Pernah di tanya pada suatu ketika, apa cita- kamu?. Lalu, jawapan yang diberikan adalah mujahidah solehah...
Seorang mujahidah solehah adalah seorang mujahid cinta pada masa yang sama. Secara umumnya, mujahidah cinta memiliki beberapa akhlak terpuji yang dianugerahkan oleh Sang Pencipta Cinta...
Pertama, Qanaah dan Redha
Kedua, mencintai sesama Muslim
Ketiga, selalu menjaga silaturrahim
Keempat, takut pada Allah dan tidak takut terhadap celaan manusia
Kelima, berani berkata benar walaupun pahit
Keenam, selalu berzikir kepada Allah S.W.T.
Di sini ingin dikongsikan senandung 'Panggilan Jihad' karya dari Prof. Hamka :
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Kalam suci menentukan ku berjuang
Maju serentak membela kebenaran
Demi agama, bangsa dan keadilan
Panggilan jihad kobarkan, Panggilan jihad kobarkan
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Putra-putri Islam harapan agama, majulah serentak
Gemakan persatuan kalam Tuhan
Mari kita memuji, mari kta memuja
Peganglah persatuan kalam Tuhan
Kalam suci menentukan aku berjuang
Maju serentak membela kebenaran
Untuk agama, bangsa dan keadilan
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Pemuda-pemudi bangunlah,
Panggilan jihad rampungkan,
Wasiat Muhammad peganglah,
Harta dan jiwa serahkan
Binalah persatuan, ciptakan perdamaian.
Menuju persatuan kalam Tuhan
Kalam Ilahi menuntut persatuan
Perpecahan meruntuhkan kekuatan
Pertikaian meguntungkan musuh Tuhan
Hanya iman tauhid menyatukan
Tuntutan agama menjadi tujuan
Hukum Allah tegakkan, Hukum Allah tegakkan.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Ulama pemimpin Islam dengarlah, demi agama sedarlah
Hentikan pertikaian , ciptakan perdamaian, 2x
Menuju persatuan kalam Tuhan.
Teks syair : Prof. Hamka
(10 Februari 1999 / 28 Syawal 1419)
Memulakan pengajian seawal darjah 1-6 di Sek.Keb.Simpang. Kemudian ke Maahad At-Tarbiah Al-Islamiah Taiping, dari tingkatan 1-6. Seterusnya berhijrah ke Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah Terengganu, dari tahun 1-3. Dan sekarang berada di tahun akhir Universiti al-Azhar cawangan Iskandariah.
0 comments:
Post a Comment