Wednesday, June 9, 2010

Hanya Menunggu Syafawi...

Tarikh keramat saya untuk tahun akhir dan semester akhir ini telah pun berlalu. Tanggal 25 dan 30 Mei 2010. 2 kertas di ambil untuk 2 tarikh ini. Madah Adab & Balaghah pada 25 Mei dan madah Al-Quran pada tanggal 30 Mei. Dan sekarang saya hanya menunggu untuk menduduki imtihan syafawi a.k.a lisan a.k.a oral. Jadual syafawi di Al-Azhar cawangan Iskandariah sehingga hari ini masih belum dikeluarkan. Mengikut culaan tahun-tahun sebelum ini, kebiasaannya jadual ini hanya akan ditampal pada pertengahan imtihan tahriri a.k.a bertulis. Sempat juga saya melirik jadual imtihan tahriri yang ditampal di markaz PMRAM cawangan Iskandariah sebentar tadi, madah terakhir yang akan diambil oleh siswi di sini pada tarikh 24 Jun 2010. Mengikut congakan saya, imtihan syafawi hanya akan bermula 2 minggu dari tarikh akhir imtihan tahriri. Atau yang lebih tepat sekira-kira maksudnya tarikh itu akan bermula pada 7 Julai 2010!. Ya Allah, sungguh penantian itu suatu ujian. Untuk menunggu tarikh 7 Julai itu, saya mempunyai masa kurang lebih sebulan untuk berhadapan dengan imtihan yang seterusnya. Apa yang akan saya isi dengan nikmat masa yang telah Allah kurniakan ini sahabat-sahabat?. Di kala ahli bait a.k.a housemate yang lain sedang berjuang dengan pen dan kertas, saya di mana?. Di saat mereka sedang mengekang mata untuk menahan kantuk, saya bagaimana? Astaghfirullahal azim...inilah sifat manusia. Tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Kata sahabat saya, setiap musibah jangan jadikan ianya masalah tapi cuba jadikan ianya sebagai peluang. Peluang untuk perhebatkan hafalan, peluang untuk pereratkan ukhuwwah, peluang untuk mencipta ruang dan segala macam peluang yang kadang-kadang tidak terjangkau dek akal untuk kita fikirkan. Sungguh segala nikmat yang Allah berikan ini adalah peluang buat saya dan semua. Mudah-mudahan kejayaan itu milik kita semua. Ameen ya rabb...

0 comments:

Post a Comment