Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud : "Rebutlah peluang 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain, iaitu masa muda sebelum datangnya hari tua, masa sihat sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya sebelum engkau jatuh papa, masa lapang sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup sebelum datang saat kematian".
Allah menguji setiap kejadian anak Adam dengan perkara-perkara di atas. Tua, sakit, miskin, sibuk dan mati. Kadang-kadang kita rasakan kelibat kelima-lima item ini jauh lagi diri kita. Namun hadith ini dengan jelas menerangkan supaya kita merebut segalanya sebelum perkara yang 5 itu mampir kepada kita. Gunakanlah umur yang Allah pinjamkan kepada kita ini dengan maksima mungkin untuk menjadi hamba. Hamba yang tahu letak duduk dirinya selaku hamba.
Kadang-kadang kita akan mudah terngadah bila sudah terhantuk. Maksudnya apa? Maksudnya, bila sudah tua baru teringat hendak solat. Bila sudah sakit baru sibuk ingin ke Mekah tunaikan haji . Bila miskin baru terasa ingin bersedekah. Bila masa yang kita ada, dikekangkan dengan kesibukan baru terasa ingin belajar. Bila sudah mati, apa-apa pun tak sempat dibuat.
Jadi, kesimpulan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Hakim ini adalah :
Masa Muda Engkau Sebelum Datangnya Hari Tua". Masa muda hendaklah dipergunakan sebaik-baiknya untuk mencapai segala kebaikan dan kejayaan. Kerana sewaktu muda lah kita mempunyai keinginan dan cita-cita yang ingin kita raih. Bukan bererti masa tua menghalang kita untuk tetap berusaha mencapai keinginan, tapi tentulah usaha masa tua akan berbeza halnya dengan usaha saat kita masih muda. Maka masa muda hendaklah diisi dengan berbagai kegiatan yang bermanfaat hingga tidak menyesal di kemudian hari.


0 comments:
Post a Comment