Thursday, April 1, 2010

10857

Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin Wa Bihi Nasta'in Bulan Mac telahpun meninggalkan kita. Tanpa sedar, 31 hari dalam bulan ini sangat membekaskan kesan yang mendalam buat saya. Masakan tidak, untuk bulan Mac ini sahaja buku perancangan saya telah penuh diisi dengan aktiviti-aktiviti yang telahpun dirancang teliti oleh PMRAM CAWANGAN ISKANDARIAH. Ini hanya baru aktiviti di cawangan, belum lagi ditambah dengan program yang telah dilaksanakan di peringkat PMRAM PUSAT mahupun PMRAM CAWANGAN ANAK NEGERI. Namun bagi saya banyak atau sedikit program musim cuti yang telah kita hadiri ini tidaklah berapa penting, berbanding dengan pengamalan setelah ilmu itu diperolehi. Sebagai seorang pelajar, kita perlu bijak untuk mengatur masa. Cubalah gunakan waktu yang ada untuk mewakafkan diri sebagai hamba-Nya. Konsep pemewakafan diri ini sangat luas konteksnya jika diperhalusi, bagaimana caranya?. Sangat banyak dan sebagai pelajar sememangnya tugas kita adalah belajar, jangan sampai hilang fokus dan tersasar jauh dari landasan. Belajar dan amalkan walaupun hanya sedikit sahaja ilmu yang cuba kita praktikkan itu. Konsep kerjasama juga perlu kita titikberatkan di dalam komuniti kita sebagai warga pelajar. Dan saya tidak nampak persatuan lain yang menitikberatkan tentang 2 konsep yang saya nyatakan di atas tadi melainkan pembawakan yang ditunjukkan oleh PMRAM. Tanpa kita sedari, PMRAM telah melahirkan ramai figur yang celik tentang ilmu dan dalam masa yang sama individu ini tadi tidak mementingkan diri. Mereka banyak menyumbang tenaga untuk memastikan semua warga Malaysia di bumi Nil ini sedar bahawa kita perlu mewakafkan diri sebagai hamba Allah. PMRAM telah melahirkan ramai individu berkebajikan!. Tahun ini, genap 80 tahun PMRAM kukuh berdiri sebagai wadah kesatuan anak-anak Melayu di bumi Mesir ini. Tidak sedikit mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh PMRAM. Mudah-mudahan Allah cambahkan kasih-sayang kepada mereka yang bencikan PMRAM. Permudahkanlah ya Allah segala urusan PMRAM. Marilah kita bersatu hati kerana hanya dengan kesatuan, Allah akan turunkan rahmahNya buat kita semua. Mohon doa dari semua supaya tiada lagi tangan-tangan kotor yang akan menggagalkan sebarang usaha PMRAM untuk membawa manusia kembali kepada fitrah. Saya sayang PMRAM. *Muktamar PMRAM akan diadakan pada bulan April ini. Nombor keahlian PMRAM saya sangat unik! (10857) :)

0 comments:

Post a Comment