Showing posts with label Fazakkir. Show all posts
Showing posts with label Fazakkir. Show all posts

Friday, April 23, 2010

Jom Solat Tahajud

Hidup ini terlalu singkat bila kita berjalan menuju Allah. Kita harus berlari menuju Allah sebelum waktu kita di dunia habis dan berakhir. Al-Quran mengingatkan kita untuk berangkat menuju kepada Allah SWT sebagaimana Firman Nya. "Oleh karena itu, bersegeralah berlari kembali menuju Allah" (Az-Zariyat :50). Berapa lama lagi kita punyai waktu dalam hidup ini?. Sedetik, sehari, sebulan, setahun... kita tidak pernah tahu ada berapa lama waktu kita dalam hidup ini. Seringkali kita menunda untuk kembali kepadaNya. Mari kita bergegas berlari menuju kepada Allah untuk menunaikan solat tahajud kerana kita tidak akan pernah tahu berapa lama lagi kita masih ada waktu untuk hidup. "Maka sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa" (Ali-Imran: 76). Setiap muslim yang bertaqwa kepada Allah akan selalu mendapatkan cintaNya. Tanda-tanda cinta dari Allah dapat dilihat dari keimanannya yang terus menerus bertambah dari waktu ke waktu. Ibadahnya semakin meningkat lebih baik, hubungan kemasayarakatannya akan lebih disenangi. Sensitivitinya terhadap penderitaan orang lain terasa lebih peka dan peduli disebabkan zikir kepada Allah SWT seolah tidak pernah lepas darinya. Ada seorang perempuan solehah yang bekerja sebagai pembantu rumah. Dia sentiasa melaksanakan solat tahajud. Suatu hari majikan mendengar doa-doa yang dia baca dalam sujudnya. Dalam doanya terucap : 'Ya Allah, aku memohon kepadaMu dengan cintaMu kepadaku agar Engkau memuliakanku dengan bertambah ketaqwaan dihatiku.' Setelah selesai solat, majikannya bertanya kepadanya. 'Darimana kamu tahu bahawa Allah mencintaimu?. Mengapa engkau tidak katakan saja, 'Ya Allah, aku mohon kepadaMu dengan cintaku padaMu?' Pembantu perempuan itu menjawab, 'Puan, kalau bukan kerana cintaNya kepada saya, mana mungkin Dia membangunkan saya untuk berdiri solat menghadapNya? Kalau bukan kerana cintaNya kepada saya, mana mungkin Dia menggerakkan bibir saya bermunajat kepadaNya dikeheningan malam?' Ya, kalau bukan kerana cintaNya kepada kita, mana mungkin kita melaksanakan solat tahajud di setiap malam. Kalau bukan kerana cinta Allah SWT kepada kita, mana mungkin kita akan saling mengajak dalam kebaikan. Itulah bukti Allah mencintai kita. Sebelum terlambat... Jom solat tahajud...!

Rebutlah 5 sebelum datangnya 5

Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud : "Rebutlah peluang 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain, iaitu masa muda sebelum datangnya hari tua, masa sihat sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya sebelum engkau jatuh papa, masa lapang sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup sebelum datang saat kematian". Allah menguji setiap kejadian anak Adam dengan perkara-perkara di atas. Tua, sakit, miskin, sibuk dan mati. Kadang-kadang kita rasakan kelibat kelima-lima item ini jauh lagi diri kita. Namun hadith ini dengan jelas menerangkan supaya kita merebut segalanya sebelum perkara yang 5 itu mampir kepada kita. Gunakanlah umur yang Allah pinjamkan kepada kita ini dengan maksima mungkin untuk menjadi hamba. Hamba yang tahu letak duduk dirinya selaku hamba. Kadang-kadang kita akan mudah terngadah bila sudah terhantuk. Maksudnya apa? Maksudnya, bila sudah tua baru teringat hendak solat. Bila sudah sakit baru sibuk ingin ke Mekah tunaikan haji . Bila miskin baru terasa ingin bersedekah. Bila masa yang kita ada, dikekangkan dengan kesibukan baru terasa ingin belajar. Bila sudah mati, apa-apa pun tak sempat dibuat. Jadi, kesimpulan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Hakim ini adalah : Masa Muda Engkau Sebelum Datangnya Hari Tua". Masa muda hendaklah dipergunakan sebaik-baiknya untuk mencapai segala kebaikan dan kejayaan. Kerana sewaktu muda lah kita mempunyai keinginan dan cita-cita yang ingin kita raih. Bukan bererti masa tua menghalang kita untuk tetap berusaha mencapai keinginan, tapi tentulah usaha masa tua akan berbeza halnya dengan usaha saat kita masih muda. Maka masa muda hendaklah diisi dengan berbagai kegiatan yang bermanfaat hingga tidak menyesal di kemudian hari. Masa Sehat Engkau Sebelum Dilanda Sakit". Hal ini juga menganjurkan kita sentiasa berwaspada pada segala kemungkinan yang sifatnya diluar kemampuan manusia. Seperti sakit. Sakit di sini bukan sebatas sakit jasmani, tapi juga sakit rohani. Maka ketika kita sihat jasmani-rohani, hendaknya kita sentiasa mempergunakannya untuk hal-hal yang bermanfaat tanpa melengah-lengahkan waktu. Masa Kaya Engkau Sebelum Masa Miskinmu". Tidak terlalu jauh berbeza dari penjelasan di atas, ketika kekayaan ada pada kita, maka hendaknya kita memanfaatkannya sebaik-baiknya, jangan membazir. Masa Lapang Engkau Sebelum Datangnya Waktu Sibuk". Disini kita dianjurkan untuk menghargai waktu, agar diisi dengan hal-hal yang bermanfaaat baik untuk diri sendiri mahupun orang lain. Misalnya, menziarahi saudara ketika ada kesempatan sebelum kesibukan menghampiri kita, hingga tidak sempat lagi untuk menziarahi mereka. Masa Hidup Engkau Sebelum Datangnya Saat Kematian". Yang terakhir ini merupakan konklusi daripada empat hal di atas. Ketika kita diberikan kehidupan maka hidup yang diberikan pada kita itu sebenarnya merupakan kesempatan yang tiada duanya. Kerana kesempatan hidup tidak akan datang untuk kedua kalinya. Kehidupan harus dijalani sesuai tuntutan kemaslahatannya. Mari kita eksploitasi masa yang ada untuk menjadi hamba!.

Tuesday, March 30, 2010

FENOMENA KELEMAHAN JIWA bahagian akhir

RAWATAN Rawatan tersebut terbahagi kepada dua bahagian iaitu berbentuk umum dan khusus. RAWATAN UMUM Rawatan umum ialah apa yang dikatakan sebagai 'tarbiyyah pencegahan' yang membawa erti penyerapan secara meluas roh tarbiyah di kalangan masyarakat kita. Jika ini dapat dilaksanakan nescaya penyakit jiwa hari ini akan berkurangan. Antara rawatan yang perlu ialah : -SALING NASIHAT MENASIHATI DENGAN ADAB YANG BAIK. Orang tua menasihati orang muda secara lembut dengan penuh rasa kasih sayang. Orang muda menasihati orang tua dengan beradab dan penuh rasa hormat. Tidak mahu memberi nasihat adalah suatu perkara yang tidak baik dan ia berpunca dari lemahnya keazaman dan kemahuan dalam diri. Takut merupakan salah satu daripada halangan untuk seseorang memberi nasihat. Justeru, kumpulkan keazaman dan kuatkan kemahuan untuk menyatakan kepada orang yang membuat kejahatan 'engkau telah melakukan kesilapan'. -TIDAK MEMUJI ORANG LAIN SECARA TERANG-TERANGAN. Ini bertujuan agar kita tidak menghentam seseorang dari belakang. Rasulullah SAW telah banyak memberi amaran terhadap perkara ini. Seorang lelaki telah memuji sahabatnya di hadapan Rasulullah SAW lantas baginda bersabda, maksudnya :"Jika kamu melihat orang memuji maka lumurkan mukanya dengan tanah". -JANGAN MELANTIK ORANG YANG TIDAK BERKELAYAKAN UNTUK MEMIMPIN. Dalam mengarah dan memimpin manusia tanpa persediaan adalah amat berbahaya kerana mereka ini belum lagi menjalani tempoh pembentukan diri yang sempurna terlebih dahulu. Tidak digilap cermin hatinya dengan wirid, tidak disuburkan mindanya dengan ilmu yang bermanfaat dan tidak dilatih jiwanya dengan mujahadah. Sekiranya mereka telah melalui semua ini, barulah dapat melahirkan pemimpin yang benar-benar menghayati syariat Allah SWT. -CINTAKAN SEMANGAT KEPERWIRAAN DAN BENCIKAN 'JAWATAN' (HUBBUR RI'ASAH). Perasaan cintakan semangat keperwiraan dan bencikan jawatan perlulah disemai di dalam diri setiap sanubari manusia dan menghindarinya sedaya mungkin. Dalam masa itu, perlu juga diawasi diri dari rasa cinta untuk memimpin. Masakan tidak? tamak dan gila kuasa adalah salah satu tanda cintakan dunia. Orang yang inginkan akhirat tidak begitu meminta-minta kuasa dan mengidamkannya kerana mereka mengetahui tentang bahayanya. Manakala orang yang suka diberi jawatan, akan lebih mengikut hawa nafsu, merasa mulia dengan tanggungjawab dan menagih jawatan. Keinginan terhadap tugas tersebut hanyalah untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya.. Ini semua akan terserlah melalui tingkah laku dan sikapnya terhadap orang lain. dia tidak mahu bermesyuarat dan berbincang. Tindak tanduknya membabi-buta dan tergesa-gesa dalam membuat keputusan tanpa mengira risiko. -SENTIASA MENGIKTIRAF NIKMAT ALLAH. Janganlah sesiapapun menyangka bahawa dengan ilmu, penonjolan, pengorbanan atau jihad yang telah dilakukannya akan berhak mengecapi nikmat Allah?. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Allah sahajalah yang berhak membangkit-bangkitkan kurnianya kepadamu kerana Dia menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu orang yang benar beriman". Surah Al-Hujjurat : 17. -TIDAK BERPUAS HATI DENGAN DIRI SENDIRI. Berpuas hati dengan pencapaian diri dan mengikut hawa nafsu adalah penyebab bagi segala bencana dan punca segala keaiban. Berkaitan dengan perkara ini Allah SWT berfirman dengan apa yang diucapkan oleh nabi Yusuf AS maksudnya : "Aku tidak berani membersihkan diriku kerana nafsu manusia sangat menyuruh membuat kejahatan. Kecuali sesiapa yang disayangi TuhanNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". Kita hendaklah menanam dalam diri sikap tidak berpuas hati dengan diri sendiri dan seterusnya tidak cenderung kepada kehendak hawa nafsu. Ini semua tidak akan terhasil melainkan kita sentiasa menganggap tahap ketaatan kita terhadap perintah Allah SWT sentiasa rendah dan tidak memuaskan. Hendaklah kita sentiasa melihat kepada diri sendiri dengan pandangan yang serba kekurangan dan sentiasa merasa diri kerdil meskipun kita memiliki bakat, kemampuan kekuasaaan dan kedudukan di sisi masyarakat sekalipun banyak melakukan ibadat dan ketaatan kepada Allah SWT. RAWATAN KHUSUS -PERKARA YANG PALING UTAMA IALAH KEMAHUAN UNTUK MENGUBAH DIRI. MENGAKUI KELEMAHAN YANG ADA DALAM JIWA. SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENENTUKAN JENIS PENYAKIT KERANA DENGAN ITU AKAN MELAHIRKAN KEAZAMAN DAN KEMAHUAN UNTUK MENGUBATI PENYAKIT JIWANYA. -MEMBUAT RESOLUSI DIRI SENDIRI BAHAWA MELAKUKAN PERUBAHAN HANYA KERANA ALLAH SWT. SEGALA URUSAN BERMULA DAN BERAKHIR DENGAN IZIN ALLAH SWT DAN DENGAN KEAGUNGAN RAHMATNYA. -MENGGANDAKAN USAHA DALAM MELERAI KEMELUT JIWA. -MENBINA DIRI. -SENTIASA BERMUHASABAH DAN MENGHUKUM DRI KETIKA PERLU. IANYA TIDAK SEMPURNA MELAINKAN KITA MENJADIKANNYA SEBAGAI WIRID UNTUK MUHASABAH HARIAN. -BERDAMPING DENGAN ORANG-ORANG YANG BAIK DAN MULIA SERTA SESIAPA YANG LEBIH ISTIMEWA DARIPADANYA DI SEGI BAKAT DAN KEMAMPUAN YANG SAMA. TERUTAMANYA BAKAT YANG IA SANGKAKAN DIRINYA MENGATASI ORANG LAIN. -SENTIASA MENGIKUTI KISAH PERJALANAN HIDUP PARA SOLEHIN DAN ORANG-ORANG YANG TAWADHU'. Dipetik dari buku Fenomena Kelemahan Jiwa Dan Kedah Rawatannya oleh Dr. Majdi Al-Hilali.

Sunday, March 28, 2010

FENOMENA KELEMAHAN JIWA bahagian III

SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KEPADA KELEMAHAN JIWA : -SIKAP IBUBAPA YANG TIDAK MENGAMBIL BERAT TENTANG PENDIDIKAN ANAK-ANAK SEJAK KECIL. Tanpa disedari, keadaan tersebut membawa kepada penyerapan nilai-nilai yang negatif ke dalam jiwa anak-anak. Umpamanya mengatakan bahawa : "Kamu lebih baik dan mulia daripada orang lain. Kamu adalah keturunan yang baik. Kamulah golongan yang berharta banyak jika dibandingkan dengan orang lain". Sentiasa memuji dan menyanjung mereka tanpa sebab. Memenuhi tuntutan anak-anak samada mendatangkan manfaat atau tidak, enggan mengenakan hukuman ataupun memberikan tunjuk ajar sekiranya mereka melakukan kesilapan sebaliknya dengan mudah membebaskan mereka merupakan antara perkara yang menjadikan mereka terbiasa dengan kesilapan. -CARA TARBIYYAH YANG TERLALU KERAS, KASAR DAN BERBENTUK PAKSAAN. Ini menjadikan anak-anak terperangkap dengan dirinya sendiri dan menjadikan jiwa mereka pasif. Akhirnya, mereka cuba untuk meneguhkan diri sendiri dan menjadi hero di hadapan orang lain. Mendakwa dirinya hebat dan handal malah seorang jaguh. Pada hakikatnya, semua itu adalah sangkaan yang meragukan dan palsu semata-mata. Dengan itu, leburlah keperibadian, tewas dengan diri sendiri dan tidak mampu untuk mempertahankan pandangan serta pegangannya di hadapan orang lain. Alangkah mudahnya tewas meskipun dalam pertarungan yang terlalu remeh. -LEMAH DALAM MEMBINA JIWA ANAK-ANAK DAN SUASANA PERSEKITARAN YANG TIDAK MENGGALAKKAN. Anak-anak tidak sempat menamatkan pengajian dan tidak mampu menguasai ilmu serta rapuhnya hubungan kekeluargaan dan lain-lain lagi. Dengan itu, anak-anak akan menjadikan suasana luaran sebagai alternatif bagi meneguhkan diri dan menampung segala kekurangan diri. Ini semua akan menjadikan mereka ta'sub pada pandangan peribadi dan menggesa orang lain supaya menerima pandangannya. Cuba menampilkan diri sebagai seorang yang mengetahui segala perkara tersirat. Golongan ini tidak jemu bercakap tentang perkara yang boleh membersihkan imej sendiri dan mengangkat martabatnya di sisi orang lain. -BAKAT DAN KEUPAYAAN TERTENTU YANG TIDAK DIPUPUK SEJAK KECIL DENGAN NORMA-NORMA KEHIDUPAN YANG MENGIKTIRAF BAHAWA SEGALA ANUGERAH TERSEBUT ADALAH DARI ALLAH. Sepatutnya mereka sentiasa bersyukur kepada Allah SWT yang Maha Pencipta. Hal yang sedemikian perlu dititikberatkan, jika tidak mereka akan membesar dengan rasa tinggi dari orang lain. Kadang-kadang bakat serta kebolehan sendiri menyebabkan kehancuran sekiranya ia tidak digunakan dengan bijaksana. Kisah Qarun boleh dijadikan sebagai pengajaran yang terbaik. -TIDAK ADA SIFAT SALING NASIHAT MENASIHATI SESAMA MANUSIA. Nasihat merupakan suatu perkara yang amat pahit untuk diterima. Lantaran itu, ramai yang enggan memberi nasihat dan mermuka-muka kerana bimbang orang yang dinasihati akan berubah hati terhadapnya dan menimbulkan kemarahan. Sentimen itu, boleh mencetuskan anggapan pada sesetengah pihak bahawa kesilapan adalah kebenaran. Maka mereka yang bersalah terus bergelumang dengan kesalahannya. -TIDAK MENITIKBERATKAN PEMBINAAN DALAMAN. Peringkat usia 30-an dihabiskan tanpa sebarang usaha untuk menyempurnakan segala kekurangan yang ada. Lantas menyebabkan gejala lemah jiwa sebati dalam diri dan keperibadiannya. Mendidik anak-anak diwaktu kecil umpama mengukir di atas batu. Seperti mana yang telah kita ketahui dalam kisah Ashabul Ukhdud, kita melihat apa yang diminta oleh tukang sihir daripada raja adalah seorang anal kecil. Daripada Suhaib RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : "Ada seorang raja sebelum zamanku yang memiliki seorang sihir apabila tukang sihirnya tua, dia berkata kepada si raja :"Sesungguhnya aku telah tua, utuskan kepadaku seorang budak agar aku boleh mengajarnya ilmu sihir". Maka raja tersebut mengutuskan seorang budak kepadanya untuk diajarkan sihir...". Riwayat Muslim. -TIDAK MEMUHASABAH DIRI SECARA BERTERUSAN. BERPUAS HATI DENGAN AMAL IBADAT TANPA MELIHAT KEPADA PERCUBAAN HAWA NAFSU UNTUK MENGUASAINYA. Apabila seseorang itu mampu menilik diri dan amalan lahiriah, sebaliknya mengabaikan amalan hati seperti ikhlas, membenarkan Allah, bertawakkal kepada Allah dan mengembalikan dirinya kepadanya. Takut akan berlakunya riya', takabbur, ujub, terpedaya dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan kecatatan amal, maka sifat tercela tersebut bermaharajalela di dalam diri tanpa disedari lantas dia menyangka bahawa dia sudah beruntung. Merasa dirinya tergolong dikalangan orang-orang yang soleh dan ahli syurga sedangkan itu bukanlah ciri-ciri orang soleh yang sebenar. Hakikatnya orang yang soleh sepertimana yang disifatkan oleh Al-Quran : Maksudnya : "Dan orang-orang yang telah memberikan apa-apa yang telah diberikannya (sedekah, zakat dan sebagainya) sedang hati mereka itu takut kerana mereka akan kembali kepada tuhanNya". Al-Mukminun : 60 -MENONJOL DAN MENAMPILKAN DIRI TANPA PERSEDIAAN DAN PEMBENTUKAN AWAL. Mereka yang tampil kehadapan dan terdedah kepada kemahsyuran sebelum sampai waktunya akan mudah tergelincir dalam banyak perkara seperti mana yang disebut oleh Imam As-Syafie yang bermaksud : "Apabila terkehadapan orang muda yang belum mantap ilmunya hilanglah darinya ilmu yang banyak". Ini akan membantutkan usaha mencari ilmu, membentuk diri, mendidik jiwa dan menghidupkan hati. Sesetengah manusia apabila disuluh dengan cahaya kemahsyuran sedangkan dia masih belum ada persediaan diri yang mantap maka samalah keadaanya sepeti orang yang menghampiri cahaya dan mendapati dirnya terlalu besar sedangkan itu hanyalah bayang-bayang. Sedangkan dirinya tetap tidak berubah. Bersambung... *Dipetik dari buku Fenomena Kelemahan Jiwa dan Kaedah Rawatannya oleh Dr Majdi Al-Hilali.

Thursday, March 25, 2010

FENOMENA KELEMAHAN JIWA bahagian II

Sesiapa yang ingin merawat sesuatu penyakit, maka terlebih dahulu hendaklah mengenalpasti jenis penyakit yang dihadapi. Jika kita menghidap penyakit insyaAllah pasti ada ubatnya. Namun apabila penyakit yang kita hadapi itu mungkin penyakit dalaman, adakah mampu untuk kita mencari pelbagai penawar untuk memutihkan semula jiwa kita?. Antara contoh-contoh kelemahan jiwa yang banyak dihidapi oleh manusia zaman ini adalah : -TAASUB DENGAN PANDANGAN PERIBADI Tidak kira samada pandangan ini besar ataupun sebaliknya. Apabila pendapatnya disanggah maka dia akan cuba untuk mempertahankannya. -TIDAK MAHU MENGAKUI KESILAPAN DIRI SENDIRI Melakukan apa sahaja untuk mengelakkan diri dari melakukan kesilapan dan adakalanya memaksa diri untuk melakukan pendustaan. -MERASA SEMPIT DADA BILA DIKRITIK DAN DINASIHAT Merasakan kepahitan dan kesakitan yang teramat sangat apabila dikritik dan diberi nasihat. Lebih-lebih lagi jika yang memberi nasihat itu lebih muda daripadanya. -BAHAGIA DAN SERONOK DENGAN PUJIAN Pengidap penyakit ini terlalu ramai. Mereka akan merasa sukacita dan seronok bila mendapat pujian, lebih-lebih lagi jika yang memuji tersebut adalah orang yang memiliki kedudukan dan pangkat. -GEMBIRA DAN SERONOK APABILA MENDAPAT PERHATIAN -GILA KUASA, GHAIRAH UNTUK MENONJOLKAN DIRI DAN MAHU SENTIASA DIPILIH Golongan ini biasanya merasa gah dengan tanggungjawab dan sentiasa bergelut untuk merebut suatu jawatan walau dengan apa cara sekalipun. Masakan tidak, ini semua adalah jalan untuk kemegahan dan meraih pangkat. -TIDAK MENGAKUI KESILAPAN DAN KEKURANGAN DIRI Golongan ini sentiasa ingin lari daripada mengingati kepincangan diri dan cuba untuk menyembunyikannya agar orang lain tidak akan menganggap bahawa dirinya lemah. -TIDAK MENUNAIKAN HAK ORANG LAIN Sentiasa merasa berat untuk melaksanakan hak orang lain seperti menziarahi orang sakit, melepaskan kesusahan orang lain, menolong orang yang dizalimi dan sebagainya. -MENGUNGKIT-UNGKIT SEGALA KHIDMAT BAKTI DAN AMAL KEBAIKAN Golongan ini tidak jemu-jemu menyebut segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah dilakukannya. Sentiasa mengharapkan ucapan terima kasih dan penghargaan dari sesiapa yang telah mendapat khidmatnya. Bahkan mengkehendaki orang lain segera menunaikan hajatnya, memulakan salam, berhenti ketika terserempak dengannya dan lain-lain lagi. -TERPEDAYA DENGAN KEBOLEHAN DAN KELEBIHAN SENDIRI Mereka ini tidak menyandarkan segala kelebihan dan kenikmatan kepada Allah SWT sebaliknya menyandarkan kepada diri semata-mata. -TIDAK SUKA ORANG LAIN MEMPEROLEHI KEBAIKAN Berasa sedih dan sempit hati jika melihat orang lain mendapat nikmat serta mengharapkan nikmat itu tidak kekal. Sebaliknya seronok dan gembira bila melihat orang lain ditimpa musibah. -MERASAKAN DIRINYA SAHAJA YANG BERHAK UNTUK BERCAKAP DI DALAM MANA-MANA MAJLIS YANG DIHADIRINYA Anda melihat orang ini sentiasa memintas percakapan orang lain, menjawab apa sahaja yang diperkatakan, suka memperkatakan tentang hal diri sendiri, meninggi diri dengan tujuan untuk berbangga dengan pencapaian sendiri dan kehandalannya. -MENGHEBAHKAN AMAL KEBAJIKAN SENDIRI Berusaha untuk menyandarkan segala usaha yang telah dilakukannya adalah hasil titik peluhnya sendiri, bukan hasil usaha orang lain. Golongan ini amat marah apabila hasil kerja dan kebajikannya disandarkan kepada orang lain dan jiwanya menjadi tidak tenteram. -SENTIASA TAKUTKAN KEMISKINAN Terlalu bakhil, takut ditimpa kemiskinan dan kesempitan hidup adalah antara identiti mereka. -TIDAK MAMPU UNTUK BERHADAPAN DENGAN ORANG LAIN KERANA MERASA LEMAH DIRI Tidak terdaya menerima hakikat kesalahan diri sendiri dan cuba lari daripadanya. -MUDAH BERUBAH PENDAPAT DAN GOYAH PENDIRIAN Apa yang menyedihkan ialah dia telah tewas dihadapan orang lain dan diri sendiri tanpa disedari. Dia seringkali mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang lain, tetapi tidak berani untuk dia nyatakn kerana takut kepada celaan dan dipersendakan. Bersambung... *Dipetik dari buku Fenomena Kelemahan Jiwa Dan Kaedah Rawatannya oleh Dr. Majdi Al-Hilali

Wednesday, March 24, 2010

FENOMENA KELEMAHAN JIWA bahagian I

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Demi diri (manusia) dan yang menyempurnakannya (Allah). Lalu diilhamkan oleh Allah kepadanya mana yang buruknya dan mana yang baiknya. Surah As-Syams : 7-10. Dalam ayat ini dengan jelas telah Allah terangkan bahawa manusia dijadikan bersama nafsu ammarah yang cenderung kepada kejahatan. Pastinya setiap yang berlaku ada sebabnya. Mengapa? Kerana Allah ingin menguji sejauh mana tulusnya pengabdian manusia terhadap Allah SWT. Antara sifat-sifat tersebut adalah berlaku zalim, kejahilan, bersifat bakhil dan pelbagai lagi sifat mazmumah yang ada dalam diri. Allah telah mencipta sifat ini sebagai satu medium untuk menguji kejujuran pengabdian hambanya kepada Allah SWT. Sungguh, harus kita ketahui bahawa andai manusia tanpa nafsu sebegini seumpama malaikat yang tidak pernah menderhaka kepada Allah SWT. Manusia ini dapat kita bahagikan kepada 3 golongan : GOLONGAN PERTAMA Mereka yang beriman kepada Allah SWT, para malaikat, kitab-kitab, para rasul, hari akhirat serta qada dan qadar Allah SWT. Menjadikan syariat sebagai panduan hidup dan sangat percaya bahawa nafsu boleh menghalang mereka dari mendapat halawatul iman. Nafsu tersebut berada di antara 2 tulang rusuk manusia dan menjadi salah satu dari musuh-musuh manusia. Manusia diseru supaya kuat untuk menentang hawa nafsu dan syahwat. Menggadaikan jiwa raganya semata-mata kerana ingin menyahut seruan Allah SWT. Sentiasa mentauhid dan membesarkan Allah SWT. Menjauhi segala larangan, sentiasa hidup besederhana, tawakkal serta redha dengan apa yang telah berlaku, berterus terang dengan kebenaran, tidak mendedahkan diri kepada cinta dunia, sentiasa beriltizam dengan sunnah nabi serta banyak lagi sifat mahmudah yang telah di ajar oleh baginda nabi. GOLONGAN KEDUA Golongan kedua ialah mereka yang mengikut hawa nafsu dan langsung tidak berbantah dengan segala tuntutannya. Mereka ini sedang menuju kepada kehancuran. Mereka telah berpaling daripada menyembah Allah kepada menyembah hawa nafsu dan syahwat. Mereka telah dikekangkan dengan segala yang haram. Tidak menjaga solat yang lima serta kefardhuan yang lainnya. Telah banyak hukum-hukum Allah yang telah mereka ejek dan sendakan. Bersikap riak juga banyak berbohong untuk melepaskan diri dari segala maksiat yang telah mereka lakukan. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Adakah engkau melihat orang yang mengambil hawa nafsunya sebagai tuhan? Adakah engkau menjadi wakil penjaga untuknya?. Bahkan adakah engkau kira bahawa kebanyakkan mereka mendengar atau memikirkannya? Mereka tidak lain hanya seperti binatang, bahkan mereka lebih sesat jalannya". Al-Furqan : 43. GOLONGAN KETIGA Golongan ini adakalanya tunduk dengan hawa nafsu dan adakala menghalangnya. Kadang-kadang mereka mengabdikan diri kepada nafsu dan kadang-kadang kepada Allah SWT. Golongan inilah yang sangat ramai dewasa ini. Suatu ketika mereka menumpaskan hawa nafsu namun terkadang nafsu pula yang menjadi raja dalam beberapa perkara lain. Saudara-saudariku, Pertarungan melawan hawa nafsu adalah pertarungan yang getir dan hebat. Hanya mati penyudahnya. Oleh itu, wajib bagi kita untuk sentiasa koreksi diri dan memeriksa hati agar tidak mudah tewas kepada hawa nafsu. Pohonkan kepada Allah SWT agar kekuatan itu kita miliki. Bersambung... *dipetik dari buku Fenomena Kelemahan Jiwa Dan Kaedah Rawatannya oleh Dr Majdi Al-Hilali.

Saturday, March 20, 2010

Sifat Seorang Muslim

Dalam kitab Risalah Ta'lim karangan Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna telah digarispandukan tentang 10 sifat baik yang perlu ada dalam membentuk diri ke arah yang lebih positif. 10 sifat ini merupakan nadi penggerak para daei dalam meneruskan usaha untuk menegakkan kalimah tauhid di atas muka bumi ini. Point-point penting ini terdapat di dalam rukun yang ketiga iaitu rukun AMAL. Sebagai manusia biasa yang serba-serbinya kurang, kita harus berusaha supaya sifat-sifat positif ini mesra dengan jiwa dan jasad kita.
Mari kita koreksi diri, adakah 10 sifat ini kita miliki. Jika tidak, usahakan dari sekarang agar anggota badan kita mula terbit rasa cinta untuk berubah ke arah yang lebih baik. -KUAT TUBUH BADAN Allah lebih menyayangi muslim yang kuat dari yang lemah. Tubuh badan yang kuat, antara faktor keberjayaan sesuatu dakwah. Usahakan sesuatu agar rohani dan jasmani kita kuat. Carilah punca dan cuba rawat secepat mungkin andai kita diserang penyakit. Seteruk-teruk sakit zahir...lebih teruk sakit batin. -AMPUH BUDI PEKERTI Budi bahasa budaya kita. Muslim harus punya akhlak yang kukuh. Jika akhlak luntur tiada siapa yang akan pandang kita. Contohi akhlak Rasulullah SAW. Sentiasa bercakap benar dan berani menyatakan kebenaran walaupun di hadapan penguasa yang zalim. Jangan ketawa berdekah-dekah, menepati janji, lemah-lembut, selalu memaafkan,tunaikan hak-hak manusia dengan sempurna, sentiasa senyum dan bermanis muka, kurangkan marah dan banyak lagi sifat-sifat baik yang telah diajar oelh Rasulullah SAW. -TAJAM DAN BERPENDIDIKAN FIKIRANNYA Cuba untuk menambah ilmu setiap hari. Samada dari sudut pembacaan ataupun pengalaman. -MAMPU BEKERJA DAN BERUSAHA Bukan menjadi muslim yang banyak meminta. Islam melarang sifat malas dan lemah. Usahakanlah apa juga pekerjaan yang halal untuk menyara keluarga kita. Jangan benarkan makanan yang masuk ke dalam mulut keluarga kita itu dari sumber yang syubhah dan haram. Mendidik hati untuk qanaah(berpada-pada). Infaqkan harta ke jalan yang halal. -SEJAHTERA AQIDAH Punyai kefahaman yang jelas tentang Islam. -SOHEH IBADAH Tunaikan perintah Allah dengan betul. Perelokkan bacaan Quran dan tadabbur. Al-Quran dan As-Sunnah jangan diambil separuh-separuh. Hadirkan niat di dalam setiap amalan. Sebolehnya jagalah sunnah, perbanyakkan membaca buku tentang penyucian jiwa. sentiasa bermuhasabah dan solat di awal waktu. -MUJAHADAH DIRI Menahan diri dari melakukan segala sesuatu yang haram. Kekangkan nafsumu dengan banyak ingatkan Allah. Jihad melawan musuh sama tahapnya dengan jihad untuk melawan hawa nafsu yang buas. Jika tidak, masakan Rasulullah SAW berkata kepada seluruh sahabat setelah selesai berperang agar nafsu-nafsu semua dilawan. -MENJAGA WAKTU Muslim sejati, muslim yang menjaga waktunya. Waktu adalah kehidupan. Lazimilah taubat dan istighfar, zikir dan sentiasa membaca Al-Quran. Tepati janji. -BERSISTEMATIK DALAM URUSAN Bersih dalam setiap perkara samada tempat tinggal ataupun tubuh badan. Usaha untuk amalkan apa yang termampu dalam kehidupan. -BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN Usaha agar diri menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah SAW. Usaha untuk menyampaikan ilmu walaupun sepatah perkataan.

Friday, March 12, 2010

Analisa Diri

"Ingatlah ketika Rabb-mu berfirman kepada para malaikat : "Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka berkata : "Apakah patut Engkau menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji engkau dan mensucikan Engkau?". Allah berfirman : "Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". Surah Al-Baqarah : 30. Apakah maksud khalifah? Siapakah khalifah itu? Bilakah ianya akan berfungsi? Khalifah bermaksud penolong, pentadbir dan segala sesuatu maksud yang berkaitan dengan pemakmur bumi Allah. Ayat di atas dengan jelas menunjukkan bahawa manusia yang serba-serbinya kurang ini telah Allah angkat darjatnya untuk mentadbir bumi walaupun akan membuat kerosakan dan kemusnahan. Dalam meneruskan perjalanan hidup kita sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini sewajarnya kita sentiasa menganalisa diri. Sedar tidak sedar kita adalah khalifah yang telah Allah maksudkan itu. Sewajarnya kita sentiasa menganalisa diri dengan kalam-kalam Allah dan hadith-hadith nabi SAW. Adakah kita dengan atau tanpa sedar telah melakukan maksiat kepada Allah? Adakah kita telah menutup aurat dengan tutupan yang sempurna? Adakah kita telah membuat kebaikan kepada kedua ibu-bapa kita? Adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar dengan sempurna? Adakah kita telah menyatakan kalimah yang benar walaupun di hadapan pemimpin yang zalim? Adakah kita telah meletakkan Allah di segenap denyut nadi kita?. Analisalah diri kita semua sebelum kita dianalisa oleh ALLAH SWT. Hanya kita yang tahu apa yang telah kita buat. Pilihan di atas tangan kita, mahu masuk ke neraka atau ke syurga. Tiada siapa yang dapat membantu andai telah sampai nafas kita di rongga hidung. Baki umur yang masih berbaki ini, gunakanlah sebaik mungkin untuk meloloskan diri dari neraka jahannam yang sungguh dahsyat itu. Mari kita bulatkan tekad untuk menjadi hamba yang kenal erti hamba. Ayuh kita mula menganalisa diri.

Wednesday, February 24, 2010

Madad Ya Rasulullah

Nabi Muhammad SAW itu adalah sebaik-baik orang Arab dan Ajam, Nabi Muhammad SAW itu adalah sebaik-baiik orang yang berjalan, Nabi Muhammad SAW itu penyebar perkara makruf dan berakhlak dengannya, Nabi Muhammad SAW itu seorang yang memiliki ihsan dan kemuliaan, Nabi Muhammad SAW itu adalah mahkota para pesuruh Allah sekaliannya, Nabi Muhammad SAW itu adalah benar dalam kata-kata dan bicaranya, Nabi Muhammad SAW itu adalah benar dalam janji bahkan sentiasa menjaganya, Nabi Muhammad SAW itu mempunyai akhlak yang terpuji dan baik sifatnya, Nabi Muhammad SAW itu kejadiannya disertai dengan nur, Nabi Muhammad SAW itu akan sentiasa bercahaya sejak azali, Nabi Muhammad SAW itu hakim pada keadilan yang mempunyai kemuliaan, Nabi Muhammad SAW itu asal tempat lahirnya nikmat-nikmat dan hikmah-hikmah, Nabi Muhammad SAW itu adalah sebaik-baik makhluk Allah dari mudhar, Nabi Muhammad SAW itu adalah sebaik-baik pesuruh Allah semuanya, Nabi Muhammad SAW itu agamanya benar yang kita beragama dengannya, Nabi Muhammad SAW itu sangat elok rupa dan peribadinya melebihi di atas bukit, Nabi Muhammad SAW itu dengan mengingatinya roh kekuatan pada diri kita, Nabi Muhammad SAW itu dengan syukur padanya menjadi kewajipan ke atas ummat, Nabi Muhammad SAW itu penghias dunia dan keelokkannya, Nabi Muhammad SAW itu pembuka kesempitan dan kegelapan, Nabi Muhammad SAW itu penghulu yang hebat perjalanan hidupnya, Nabi Muhammad SAW itu dijadikan Allah yang Maha Pemurah dengan segala nikmat, Nabi Muhammad SAW itu makhluk pilihan dari kalangan makhluk yang sebaik-baiknya, Nabi Muhammad SAW itu suci dari segala tohmahan, Nabi Muhammad SAW itu menyukai para tetamu kerana memuliakannya, Nabi Muhammad SAW itu kekasih Allah dan tidak pernah menzaliminya, Nabi Muhammad SAW itu menjadi keindahan dunia dengan perutusannnya, Nabi Muhammad SAW itu datang dengan mukjizat dan hikmah-hikmahnya, Nabi Muhammad SAW itu pada hari dibangkitkan manusia nanti menjadi pemberi syafaat kepada kita, Nabi Muhammad SAW itu cahayanya menunjuki dari kegelapan, Nabi Muhammad SAW itu membawa risalah Allah yang punyai azam yang kuat, Nabi Muhammad SAW itu penutup kepada para Rasul sekaliannya. Mari kita perbanyakkan selawat kepada Baginda Nabi SAW.

Friday, February 19, 2010

Bukankah Ini Juga 1 Sunnah?

Hari ini 5 Rabiul Awwal 1431 hijrah. Bulan yang sarat dengan sirah Baginda Nabi Muhammad SAW. Bulan di mana Baginda diputerakan. Ayuh mari bersama kita perbanyakkan selawat ke atas Baginda. Kitalah ummat yang disebut nabi diakhir-akhir pemergiannya. Maka sayugialah cinta dan rindu kita untuk Baginda. Pagi tadi, entah kuliah Jumaat yang ke berapa saya hadiri. Kebiasaaannya pada setiap pagi Jumaat kami berkumpul di Markaz untuk mendengar tazkirah dan kebetulan rakan serumah saya yang ditaklifkan untuk menyampaikan tazkirah tersebut. Kedatangan saya pagi tadi agak lewat dari biasa dan sewajarnya tempat duduk yang sesuai ialah di belakang semua orang. Rupa-rupanya ada hikmahnya saya berada di belakang semua orang ini. Sesuatu yang telah lama saya sedari namun hanya hari ini mampu saya ungkapkan secara realiti. Sungguh saya terkesan hari ini bila melihat banyak ruang yang sepatutnya dipenuhi oleh kita, tiada berpenghuni. Masakan majlis ilmu yang dinaungi dengan sayap-sayap para malaikat sebegini dibiarkan sepi? Kemana hilangnya peribadi yang berjanji setia untuk mengabdikan diri sebagai pewaris Nabi? Seringkali hanya wajah-wajah yang sama sahaja ke Kuliah Jumaat setiap minggu. Di mana sahabat-sahabat kita yang lain? Pernahkah kita ambil peduli dengan fenomena ini? Usai Kuliah Jumaat, Muzakarah Berkelompok sedia menanti semua. Sungguh hati ini tidak sabar untuk bertemu dengan sahabat seMuzakarah. Di lapangan Muzakarah Berkelompoklah kita belajar untuk mengenal erti Islam yang hakiki, melebarkan sayap ukhuwwah, berusaha untuk bercakap dan mengutarakan pendapat serta seharusnya mengenal erti susah dan senang bersama. Sesekali pasti kami berbalah, namun di situlah manisnya bila semuanya berlapang dada. Sungguh saya kenal semuanya di dalam muzakarah berkelompok. Sangat banyak manfaat yang boleh kita perolehi dari muzakarah berkelompok ini. Namun mengapa hanya segelintir sahaja dari kita yang menyedarinya? Mengapa hanya sebahagian sahaja yang memainkan peranan dalam menjayakan kelangsungan dakwah Rasulullah? Bukankah ini juga satu sunnah yang nabi tinggalkan buat kita semua? Namun mengapa di kalangan kita masih tega membiarkan segalanya berlalu? Adakah permusafiran kita ke bumi kinanah ini sekadar menuntut ilmu di kuliah sahaja? Ingat sahabat, Muzakarah Berkelompok juga satu sunnah yang nabi tinggalkan buat kita semua. Alhamdulillah, DPMI baru saja selesai mengadakan program UCAP DASAR PRESIDEN PMRAM 2009 dan Muhasabah Separuh Penggal AJKT DPMI 09/10. Sangat banyak saya kira pendapat yang dilontarkan oleh sahabat sekelian dalam memastikan kelangsungan Muzakarah Berkelompok ini. Lega kerana masih ramai yang sayangkan DPMI dan PMRAM rupanya. Sewajarnya segala muhasabah dan cadangan yang dilontarkan oleh ahli, bersama kita fikirkan. Mudah-mudahan kita semua beroleh manfaat. Akhirnya, mari kita perbanyakkan selawat. Dan jangan lupa Jumaat minggu depan bersempena dengan kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW, kita beramai ke Dewan Zajlatul Abidah kerana ada 'sesuatu' yang menarik menanti anda semua.

Monday, February 8, 2010

Jauhi Cinta Terlarang

Ana rasa terpanggil untuk mencoretkan apa yang berlaku pada senario hari ini. Adakah boleh bercinta? Apa yang ada dalam benak kita ketika mendengar kalimah ini? Menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang mengaku mencintai, kemudian membina hubungan dengannya (agar mengenal sifat mahupun akhlaknya berdasarkan niat untuk menjadi pasangan hidup dan lebih mengenali keluarganya) tanpa berdua-duaan, atau menjalin hubungan istimewa dengan seorang lelaki yang mengaku mencintai dan membiarkan diri berdua-duaan dengannya sehingga mengundang jalan masuknya syaitan dan akhirnya terjebak dalam perbuatan yang menjurus ke arah zina bahkan melakukan zina? Na’uzubillah.. Lelaki mahupun perempuan pasti tidak terlepas dari keinginan untuk ingin saling sayang menyayangi. Hidup tidak sempurna sekiranya tidak ada kekasih. Itulah kata sesetengah dari kalangan mereka yang bercinta. Rasa cinta adalah anugerah Allah kepada setiap manusia. Jiwa memerlukan cinta sebagaimana jasad perlukan makanan. Cinta ibarat api yang menjadi sumber tenaga kepada kehidupan. Ia menyinari alam. Dengan kekuatan cinta manusia sanggup dan mampu menempuh pelbagai rintangan. Gunung sanggup didaki, lurah sanggup dituruni, lautan sanggup direnangi semata-mata untuk memiliki cinta. Hebatkan yang dinamakan cinta. Allah menghadiahkan perasaan cinta dalam keadaan yang cukup murni. Namun jika kemurniaannya tercemar, jadilah ia api yang membakar hangus. Bukan lagi sumber kehidupan tetapi pemusnah yang menghancurkan, tidak lagi menyinari alam tetapi menjadi alam hitam kelam seperti arang. Kehidupan di dunia hanyalah sebahagian dari siri perjalanan yang panjang seorang manusia. Bermula dari alam roh, kita berpindah ke alam rahim sebagai janin yang berkembang sehingga dilahirkan ke dunia sebagai bayi. Kini kita berada di alam dunia menghabiskan usia sehingga proses kematian membawa kita berpindah ke alam barzakh. Di barzakh kita menunggu sehingga kiamat untuk semua manusia dikumpulkan di alam mahsyar. Di mahsyar proses pengiraan amal berlaku membawa kepada perhentian terakhir kita, Syurga atau neraka. Alam yang paling kritikal adalah alam dunia di mana kita diberi kebebasan untuk memilih jalan hidup. Disinilah penentuan sama ada cinta yang dikurniakan Allah ini membahagiakan sehingga merentasi barzakh, mahsyar dan ke Syurga abadi di mana kemuncak kebahagian cinta akan dinikmati atau menuju neraka yang seksanya tiada batasan! Dia yang mencipta cinta telah mencipta juga ‘peraturan cinta’ demi untuk menjaga kemurniaan cinta itu sendiri. Cinta yang mematuhi peraturan ini sahaja yang akan mampu merentas alam sehingga ke Syurga. Malangnya peraturan ini kerap dilanggar oleh manusia yang sedang bercinta. Malahan yang haram menjadi halal dan yang halal menjadi haram. Cinta apa namanya ini jika tidak ada dating, tidak bergayut ditelefon mahupun sistem pesanan ringkas (SMS) cinta yang membuai rasa, tiada sentuhan tangan dan tiada kerlingan dan senyuman? Ada suara dari dalam diri kita mungkin merungut begini. Yakinlah tidak ada keindahan dan kebahagian dalam melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta, frust menonggeng fenomena cinta yang begitu popular di kalangan manusia adalah disebabkan cinta yang tercemar kemurniaannya. Banyak cinta bukan sahaja hancur sebelum mencecah alam perkahwinan malah membawa dendam yang membara. Inilah cinta terlarang. Cinta yang tidak mampu merentas alam malah mati sebelum kematian manusia itu sendiri. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan boleh berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlaku ‘cinta terlarang’. Cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak fitrah tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Cinta yang penciptaan asalnya bertujuan membahagiakan dan membantu meringankan bebanan hidup menjadi beban paling berat dan penjara paling menyeksakan. Allah kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang. Lebih-lebih lagi bila hukumnya dilanggar tanpa rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah malah loyar buruk mengatakan Allahkan Maha Pengampun? Tubuh kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah yang ketiga. Bila bermula satu sentuhan, hampir mustahil mundur kebelakang apabila nafsu dan syaitan sudah menguasai. Semuanya seolah-olah halal atas alasan cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan fitrah cinta dianggap baja. Akhirnya berbuahlah pohon cinta terlarang. Pahit, masam, beracun dan memabukkan. Buah yang menjijikkan. Ketika itu hilanglah kemanisan cinta. Jika cinta begini yang diburu, tidak pelik jika cinta muncul dalam hidup rupa monster yang menakutkan... kerana ia memberi pengalaman yang menyakitkan. Lalu cuba salahkan orang lain yang ‘menabur janji kosong’ ‘manis kata di bibir’ tapi hati lain berbicara. Malah ada yang hingga tahap menyalahkan takdir kerana memisahkan ‘cinta suci’ antara dua insan. Cinta terlarang begini bukan destinasinya neraka di akhirat malah neraka sepanjang perjalanan di dunia. Kemanisannya hanya dapat dirasai dititik permulaan! Rasa cinta yang murni sangat inginkan kebahagian untuk dicintai. Dia tidak akan membiarkan orang yang dicintai terluka sedikit pun. Dia akan melakukan apa sahaja demi untuk kebahagiaan yang dicintai tanpa mengharapkan balasan. Hukum cinta ialah, beri dahulu pasti kita akan memetik hasilnya. Cinta yang paling murni dari Allah untuk hamba-Nya. Dia yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim memberi dan terus memberi kepada hamba-Nya. Hubungan cinta yang menuntut ‘penyerahan diri’ sebelum ikatan sah melalui akad nikah pastinya bukan cinta murni kerana ia bukan sahaja meminggirkan Allah yang mencipta cinta malah mengetepikan soal mempertahankan maruah dan harga diri pasangan yang kononnya dicintai sepenuh hati. Jika benar seorang lelaki mencintai seorang wanita dengan cinta murni, mana mungkin dia sanggup merobek kehormatan wanita. Seorang lelaki yang mencintai seorang wanita pastinya mahu melindungi dari sebarang kerosakkan. Dia tidak akan sanggup membakar kekasihnya walau dengan puntung rokok sekalipun, tetapi kenapa sanggup menempah api neraka dengar membiarkan sentuhan terlarang berlaku? Allah SWT berfirman: “Janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu yang buruk.” (QS. Al-Isra’[17]: 32). Apakah pengertian dari zina? Nabi Muhammad SAW yang menyayangi kita bersabda: “Allah Ta’ala mencatat anak Adam bagiannya dari perbuatan zina. Dia pasti mengalami perzinaan itu. Zina mata adalah dengan memandang, zina lidah adalah dengan berkata, dan zina hati adalah berangan-angan. Dan farji (kemaluan) membenarkan perbuatan itu dan mendustakannya.” (HR. Ahmad). Mendekati zina saja dilarang, apatah lagi melakukannya. Jika engkau ingin dicintai Allah, maka hendaklah sentiasa menjaga diri terutama hati dari sesuatu yang tidak dihalal-Nya. Kerana sesungguhnya hati it barada dalam tangan Allah, mohonlah pada-Nya agar hati ini selalu dijaga agar teguh pada agama-Nya seperti doa yang selalu Rasulullah panjatkan: Ya muqallibal qulub tsabbit qulubana ‘ala dinik. “Wahai Zat yang membolak-balik qalbu, teguhkanlah hati kami pada agama-Mu.” (HR. Ahmad dari Aisyah r.a) Untuk memastikan cinta yang terjalin mampu merentas alam, hendaklah cinta itu didasarkan kepada cinta Allah.... cinta yang diberikan semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah dan boleh menghampiri diri kepada-Nya. Cintailah sesiapa pun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan wanita mestilah diniatkan untuk memiliki cinta Allah. Tapi bagaimana ya? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seseorang lelaki atau wanita menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya.” Jangan sekali-kali bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan. Mematuhi syari’at adalah benteng terkuat daripada terjebak ke dalam jurang cinta terlarang. Kekuatan dan kemampuan untuk mematuhi syari’at pula hanya dapat dimiliki hati meletakkan Tuhan sebagai cinta teragung. Hati yang mencintai hanya kerana Allah. Perasaan cinta adalah amanah dari Allah, maka pastikan ianya hanya diberikan kepada yang akan sama-sama menjaga amanah ini. Maka pohonlah kekuatan dari Allah. Tuhan yang menciptakan cinta agar cinta yang dijalinkan tidak membawa ke arah menjauhi-Nya dan sekaligus tidak membawa ke neraka... Semoga kita selalu menjadi muslim yang dicintai Allah, kerana sesungguhnya Allah sangat mencintai hamba-hamba yang mencintai-Nya.

Friday, February 5, 2010

Facebook a.k.a Mukabuku

Anda Penentu Halal Haramnya.. Laman jaringan sosial Facebook atau singkatannya FB, kini terus menjadi fenomena bagi pengguna internet di Malaysia. Penggunanya dikatakan bukan sahaja sahaja merangkumi peringkat usia kanak-kanak, remaja dan dewasa malah sehingga golongan berumur lebih dari 50 tahun. Menurut laporan statistik terkini yang dikeluarkan syarikat Facebook, mereka kini mempunyai 350 juta pengguna aktif diseluruh dunia. Dari jumlah itu, seramai 1.1 peratus atau 3.85 juta penggunanya adalah rakyat negara Malaysia dan sebilangan darinya adalah pengguna Islam. Manakala lebih daripada 65 juta juta pengguna aktif Facebook juga mengakses melalui peranti mobile mereka. Facebook produk Yahudi? Hukum penggunaan Facebook ini pernah menjadi pertikaian di kalangan pengguna Islam apabila terdapat maklumat yang mendedahkan pengasasnya, Mark Zuckerberg adalah seorang Yahudi sekaligus meletakkan bahawa ianya adalah produk bangsa itu. Malah lebih berat lagi apabila maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya menyebut Mark Zuckerberg menggunakan perniagaan Facebooknya membiayai Israel menyerang umat Islam di Gaza, Palestin tersebar luas di kalangan pengguna Islam. Polemik itu juga telah menyebabkan ada kumpulan tertentu melancarkan kempen boikot dengan menyeru orang Islam tidak lagi menggunakan jaringan Facebook kerana didakwa boleh membawa kepada haram akibat menguntungkan Yahudi. Namun menjadi persoalan adakah betul jika pengharaman dibuat atas asas bahawa ianya hanya produk Yahudi? Nabi Muhammad SAW diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu: Ø£َÙ†َّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَÙ‰ Ø·َعَامًا من ÙŠَÙ‡ُودِÙŠٍّ إلى Ø£َجَÙ„ٍ ÙˆَرَÙ‡َÙ†َÙ‡ُ دِرْعًا من Ø­َدِيدٍ Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841) Ianya menjelaskan bagaimana Islam membenarkan umatnya membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM. Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam. Bila Facebook menjadi Haram Hukum mengguna dan membuka akaun Facebook pada asasnya adalah 'Harus' atau dibenarkan selagi tidak melanggar batas syariat Islam. Malah jika ia digunakan untuk kemaslahatan (kebaikan) Islam, maka ia menjadi sangat digalakkan. Namun ianya boleh menjadi haram jika kemudahan jaringan sosial ini disalahguna bergantung kepada matlamat seseorang. Facebook sepatutnya dijadikan sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, medan perbincangan, ruang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah. Malangnya ada diantara kita membuka akaun Facebook hanya untuk suka-suka, betul-betul untuk 'bersosial' tanpa ada sebarang tujuan bermanafaat. Apatah lagi, Facebook kini juga dilengkapi aplikasi 'third party' seperti kuiz dan permainan online. Keasyikannya kadang-kadang mampu menjadikan pengguna itu ketagih dan hanyut dalam dunia sendiri sehingga melupakan dunia luar. Maka tidak hairanlah jika kajian Facebook sendiri menyebut rata-rata penggunanya menghabiskan lebih dari 55 minit sehari mengadap laman ini. Islam melihat mereka yang menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, boleh menjadi haram sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain. Malah lebih teruk lagi jika penggunaannya membuahkan fitnah menyebabkan institusi keluarga, masyarakat dan negara menjadi porak peranda. Dalam satu kes yang berlaku 24 Januari 2009, seorang pemuda, Edward Richardson yang berasal dari London, dihukum penjara 18 tahun kerana membunuh isterinya Sarah, setelah mengetahui isterinya itu menukar status 'maried' kepada 'single' pada profile Facebooknya. Beberapa kes lain juga berlaku termasuk dalam negara ini sehingga terdapat kes seseorang individu itu disiasat oleh pihak berkuasa kerana komen-komennya dalam blog yang berbaur hasutan dan ancaman yang didakwa boleh mewujudkan ketegangan. Maka persoalan haram dan halal berhubung perkara ini wajar dipulangkan kepada pengguna masing-masing. Hanya anda tahu bagaimana anda menggunakan kemudahan jaringan sosial ini sama ada memberikan banyak manfaat atau mudarat. Tepuk dada tanya Iman.. *dipetik daripada www.harakahdaily.net

Thursday, February 4, 2010

Ikatan Hati

Kisah perjalanan dakwah 'Sang Murabbi' Sesungguhnya Engkau tahu Bahwa hati ini telah berpadu Berhimpun dalam naungan cintaMu Bertemu dalam ketaatan Bersatu dalam perjuangan Menegakkan syariat dalam kehidupan Kuatkanlah ikatannya Kekalkanlah cintanya Tunjukilah jalan-jalannya Terangilah dengan cahyaMu Yang tiada pernah padam Ya Rabbi bimbinglah kami Lapangkanlah dada kami Dengan karunia iman Dan indahnya tawakkal padaMu Hidupkan dengan makrifatMu Matikan dalam syahid di jalanMu Engkaulah pelindung dan pembela

Tuesday, February 2, 2010

5 F ciptaan Yahudi Laknatullah Alaih

Sesungguhnya bangsa Yahudi yang dilaknat Allah SWT sampai hari kiamat, tidak senang duduk tanpa melakukan sesuatu yang boleh memalingkan aqidah umat Islam daripada berpegang teguh kepada ajaran agama mereka, atau dengan kata lain, bangsa Yahudi ini mahu melihat ada di kalangan umat Islam murtad daripada agama mereka. Firman Allah SWT dalam Al-Quran, ayat 120 surah Al-Baqarah yang bermaksud : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau mengikuti ajaran agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. F -pertama ialah FILEM Umum mengetahui bahawa Hollywood adalah milik Yahudi malah menjadi teras kepada kekuatan ekonomi Amerika, mencipta cara untuk menjadikan bangsa lain agar menjadi jahat seperti mereka ialah dengan menerbit, mencipta serta mengeluarkan filem-filem yang berunsur lucah yang digilai oleh kumpulan remaja. Mengapa tidak, filem-filem Melayu juga menayangkan jalan cerita yang menggambarkan bahawa orang Islam boleh bercampur gaul secara bebas antara dua jantina yang berlainan, filem seperti Akhirat, Gubra, Mukhsin, Sepet, Anak Halal, dan bermacam lagi menyaksikan percampuran bebas antara pelakon lelaki dan wanita, terdapat juga filem yang menggambarkan orang Islam melawan takdir Allah, sihir dan yang boleh menggugat akidah. F -kedua ialah FAMILY Yahudi turut memastikan agar anggota keluarga di kalangan orang Islam boleh hidup bebas, isteri boleh berpasangan dengan suami orang lain, suami pula boleh bersama isteri orang lain, pasangan suami isteri boleh menari-nari di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu seperti dalam rancangan Sehati Berdansa. Anak-anak gadis atau isteri-isteri membuka aurat di hadapan bukan mahram,di mana para bapa atau suami tidak merasa cemburu dengan gelagat orang-orang yang di bawah jagaan mereka, kehidupan keluarga menjadi kalut denagn sebab Islam tidak menjadi pegangan hidup yang sempurna. F -ketiga ialah FASHION Perkara ini juga menjadi trend yang digilai oleh golongan wanita dari segenap peringkat umur, trend fesyen pakaian remaja perempuan yang membuka aurat tidak lagi menjadi pelik pada hari ini, tindakan itu sebenarnya kejayaan bagi Yahudi yang telah mencipta fesyen pakaian menjolok mata. F -keempat ialah FUN F -kelima ialah FOOD Tindakan zalim Yahudi menyerang rakyat Palestin, telah membuka mata umat Islam seluruh dunia bahawa mereka perlu memboikot barangan mereka khususnya yang melibatkan bahan-bahan makanan seperti KFC, Mc Donald dan lain-lain.

Friday, January 29, 2010

Burung Dan Sifat Ikhtiar Serta Tawakkal

”Jikalau kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenarnya nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kalian seperti burung. Pagi-pagi ia pergi dalam keadaan lapar dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang.” (HR At Tirmidziy) Tawakal dan ikhtiar adalah sifat burung. Satu sayap mengepakkan jiwa tawakal, satunya lagi mengepakkan jiwa ikhtiar. Keduanya digerakkan seirama dan seimbang, begitu indah dan harmonis. Dengannya, ia mampu menembus angkasa tinggi nan luas dengan wajah sangat gagah dan berwibawa. Ulama salaf berkata, ”Tawakal adalah sikap para Nabi dan ikhtiar adalah sunahnya.” Tawakal adalah kesungguhan hati dalam bersandar kepada Allah, Zat Yang Maha Perkasa, Maha Berilmu, Maha Adil, Maha Pemurah, dan Maha Pembela. Sandaran ini melahirkan jiwa yang penuh keyakinan, keberanian, dan optimis. Tawakal itu penghalang kepada jiwa ketakutan dan kekerdilan. Saat Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam api, tak sedikit pun jiwanya gementar. Saat Nabi Muhammad diprovokasi bahawa orang kafir telah mengerahkan seluruh tenaga dan kekuatannya untuk menghancurkan dakwah beliau, imannya justeru semakin kukuh. Kalimat yang terlontar dari lidah mereka adalah ”Hasbunallaahu wani’mal wakil", Allah yang mencukupi kami dan sebaik-baik tempat kami berserah diri.” Ini ungkapan pembuktian bahawa tidak ada satu penghalang pun yang mampu menyurutkan langkah besar mereka. Tawakal pasti menggelorakan semangat ikhtiar. Ikhtiar merupakan takdir Allah bagi manusia dalam meraih dan mewujudkan segala sesuatu. ”Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Mukmin akan melihat pekerjaanmu itu.” (Attaubah 9: 105) Kesungguhan ikhtiar merupakan tangga menuju kejayaan. Ikhtiar merupakan satu-satunya penolong diri kita. Seperti yang diungkapkan oleh Yusuf bin Asbath, ”Berikhtiarlah kamu seperti ikhtiarnya seseorang yang tidak akan selamat tanpanya.” Nabi Musa berhasil membuktikan realiti ini. Ikhtiarnya yang maksima akhirnya mendatangkan pintu kejayaan dan pertolongan Allah. ”Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: ‘Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun’.” (Alkahfi 18: 60)