT.
Justeru, marilah kita bersama menghulurkan bantuan kepada pimpinan selagi mana mereka mengajak kita ke arah pentauhidan kepada ALLAH SWT. Kepada seluruh pemimpin kami, bawalah kami semua ke jalan yang mendapat redha ALLAH SWT dan rasulNya.