Salam Imtihan buat semua sahabat sahabiah yang berada di bumi Kinanah. Waktu-waktu imtihan begini sesekali teringat zaman di bangku sekolah rendah dan menengah dulu. Apa khabar agaknya cikgu, ustaz dan ustazah yang pernah mendidikku. Semoga semuanya berada di dalam kondisi yang membahagiakan. Sambil-sambil berehat setelah seharian memerah tenaga dan minda, saya sempat membuka 'MukaBuku' tadi dan terjumpa gambar sekolah menengah saya dulu. MAAHAD AT-TARBIAH AL-ISLAMIYYAH. Rindu ini makin membuak. Di sinilah mulanya saya kenal erti kehidupan.
Memulakan pengajian seawal darjah 1-6 di Sek.Keb.Simpang. Kemudian ke Maahad At-Tarbiah Al-Islamiah Taiping, dari tingkatan 1-6. Seterusnya berhijrah ke Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah Terengganu, dari tahun 1-3. Dan sekarang berada di tahun akhir Universiti al-Azhar cawangan Iskandariah.
0 comments:
Post a Comment